Aku lebih rela ada musuh yang jujur membenciku daripada mempunyai kawan yg hanya nampak gembira dihadapanku tetapi membenciku di belakangku.

Wednesday, 23 May 2012

seInDaH saKuRa...

assalamualaikum..

memandangkan sekarang ni DANE sedang bercuti semester.. so apa lagi, duduk rumah laaa... n then banyak nye program kat TV ni.. macam-macam. aku ni pulak suka la gak tengok drama... DRAMA MELAYU.. biarlah apa orang nak cakap, drama melayu ni klise laaaa and what so everrr laaaa. aku tengok jeee.. bagi mengisi masa lapang n bukak TV tu je rancangan yang ada...

ok.. cerita yang buat aku layan ni ialah SEINDAH SAKURA...!!






ceritanya memang best la jugak walaupun diarahkan oleh ZUL HUZAIMY.. hmm bukan calang-calang pengarah, walaupun baru, aku tabik jugaklah hasilnyaaa.. alhamdulillah aku berpuas hati la jugak..


tambah-tambah pulak lagu untuk drama slot AKASIA ni pun best jugak laaa.. first time weii... aku dengar lagu tuh, tajuk nye pun tak tahu.. so abis je cerite tuh, aku search la kat YOUTUBE lagu tuh.. memang layan jugak laaaa...


lagu opening cerita ni ialah lagu HARAPAN nyanyian kumpulan HYPER ACT.


dan satu lagu lagi MAFA feat RONNIE iaitu BUATKU DI SANA...


Tuesday, 22 May 2012

IsTiaDAT KonvOkesYen UiTM

assalamualaikum...

alhamdulillah 20 MEI lepas DANE berpeluang menjejakkan kaki ke UiTM, SHAH ALAM bagi menghadiri ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM ke 76 di DEWAN AGONG TUANKU CANSELOR... wawwww... inilah pertama kali aku dapat menyaksikan istiadat konvokesyen UiTM.. sangat terharu dan sungguh indah sangat majlis pada hari itu... aku ni BILA LA AGAKNYA NAK PAKAI JUBAH sume tuh...?? wawwww.. lambat lagi laaaa...




alhamdulillah abangku, baru sahaja menyelesaikan pengajian nya dalam bidang KEJURUTERAAN AWAM... so dapatlah dia IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN AWAM (KEPUJIAN).. seluruh family aku sangat terharu dan seronok sangat dapat berkongsi kejayaan bersama-sama... TAHNIAH ABANG AKU....!!!!!!!



nak diceritakan lah, istiadat konvokesyen ni buat kat DEWAN AGONG TUANKU CANSELOR.. bangunan nye memang laaa buatkan aku terkesimaaaa.... hu3.. besar weii... tambah-tambah lak time ni sidang tersakhir sesi pagi... memnag tersangat amat sungguh ramai betul graduan dari UiTM ni.. tabik laaa~~!!!!!
eventnye pun aku tak tau la start pukul bape... tapi family aku mai awal weeiii... ha3... time tuh, memang lengang giler.. so dapatlah kitorang snap gambar2 yang menarik sebelum ramai lagi orang mai.. memang sunyi dan lengang tapi ade je arr committee dr student UiTM jugak la kendalikan event hari tuh...

ketika itu jugaklah, NAIB CANSELOR bagi ucapan, so dalam ucapan beliau memang teratur dan banyak kata-kata dan juga nasihat yang baik boleh diperoleh.. aku lak time tuh, ade je kat luar dewan la, sebab parents je yang boleh masuk.. so yang dok luar ni tengok live dari kaca televisyen laaaa, tapi still best weii...!!!

aduhai, time nak bagi ijazah kat stage tuh.. memang ramai giler, larat la NAIB CANSELOR tuh berdiri dan bagi ijazah seorang demi seorang... hmmm... tambah-tambah pulak, mungkin jugak la yang jadi pengacara majlis dan sebut nama-nama graduan dari kalangan student jugak, mungkin ambik MASSCOMM kot.. cayalah, suara nye memang terbaik laaaa....


so, bile abis je penyampaian ijazah anggaran graduan yang terima ijazah sarjana, sarjana muda, dan diploma mencecah lebih seribu orang.. wawwwww....!!! memang ramai weii... so abis je, terus la sume graduan+ adik beradik+family diorang gerkumpul ambil gambar kenangan dan bagi bunga + bear laaa.. wawwww...!!! sayu nyee, teringin la jugak..... so memang banyak laaaa gambar-gambar nyeee.. hi3..

abis je, aku dah mula la berazam dan berangan-angan untuk mencapai impian aku bagi mendapat segulung ijazah di majlis konvokesyen nanti. insya allah...!!!



DEWAN AGONG TUANKU CANSELOR yang tersergam indah seolah-olah mengiringi kejayaan anak-anak watan MALAYSIA....!!!







KEJAYAAN TIDAK DATANG DENGAN SENDIRINYA DAN TIDAK JUGA BERGOLEK EK SANA DAN KE MARI...
KEJAYAAN KITA SEMUA ADALAH HASIL USAHA DI SAMPING KEBERKATAN DARIPADA ALLAH YANG MAHA BIJAKSANA YANG MENGURNIAKAN KEJAYAAN KEPADA ORANG-ORANG YANG DIKEHENDAKI...

BERUSAHALAH DEMI MEMBANGUNKAN DIRI, KELUARGA, BANGSA DAN AGAMA...!!




...:: TAHNIAH KEPADA SEMUA GRADUAN UiTM ::...

Friday, 18 May 2012

SiNARi HARI GURU d KASAS...

assalamualaikum....

alhamdulillah, akhirnya tanggal keramat 16 MEI 2012 telah pun menjelma.. tanggal tersebut merupakan tarikh yang amat bermakna sekali buat seluruh GURU di MALAYSIA mahupun seluruh negara lain...



dikesempatan itu jugak la, DANE bersama-sama dengan teman-teman batch 0610 KASAS ingin sekali berkunjung ke sekolah bagi meraikan hari yang penuh bermakna bersama dengan GURU-GURU di KASAS.. ye lah, setelah sekian lama tidak berkunjung dan bertemu dengan guru-guru yang banyak memberi tunjuk ajar, didikan, sokongan, dorongan dan macam-macam lagi la... sepanjang mana kami berada di alam persekolahan satu ketika dahulu.. hi3.. sekejap je masa berlalu, sudah 2 tahun kami semua meninggalkan bumi KASAS yang penuh dengan memori.. segala-galanya masih terpahat dalam lubuk sanubari kami semuaa...



ok, actually kitorang dah lama jugaklah cadang nak mai sekolah, ye lah tahun lepas masa HARI GURU 2011, kami tak berkesempatan nak mai, yelah time tuh masing-masing sibuk nak uruskan untuk menyambungkan pengajian setelah tamat alam persekolahan... alhamdulillah, ada juga kesempatan kali ini berkunjung, tambah-tambah pualk dapat jugaklah kitorang sume bertemu dengan sahabat-sabahat yang telah lama tidak bertemu.. indah sangat persahabatan dan ukhwah ini, macam-macam lah celoteh yang kuar.. indahnyaaa...!!!

aku lak, sejujurnya agak sukar la nak mai KASAS time tuh, ye lah 15 MEI aku masih berada di CFSIIUM kerana ada urusan... jadi setleah berbincang dengan member aku, kitorang pun decided la mau g KASAS jugak HARI GURU kali ni.. so, kitorang terus rushing bersiap pulang setelah event kat CFSIIUM ni abis.. terus g KL SENTRAL nek ETS ke BATU GAJAH... dan pada mulanya, kitorang ni memang buntu giler mau bermalam kat mana.. so hantarlah mesej kat warden n bagitau kitorang mau tidur kat asrama.. warden dah bagi green light daa.... setibanya di BATU GAJAH.. pak sedara aku ambik, and then dok la kat umah dia jap... so, jam pun dah agak lewat malam.. so tak jadilah nak bermalam kat KASAS...

setibanya 16 MEI 2012..
alhamdulillah setelah sekian lama tak menjejakkan bumi KASAS.. tiba je kat gate, pak guard tanya macam2, so aku pun apa lagi, pandai-pandai la buat ayat.... so dapatlah masuk.. time tuh ada la member aku dah mai n then lepak kat LIBRARY sat... wawwwww, rindunya lepak kat library.. dulu selalu je mai dok melepap at cini.. kitorang pun dok tunggu la jugak, manalah tahu ada yang akan mai lagi.. ramai-ramai...



