Aku lebih rela ada musuh yang jujur membenciku daripada mempunyai kawan yg hanya nampak gembira dihadapanku tetapi membenciku di belakangku.

Sunday, 15 April 2012

LaGu...??

assalamualaikum...!!!

bila kita semua sebut pasal lagu..semua orang sudah pasti sukakan muzik kan...??? termasuklah aku, aku seorang penggemar muzik, tak kiralah tempatan mahupun antarabangsa. secara umumnya, ramai yang berpendapat muzik adalan satu medium dan channel bagi seseorang untuk meluahkan dan mengekspressikan segala apa yang meraka hadapi mahupun sebaliknya. sudah pasti mereka akan menggunakan muzik untuk berkarya dan meng'output'kan segala-galanya.



di zaman yang penuh dengan kegemilangan dan moden la katakan sekarang ni, lambakan muzik di pasaran dan di Internet telah mendorong ramai orang untuk menceburi bidang tersebut... bak kata orang MEE SEGERA la katakan.. ye la... cepat nak raih populariti la katakan..hi3..zaman yang penuh dengan kecanggihan dan kemodenan ini, klik je apa... ok..sekarang ni ramai sangat dah yang gemar buat cover... mula-mula, saje2 je.. pastu dah ramai yang like kat  FB or mana2 social networking yang lain menjadikan mereka sebagai medium tersebut sebagai batu loncatan untuk terus berkarya dan berkarya.. contohnya... kegunaan YOU TUBE sekarang ini sangat-sangat dipenuhi dengan lagu-lagu yang telah di COVER kan oleh 'artis'.. keadaan ini sangat baik kerana remaja zaman sekarang pandai mengisi masa lapang dengan baik.. tapi ada KEBURUKAN disebaliknyaaaaaa..... 
TEPUK DADA TANYA IMAN....!!!

tapi, bagi ku..muzik dan irama melodi memang tak dapat dipisahkan dalam sanubariku. (bukannaya kau ni taksub sangat denagn muzik, still balance la ngn benda yang lain)... aku sukakan muzik yang bergenrekan R&B mahupun POP.. tak lupa jugak la pada NASYID yang sekarang ini semakin memonopoli industri muzik kita sekarang ni... satu lonjakan paradigma yang amat memberangsangkan bagiku....




lagu-lagu keislaman dan ketuhanan juga mampu mendapat sambutan di hati semua orang kerana lagu-lagu yang bergenre demikian sangat dekat dihati kita bak kata orang.. DEKAT DI HATI.... so semua lagu tuh, mempunyai mesej nya yeang tersendiri dan kita hendaklah mengkaji bait-bait lirik yang diluahkan dalam lagu tersebut....

kadang-kadang, ada juga lah segelintir lagu yang mempunyai mesej yang amat keterlaluan dan teruk bagi kita untuk menerimanya... jadi, pandai-pandailah kita menilai sendiri yang mana satu baik dan buruk untuk diri dan kebaikan kita jugak kelak.

LAGU TEMPATAN....???
ramai orang tak bape gemar sangat dengan karya anak tempatan kita.... aku pun tak tahu la sebab apa..?? katanya lagu nya asyik-asyik pasal CINTA...CINTA....CINTA.....hmmmm.....


LAGU ANTARABANGSA....???
yang ni ramai pulak orang minat..sangat fanatik..!!!! katanya, lagu hasil karya mereka sangat banyak dan pelbagai genre... lagipun bagi yang mahu menguasai bahasa asing terutamanya BAHASA INGGERIS, mereka menjadikannya sebagai channel untuk mempelajari bahasa INGGERIS dengan mudah.


antara lagu yang aku minat sekarang ini, dan mempunyai mesej yang sangat DEKAT DI HATI kita...

MAHER ZAIN  |  NUMBER ONE FOR ME 

lihat sahaja kebolehan nya dalam nyanyian mampu memberikan AURA nya yang tersendiri. malahan lagu-lagu yang telah dinyanyikan beliau sangat bermanfaat dan mempunyai mesej yang ringan dan mudah diterima oleh masyarakat setempat. jadi tidak hairanlah, jika kita menggelarkannya PENGHIBUR yang TERBAIK....



BAK KATA ORANG JUGAK, SETIAP APA YANG BERLAKU MEMPUNYAI LAGUNYA YANG ETRSENDIRI...( SETIAP GAMBAR ADA LAGU).....JADI, TIDAK SALAH JIKA KITA INGIN BERHIBUR DENGAN LAGU, TAPI JANGANLAH KITA MEMILIH LAGU YANG MEMPU MEROSAKKAN AQIDAH KITA DAN LEKA... BERSERDAHANALAH DALAM SETIAP ASPEK...!!!

2 comments: