Aku lebih rela ada musuh yang jujur membenciku daripada mempunyai kawan yg hanya nampak gembira dihadapanku tetapi membenciku di belakangku.

Saturday, 29 September 2012

aku diseru...!!!


assalamualaikum...

alhamdulillah baru kali ni DANE berkesempatan nak update entry dalam blog nih.

baru-baru ni, alhamdulillah organisasi aku telah menjayakan dan melaksanakan satu forum yang bertajuk "DEMI-MU KUSERU", wwwwwaww, bila dengar je tajuk ni sure rasa macam pelik je.. seram + sejuk pulak tuh.. hi3.. tak de la.. actually tajuk ini adalah untuk mengajak orang ke arah kebaikan dan menghindar kemungkaran itu je... biasalah kalo nak buat tajuk tu kene la lain cikit tak nak klise dan capai matlamat, janganlah yang merepek pulak tuh.. ok..

ceritanya bermula begini, actually aku dan book tarikh 24-25 SEPTEMBER 2012 untuk guna hall yang ada kat CFSIIUM ni, dan aku rancang nak buat event lain. btw, aku dah tak de idea dan agak kelewatan untuk melaksanakan event tuh. so alhamdulillah sahabatku, bercadang untuk isikan tarikh tuh dengan sesuatu yang lain tapi bermanfaat untuk semua orang di CFSIIUM nih, thanks sangat..

24 september, kami berjaya menayangkan satu filem berjudul, 
VALLEY OF THE WOLVES PALESTINE


dan yang paling besar iaitu , 25 SEPTEMBER 2012.
dimana kolaborasi antara organisasi brother dan sister untuk event 
DEMIMU KUSERU

pelaksanaan event ni bagi aku rasanya lain dari yang lain, aku diletakkan dalam biro 
PUBLICATION AND PROMOTION 
bersama 2 orang yang lain, sorg bro n sorg sis. kitorang Ok je laaa, n then memang gerak kerja kali ni bagi aku agak teratur dan kemas sekali.buat kali pertama nye kami menggunakan portfolio, idea dari PM event ni sendiri. so far,  kali ni semua komiti memang dah tahu apa itu event ini dan gerak kerja dari biro masing-masing telah pun di atur dengan begitu rapi. alhamdulillah, pengajaran dari event lepas memang sangat memberi impak dalam menganjurkan event-event mendatang. walaupun bilangan komiti yang agak sedikit.  dan pengajurannya agak besar dan meluas di CFSIIUM ini... secara jujurnya ingin aku nyatakan, inilah event aku sertai sebagai komiti yang amat happening sekali.. 

pengisian ketika event tuh bergabung sekali dengan 
LAUNCHING MUHIBBAH & MUSLIHAH TEAM
 maka kitorang ni ditugaskan untuk create satu video tentang team tuh. pada asalnya kami agak kelewatan untuk menghasilkannya, tapi, bila terkenang dan terfikir kembali semangat dan impian PM untuk event nih, kami merancang untuk terus kembali pada rancangan asal untuk membikin satu shortfilm, walaupun tak seberapa, kami ni budak baru belajar. 



gabungan panelist Ustaz Syaari dan Ustazah Asni berserta dengan moderator nya Ustaz Che Abd Majid, membuatkan seluruh isi dewan tidak berganjak dari awal sehingga akhirnya denagn input-input yang amat bermanfaat untuk kita semua...

alhmadulillah, ketika program berjalan, semuanya berjalan dengan lancar. dari sudut hatiku, terasa sayu dan terharu sangat dengan semua komiti terutamanya PM dan APM event nih. bagi aku event ini telah membuatkan aku untuk meletakkannya dalam kelas pertama semester kali ini.

wallahualam


sekalung penghargaan kepada semua pelajar CFSIIUM yang menyokong usaha ini
dan kepada semua committe yang terlibat
terima kasih atas pengorbanan dan komitmen anda....!!