kat dewan lak, time tuh, telah berlangsungnya majlis SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH... aku agak sebak la jugak, teringat time aku form 3 sampailah form 5 menguruskan sambuatn hari GURU.. hanya kenangan sahaja yang mampu diungkapkan... banyak la jugak aktiviti yang diorang dak-dak KASAS ni buat khas teristimewa untuk GURU-GURU...

ramai jugak la geng-geng batch kami mai.. tak lupa jugak yang baru le lepas SPM tahun lepas jugak ada yang datang.. memang meriah la kan...~~~ dan ade jugak la SURPRISE dari perantauan.. sahabat-sahabatku dari perantauan tak kiralah di mana sahaja, mereka rupanya dah berpakat hasilakn video ucapan khas dari seberang.. wawww.. bertuahnya dapat sambung belajar kat luar negara... video tuh ditayangkan kat dewan bagi tuntutan umum khas untuk GURU-GURU KASAS dan junior-junior kasas jugak boleh jadikan semangat dan dorongan untuk gigih menuntut ilmu dan menghargai jasa GURU....



setelah berakhirnya majlis di dewan, semua guru keluarlah dari situ, dapatlah kami semua bertemu dan bersua bersama guru-guru.. alhamdulillah masih sihat-sihat dan ceria lagi GURU-GURU KAMI ini... keceriaan yang jelas terpancar di wajah mereka.. dapatlah kami berborak sebentar dengan cikgu.. indahnya, lama tak bertemu, segala-gala perkembangan terkini mengenai kami semua ingin mereka tahu...dapatlah jugak bergambar kenangan bersama guru-guru yang tersayang.... wawww..!!!! tengok junior-junior pun dah besar-besar belaka.. hanya form 3 je arr yang ingat kitorang sebab time diorang f2 kami f5.. SEMOGA BERJAYA la korang yerk.. tengah exam pertengahan tahun la katakn..

memang hubungan pelajar dengan semua guru-guru memang akrab sangat walaupun sudah tidak berada di KASAS lagi.. namun jasa guru kepada kami sangat besar dan tak mampu kami balas.. memang sebak sangat bila tengok cikgu-cikgu, kehadiran kami ke sekolah memang sangat dialukan dan disambut dengan senyuman dam salam mesra daripada GURU-GURU.. aduhai~~ panjang sudah masa berlalu, dahulu, seawal menjejakkan kami di bumi KASAS terasa diri KERDIL dan kini mampu untuk berdikari dan berjaya di luar.. alhmadulillah, ini semua dengan izin ALLAH, GURULAH yang telah banyak mengajar kami erti kehidupan sebenar.. tambah-tambah pulak, kitorang ni semua duduk asrama, memang tersangat akrab la dengan guru ibarat IBU BAPA KAMI JUAAA......!!!






kitorang semua amat berterima kasih dengan segala ilmu dan segala-galanya untukmu 
GURU..tanpamu, takkan mampu kami melanjutkan pelajaran sepertimana sekarang.....!!!  






dikesempatan ini juga, DANE ingin  mengucapkan SELAMAT HARI GURU...!! 
TERIMA KASIH CIKGU....!! 


BACAAN YAASIIN DI DATARAN 








PERTANDINGAN UNTUK GURU-GURU






MAJLIS DI DEWAN






KAD UCAPAN KHAS DARI SETIAP KELAS







KERJA BELAKANG TABIR




HINGGA KITA BERSUA LAGI, TERIMA KASIH CIKGU,
JASAMU TAK MUNGKIN DAPAT KULUPAKAN






HaPPY TEacHER'S day.....!!

wawww.. 16 MEI setiap tahun merupakan tarikh keramat untuk semua para pendidik terutamanya di MALAYSIA.. tak kiralah guru dalam apa jua bidang, apa jua jenis sekolah dan institut dan apa jua pangkat dan jawatan... HARI GURU TETAP DIRAIKAN....!!!!!!


