Aku lebih rela ada musuh yang jujur membenciku daripada mempunyai kawan yg hanya nampak gembira dihadapanku tetapi membenciku di belakangku.

Friday, 31 August 2012

salam kemerdekaan 55

assalamualaikum..

alhamdulillah sudah 55 TAHUN  MALAYSIA mencapai kemerdekaan. dan DANE berasa sangat bersyukur hidup di negara yang aman dan sentosa ini.. keamanan yang kita kecapi hari ini adalah daripada perjuangan nenek moyang dan dengan izin-NYA, kita semua dapat mengekalkan momentum kegemilangan MALAYSIA sehingga kini.

55 tahun yang lalu, laungan MERDEKA....!!! 
berkumandang di angkasa sebayak 3 kali oleh PERDANA MENTERI MALAYSIA yang pertama....


MERDEKA....!!
SAYA ANAK MALAYSIA...!!


Wednesday, 29 August 2012

teluk intan..



alhamdulillah
akhirnya dapat jugak la  DANE menyiapkan assignment 
INTRODUCTION FOR BUILT ENVIRONMENT
CITYSCAPE




hasilnya, dapatlah kita menghargai sendiri kawasan penempatan kita sendiri.


BERSYUKURLAH, KITA HIDUP DI NEGARA YANG AMAN DAN SENTOSA

hiburkan hati..



terasa penat
hiburkan diri dengan muzik..



Thursday, 16 August 2012

7 Ramadhan



Mengisahkan Sufiah yang tinggal di kampung seorang diri bekerja mengambil upah mengurut orang,  membuat kuih demi menyara anaknya, Ramadhani yang ama dikasihi. Setelah Ramadhani atau Dhani ni dewasa dan tamat belajar di universiti, kini tibalah masa untuk Dhani mendapat ijazah.
Pada 7 Ramadhan juga merupakan hari konvokensyen Dhani dan jua hari peristiwa hitam dalam hidup Sufiah kerana pada hari itu anaknya bernama Iqram mati.
Sufiah tidak akan lupa tarikh 7 Ramadan itu serta peristiwa anak mati akibat dicampak oleh suaminya, Mustaza yang kini berada di penjara. Dhani menegah Sufiah hadir ke majlis konvokesyennya kerana dia tidak mahu teman wanitanya, Anna mengetahui tentang ibunya. Demi mengambil hati ibu Anna, Datin Audrey yang mementingkan darjat, Dhani telah berbohong bahawa dia sebenarnya seorang anak orang kaya yang diabaikan oleh ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan kerja. Dhani yang sudah bosan hidup dalam kemiskinan nekad untuk berubah hidupnya  dan masuk ke dalam keluarga Anna yang mewah walaupun terpaksa melukai hati ibunya, Sufiah.


first time tengok cerita ni semalam
time tuh dah episod ke 12.. btw ceritanya memang owesome kot..

Wednesday, 15 August 2012

ingatan tulus ikhlas


aduhai
inilah akibatnya bile suka sangat mengedit gambar

SALAM AIDILFITRI

~banyak lagi nak edit nih~

balik villa..

assalamualaikum...



alhamdulillah, setelah hampir 3 minggu berpuasa di perantauan (ala, tak jauh mana pun PETALING JAYA je pun).. akhirnya diberkan kesempatan untuk pulang ke kampung halaman DANE yang terletak di TELUK INTAN, PERAK.. seusai je exam mid-sem berakhir, DANE bersama dengan rakan-rakan yang lain, memanjatkan kesyukuran yang teramat sangat dapat peluang untuk pulang ke kampung halaman.. YA ALLAH, terasa sayu dan riang nya, diberikan kesempatan demikian, setelah dua tiga hari tidak lena tidur demi mengulang kaji pelajaran dan demi agama ISLAM sendiri... alhamdulillah, menduduki peperiksaan di bulan yang mulia ini, satu berkat dan rahmat yang sukar di nikmati oleh insan-insan yang lain. dan bagi diriku, inilah satu peluang dan ujian sepanjang ramdhan kali ini.. examnya hanyalah 2 hari sahaja.. tapi bagi DANE, selama mana bulan yang mulia ini, terus dilanda dengan penuh dugaan dan ujian.. hanya DIA sahaja yang mampu membantuku.. alhamdulillah, semuanya sudah berkahir.. menjelang kini 10 ramadhan yang terakhir yang penuh syahdu, pergi nya ramadhan al-mubarak kali ini, pasti meninggalkan 1001 kenangan dan kebaikan buat diri kita semuaa...



exam di pagi hari, yang penuh dengan kejutan, bilamana melihat paper exam di atas meja yang comel di bangunan kelas SMWAP 2005.. terkesimanya diri ini, tertera tempoh exam bagi paper itu 3 jam.. belum lagi bukak kertas soalannya.. bila buka jeee, alhamdulillah aku bakal menduduki exam INTRO. TO BUILT ENVIRONMENT.. semua soalan dalam bentuk subjektif.. seyesly, kami langsung tidak tahu bentuk soalan.. tempoh 3 jam diberikan amatlah bermanfaat buat kami semua, walaupun ada segelintir or majoriti dr kami hanya mampu bertahan di dewan exam selama 2 jam.. itulah kelebihnya exam di IPTA.
'siapa berpuasa hati dengan jawapan dan mahu hantar walupun masa belum tamat, amatlah dialukan...' 

keheningan bilik ketika itu, tidak lagi seperti dulu, suara kian memecah suasana sekeliling, mana kan tidak.. sorakan kesyukuran KERTAS EXAM TAMAT berkumandang.... terus je ber'packing' barang untuk pulang ke kampung BERHARI RAYA... amalan bersalam-salaman sebelum berpisah sememangnye menjadi satu kewajipan bagi kami sebilik.... rakan-rakanku, semuanya ramai yang pulang setelah exam selesai. aku pun tidak ketinggalan jugak.. memang rasa kehangatan untuk pulang ke kampung sangat dirasai.. manakan tidak, belajar jauh dari kampung halaman satu pengalaman yang amat menarik dan terasa suasana perantaunya walaupun dalam MALAYSIA sahaja.. alhamdulillah, berbekalkan tiket bas pulang ke kampuang pada jam 4 petang, aku bergegas ke PUDU SENTRAL...



satu ketika dahulu, aku pernah berangan untuk menghiasi ruangan SALAM PERANTAUAN di muka akhbar tempatan, namun belum sampai rezeki aku lagi untuk berbuat demikian..

tepatnya jam pukul 4 ptg, bas dari KUALA LUMPUR meluncur laju di atas muka bumi, dannnn... hanyalah 5 orang penumpang sahaja yang berada dalam bas itu... first time aku nek bas dengan keadaan demikian, manakan tidak balik kampung time hari bekerja.. sapa yang ada...??? nasib baik, ari tu beli tiket seat single.. aku suke seat single... kalo duo, duduk sebelah sesape ntah... tak sukeee....

alhamdulillah perjalanan hanyalah memakan masa dalam lingkungan 2 jam 30 minit terus sampai di pekan TELUK INTAN.. alangkah gembiranya dapat berada di smaping keluarga yang tercinta.. dapatlah peluang berbuka puasa dan lain-lain di malam ramdhan ini..




alhamdulillah segala perancangan hari ni berjalan dengan baik.....

Saturday, 11 August 2012

dah nak raya....



alhamdulillah....
 inilah keluarga mrc mahallah abu bakar..
bersempena dengan lebaran yg bakal menjelang tiba,
 kami ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri
MAAF ZAHIR dan BATIN..



Friday, 10 August 2012