Friday, 21 September 2012

menangislah~~

salam alaik

actually lagu ni aku baru je dapat dari member aku...  
tajuknya MENAGISLAH DI BAHUKU





minggu ni sebenarnya aku agak kestressan la jugak.. assignment bertimbun tak settle lagi. TAPI itu bukan nya alasan aku sbb benda lain.. ni sebab time management aku sendiri laa~~

so, memandangkan aku dah lama tak pulang ke kampung halaman, terasa jua kerinduan kat BABA dan MAMA dan adik-beradik yang lain..

TAPI.. kat cini, aku lebih kurang ada family kedua la jugak, terasa hidup ibarat satu family jua, alhamdulillah, serba sedikit dapatlah aku tenangkan fikiran aku jua, berkongsi bersama-sama, susah senang dirasai...

syukur, alhamdulillah~~~




:: aku di sini hanyalah UNTUKMU ::

pengorbanan memang memerlukan kesabaran yang tinggi dalam peribadi seseorang, moga kita dapat mengharunginya dengan tabah dan tenang

PLUSMORE


assalamualaikum....

alhamdulillah, minggu ni IIUM, GOMBAK mengadakan KAED FEST.. iaitu KULIYYAH OF ARCHITECTURE AND ENVIRONMENTAL DESIGN FESTIVAL.. dengan bertemakan..

:: PLUSMORE ::

memag owesome la kan, kalo dak2 dari art stream ni buat exhibition bagai. tapi aku tak de kesempatan nak join g sana tengok-tengok mana-mana yang patut. btw, aku memang support la event ni even kami dari CFSIIUM ni sendiri terutamanya dak2 yang ambik kos AED ni.

insya allah, akan datang akan akan berada di bumi WAQAFAN. BUMI IIUM...  waallahualam...


andai ada kesempatan tahun depan bersua kembali...

bersatu

assalamualaikum...

alhamdulillah, minggu ni DANE agak ke'busy'an.. byk moooodddd ilang.. nak buat ni tak de nak buat tu pun tak de mood.. so, alhamdulillah dapat la jugak share2 ngan member-member mana -mana yang patut diluahkan... insya allah.. sedang asyik dengar lagu ni.. nasyid.. MENANGIS DI BAHUKU... nyanyian kumpulan FIRDAUS... dan byk la kali ni aku denagr lagu nasyid, ye laaa,, baru dapat supplier lagu dr member aku la katakan.. hi3... tetibe jee, teringat pulak nk post somtin kat BLOG nih.. ye laaa dah lama tak update pape...

ok...!!!! kali ni DANE nak cer tentang BERSATU.. memandangkan aku kali ni banyak belajar dengan satu perkataan tuh... B.E.R.S.A.T.U memang tak dapat dinafikan dalam kehidupan ini, kita memang tidak lari dari gaya hidup dalam satu komuniti. segala-gala, kita ni sangat memerlukan orang lain dapat menyokong dan membantu kita dalam apa jua keadaan dan macam-macam lagi. mustahillah kita ni ndapat hidup keseorangan.. AKAN TETAPI.....!!! mungkin ada dalam kalangan kita yang lebih gemar bersendirian dan menyendiri sendiri.. bak lagu nasyid ni laa.. SENDIRI MENYEPI.... 

macam ni, walau apa jua keadaan dan situasi, kita sangat memerlukan orang lain untuk membantu kita jua..

satu analogi nya.. ibarat.. BATU...
bagaimana nak stabilkan bilangan batu yang banyak dalam satu kedudukan..??
pelbagai saiz, bentuk dan berat.. masing-masing memang memainkan peranan yang amat penting untuk keseimbangan batu tersebut.



samalah, macam kita sendiri, kita ini dilahikan dalam pelbagai wajah, karakter, sifat dan bentuk.. maka dengan ini, dapatlah menyeimbangkan kedudukan kita, sebagai contoh. dalam sebuah kumpulan untuk menghasilkan MENARA MANUSIA...
adakah mungkin, kita yang sama saiz mampu membentuk menara manusia..?? sudah semestinya tidak....!!
kita sememangnya memerlukan bantuan dari semua orang. tidak kiralah yang kecil, sekecil zarah sekalipun dan ssebesar-besar gajah sekalipun. ini semua sanagt penting..