SELAMAT HARI GURU...!!!
TERIMA KASIH CIKGU.....!!!


ingin kuucapkan sekalung penghargaan jutaan terima kasih untuk semua guru yang telah banyak berkorban masa, tenaga dan macam-macam lagi bagi mendidik anak watan berjaya di DUNIA mahupun di AKHIRAT...

ingin kutujukan teristimewa untuk 



...SEMUA PARA PENDIDIK DI MALAYSIA...
TADIKA AL-WALIDAH, IPOH
SK SUNGAI ROKAM, IPOH
SK RAJA MUDA MUSA, TELUK INTAN
SRAR AL-ALHAMDIAH, TELUK INTAN
SRAR AN-NAIM, TELUK INTAN
SMK RAJA MUDA MUSA, TELUK INTAN
SEKOLAH IZZUDDIN SHAH, IPOH
SMKA SULTAN AZLAN SHAH, SERI ISKANDAR
SBPI SABAK BERNAM, SELANGOR
PUSAT ASASI, UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA, PETALING JAYA

ALHAMDULILLAH DENGAN IZIN ALLAH
tanpa kalian semua mewarnai dan mencorakkan diriku ini tak mungkin aku mampu sampai ke tahap sebegini....................


TERIMA KASIH CIKGU.....!!!



WE ARE FAMILY....!!!!.

wawwww.. that was great... we have our own song... ONE BIG FAMILY...

this song is really 'touching' about our brotherhood and very appropriate for us as FAMILY OF MRC....

you're my brothers
you're my sisters,
we ONE BIG FAMILY...


One BIG FaMiLY.. MRC....!!!!! 2.0

assalamualaikum...

ha3, ni pulak post entry volume 2.0 lak.. alhamdulillah 15 MEI yang lalu, pihak RMDD (Residential Management and Discipline Department) telah mengadakah RMDD-MRC APPRECIATION CEREMONY di Melawati Ballroom, TAHA D'KELANA JAYA, KOMPLEKS TABUNG HAJI, KELANA JAYA... alhamdulillah kami semua MRC sangat berterima kasih kepada pihak RMDD atas majlis yang diadakan ini.. (cewah,,, dah macam ayat karangan nak hantar kat cikgu pulak) ha3..





ok2, memandangkan event nye kat luar CFSIIUM, so kitorang kene nek bas la dari CFSIIUM ni... satu bas je pakai.. yang terkilan nye.. ada juga la antara kami tak dapat nak hadir atas urusan lain.. so, tak pe la, selagi mana family MRC ni ada, selagi itulah kita bersama-sama pergi ke ceremony tuh.. seawal jam 10 pagi, kami bertolak dr CFSIIUM ni ke sana.. wawwww, tak kusangka jalan mase tu sesak la jugak padahal time tuh kan office hour.. biasalah BANDAR la katakn... sebab tu la sesak je memanjang..hi3..

dalam perjalanan ke sana, aku ni dok jenuh la jugak nak cantikkan lagi puisi tuk event nanti... actually,puisi tu dah la pagi-pagi buta buat. dapat kertas jam 12 tengah malan plus sembang n bagai semua siap kol 4 pagi.. aduhai, tu la ni yang aku tak suka bila dapat nyembang, mulalah kuar segala cerita-cerita nyeee.. aduhai~~~ memang terbaiklah kan dok kat dalam bas sambil menulis... hanya MRC MAB sahaja yang tahu apakah yang akan terjadi time puisi nanti..... hi3.. mau buat GIMIK n SURPRISE.....!!!! actually dah lama sanagt tak belajar bahasa melayu n baca karya-karya puistis.. so, segala apa yang dalam minda kau.. ayat puitis laaa mula la aku luahkan... dari lubuk sanubariku.......

hmmm.. so lambat la kitorang sampai kat cana, Dean n semua VVIP yang lain dah dok menunggu kitorang mai...sampai je kat ballroom terus ambik tempat duduk.... yeyee.. sejuknyaaa..!! seb bek sejuk dah la pakai jaket tebal ni, kalo tak berpeluh-peluh laaa aku kat dalam ballroom nih...sepanjang event tu, memang terlukis dan terlakar di wajah MRC yang agak kelaparan mau makan.. hi3. n then ada jugak la berbaur perasaan macam-macam...

time tu jugak lah kitorang dapat sijil..... yeyeyeeee..!! and then dapat hadiah dr RMDD.. wawww.. bertuah sanagt dapat hadiah yang sangat praktikal... time tuh jugak la award disampaikan untuk bg kat penerima nyaaa.. dah macam ABPBH weeii.. haaa3.. propa jeee aku nih..!!!

selesai jeeee, terus makan.. time ni la yang kami semua nantikan... tengah kelaparan pulak kan... memang segala-galanya ambik jeee.. orang dah bagi makanan FREE pulak tuh... so sapu je arr... alhamdulillah rezeki dikurniakan..!! time ni lak dok jenuh mikir macam mana la pulak nanti nak baca puisi niii... aduhai~~~

and then, DEAN nak balik awal, so time tuh semua agak kelam kabut la jugak.. nak bergambar la n bagai.. DAN KETIKA inilah.... kitorang MRC MAB ni nak buat surprise.....!!!!
time tuh lampu semua tutup, tapi tak de la gelap gelita, ade jugaklah cahaya cikit-cikit.... dan keluarkan suara dari merata-merata tempat.. 4 orang ditugaskan untuk mendeklamasikan sajak.... overall sajak tuh.. bertemakan HARI IBU, HARI GURU dan SALAM PERPISAHAN......!!! aku lak teringin la jugak nak deklamasi, yelah dah berzaman tak buat... so nilah peluang aku...!!!!
bila tibe part rangkap last...!!! aku yang baca, n then keluarlah 2 kek yang sangat sedap mengiringiku dan terus ke meja VVIP... time tu, madam agak terkejut jugaklah dengan kejutan ini, kitorang bukan 'point' kat madam sorang jeee tapi kat semua principals, fellows and staffs jugak laaaa.... tapi memandangkan dialah IBU kepada MRC semua, jadi kita utamakanlah madam....



antara baris sajak yang dialunkan...

Engkau tetap dengan dirimu,
Sejauh manapun dikau merantau,
Sezaman manapun dikau pergi,
Sejarak manapun dikau jelajah,
Kau tetap dengan dirimu,
Dan aku hanyalah aku,
Tanpamu,
Tiadalah kami,
Tanpamu daiflah kami,
Tanpamu tidak bermaknalah kami,
Tiada siapa yang mampu,
Merampas takhtamu,
Hingga ke akhir hayat......



pastu, semua principals n madam sama-sama potong kek.... dan dapatlah mrc semua merasai kek itu bersama-sama, dan terus kepada persembahan daripada MRC UMAFZ iaitu pentomin.. memang terbaik laaa~~~ n part yang last tu agak touching jugak laaaa, diorang nyanyi lagu KENANGAN TERINDAH, so kitornag brothers yang dok kat bawah terus berlari nek atas stage sama-sama berganding bahu nyanyi sama-sama... time ni lah, aku dah mula sebak cikit...

alunan... KAN KU JADIKAN KAU KENANGAN YANG TERINDAH DALAM HIDUPKU..


time nak balik pulak, kat bas... aduhai...!! dah macam MELODI la pulak, nak korek rahsia SIAPAKAH GERANGAN MUJAHIDAH SEMPOI... boleh pulak berbalas-balas sajak dengan sisters.... dan AKHIRNYA.................. dapatlah kitorang tahu siapakah sebenarnya di sebalik nama tersebut... lawak3.... sampai je kat CFSIIUM.... mulalah segala ucapan personal keluar... time ni memang sedih sangat...

segala-gala kenangan bersama MRC CFSIIUM 2011/2012 sangat terpatri dalam ingat dan kami memang dah jadi ONE BIG FAMILY....... seyes, ikatan ukhwah ynag terjalin antara kami memang baik sekali... aku agak sedih jugak la, sebab senior (brothers n sister) memang terbaik bagi aku... susah nak cari orang macam diorang... banyak kenangan aku bersama MRC... dan banyak yang aku belajar dr diorang semuaaa..!!!
sukar untuk aku lafazkan.... hanya diri ini sahaja yang mampu menggambarkannyaaa...!!

DIMANA KAN KU CARI GANTI....
SERUPA DENGAN MU....!!!



























~ terima kasih daun keladi, andai ada rezeki dapatlah kita berjumpa lagi.....~