~ jadi, janganlah kita memendang rendah dan ringan terhadap orang yang memiliki fizikal yang rendah dan merasakan dirinya TIDAK PENTING....!! namun sebaliknya, orang tersebutlah banyak membantu dalam menggerakkan dan membina ikatan antara satu sama lain. maka, dengan ini.. janganlah ada di antara kita jua yang berhidung tinggi dengan kemampuan yang kita miliki, kerana kita ni semua hidup dalam keadaan yang saling bergantung antara satu sama lain. NIKMAT YANG KITA PEROLEH ADALAH KURNIAN DARI-NYA... kita hanyalah meminjamnya hanya untuk sementara waktu dan ujian NYA ke atas kita.

SAMA ADA kita ini BERSYUKUR atau TIDAK.........???

insya allah.

Wednesday, 12 September 2012

sehati sejiwa...??

assalamulaikum..

alhamdulillah,

bila kita bercakap mengenai.. SEHATI... SEJIWA....
ramai yang berpendapat.. itu hanyalah sesuai untuk bagi LELAKI dan WANITA... memang itu tak dinafikan, memang benar.. bila je orang nak kawen or cari pasangan sudah memestinya nak carikan keserasian dalam diri masing-maasing.. tapi pernahkan kita terlintas. dalam apa jua yang kita buat, tidak kiralah dalam apa jua keadaan atau sebaliknya, keserasian amatlah diperlukan, tak kiralah antara brothers-sister or brothers-brothers or sister-sister.. 





janganlah kita berfikiran kolot laaa.. cuba fikir secara professional.. barulah diri kita ni lebih bertamadun.. insya allah..

KESERASIAN amatlah diperlukan..

sebagai contoh, bila kita nak buat satu kerja (assignment) dalam berkumpulan, sudah semestinya kita mahukan yang terbaik malah lagi BAIK pun boleh... jadi,  kita hendaklah mewujudkan keserasian antara ahli kumpulan masing-masing. bak kata orang... ada CHEMISTRY....?? pape je laa.. betul la kot. sebab itulah orang suka sangat cerewat dan memilih untuk bergandingan dalam satu kumpulan.. biasalah lumrah manusia, ada ynag suka, ada ynag tak suka dan macam-macam lagi laaaaa..hobi ke..? or pape jua lah boleh share dan secara tak langsung boleh mengeratkan ikatan ukhwah antara diri kita masing-masing..


SEKEPALA...

hmm... ni pun sama jugak, SEKEPALA.. bukan nya kita ni satu kepala berbadan dua... melakat kepala, macam ni, sama pendapat bak kata orang kamcing la katakan.. haaaa...!! barulah boleh wujudkan suasana yang best.. betul kan..??

SEJIWA..

hmm.. yang ni ala-ala jiwang cikit, sejiwa...?? hmm.. bagi aku la kan, sejiwa rasanya tak de tak penting sangat.. sejiwa tu kiranya peragai yang sama.. sifat or watever je laa.. bagi aku, biarlah perangai lain-lain, tapi boleh masuk.. so tak de banyak masalah la akan berlaku.. maka, senang cikit la kerja kita dalam kumpulan..


berkongsi minat yang sama

dalam menjalan kerja berpasukan or sebaliknya, sume element tu memang penting, tipulah kalo kita ni jenis orang tak kisah.... 

kuasa pemuda...!!!

:: KUASA PEMUDA MEMIMPIN ARUS PERUBAHAN  ::



inilah barisan MRC MAHALLAH ABU BAK'R SESI 2012/2013..
insya allah, dengan perlantikan kami sebagai wakil suara penduduk MAHALLAH ABU BAK'R..
kami akan lakukan yang terbaik..

BUKAN UNTUK MENDAPAT NAMA atau SEBALIKNYA.. 
insya allah, IKHLAS DAN JALANKAN DENGAN PENUH DEDIKASI DAN BIJAKSANA..
" MUHAMMAD ZAIDAN BIN ROSLAN, PRESIDENT MRC MAHALLAH ABU BAK'R"








# aku pun tak tahu laaa.. sejak kebelakangan ni suka sangat edit-edit gambar..

Tuesday, 11 September 2012

today....

 bismillah....

salam indah BUMI CINTA.. salam satu MALAYSIA...
memegang mandat sebagai MENTERI KEDUA di panel kerajaan.. ingin megukuhkan lagi pendirian kami di meja kerajaan... dah mula daaa.. melalut la pulak..  *tak de kaitan langsung.. motif jeeee....

biasalah baru je nyiapkan keje2 n bagai sume... yg best nye hari ni.... kat compartment aku ni dah baiki kipasnya.. alhamdulillah bertambah speed kelajuan nyeee... hu3.. dan.. kitorang secompartment ni ubah kedudukan dalam compartment ni.. tu laaa.. sepakat membawa berkat.. BAGAI AUR DENGAN TEBING... dan alhamdulillah.. ramai yg membantu.. itulah kita kan BERSAUDARA....


pernah jugak laaaa terlintas dan orang pernah cakap.. JANGAN ASYIK KETAWA jeee... tapi bagi aku, ketawa boleh menghilangkan stress.. tapi berpada-pada laaaa.. janganlah sampai tak ingat duniaa.. dan sudah semestinya.. untuk mengenangkan diri.. dekatkan DIRI kepada ALLAH.... insya allah itulah penawar yang paling terbaik di duniaaaaaa... tetttttt...!!! hari ni aku rasa tenang...!! alhamdulillah....



Sunday, 9 September 2012

nilai luaran jeeee....??

assalamualaikum...

yaa... ahlan wa sahlan.. selamat semua...

ok, macam ni... tadi la la satu kisah sorang member aku sorang ni.. td punya la gelak sakan.. amboi, ada yg gelak itu la, inilah, sampai yg nak nangis pun ada, nak tercabut gigi tu tak de la pulak..

tetttttt.............

hmmm, sejak kebelakangan ni suka sangat simpan statement orang, walupun bukan artis.. korang ingat artis je ke yg boleh buat statement bagai... orang lain pun  boleyyyy.....

statement nyeee ni...

"JANGANLAH KITA MENILAI ORANG DARI LUARAN DAN KETIKA HARI KEJADIAN SAHAJA BILA KITA MELIHATNYA"





Dane sebenarnya memang tak terlintas langsung pasal statement ni.. tapi memang betul la itulah hakikat sebenarnyaaa.... memang BENAR....!! 100% aku SOKONG..... duduk MENYOKONG...!!! ha3.. memang betul la, kalo korang tak percaya, test laaa~~ terutamanya bila kita ni terlibat dalam apa jua keadaan.. biasalh orang MALAYSIA nikan suka menilai orang... sume pakat nak jadi JURI la katakan.. macam biasalah, mungkin rindu sangat nak tengok juri tuk AKADEMI FANTASIA kotttt.... tetttttttttt...... *ayat sapalah nih....??

macam kebiasaan laaaa... sume nk komen nyeee itu laa...ini laaa.. dan bagai macam-macam laaaaa~~ pastu lak kita ni memang suka sangat menilai.. tak tak de harga pun.. sebaliknya, andai kata kita ni menilai orang dari sudut yang baik dan benar, memang tak salah laaaa... dan SANGAT digalakkan, demi kebaikan bersama..jadi, sama-samalah kita semua berkata dan menilai orang dari sudut yang baik dan benar demi kebaikan diri dan lain-lain.. semoga kita dapat menjadi insan yang cemerlang dan beristiqamah dalam apa jua..INSYA ALLAH...

betul ke nih....??
pandai-pandai la korang nilai....??  nilai jugak...?? hmmm..

credit to     :  hmmm....

Saturday, 8 September 2012

bersabarlah... ini semua dugaan..

assalamualaikum..

alhamdulillah, kali ni macam biasa la DANE nak berceloteh cikit.. tapi seyesly, tak tahu nk cer apa.. tapi tetibe je idea terus melambung-lambung dan teringang-ingang di kotak fikiranku.. benda ni rasanya memang terjadi pada semua insan.

seperti biasalah, terutamanya kita ni sendiri sebagai seorang pelajar mahupun mahasisiwa, peranan kita memang terlalu besar...

sebagai seorang...

KETUA...
PEMIMPIN...
PELAJAR...
ANAK...
SAHABAT...

dan macam-macam lagi...



memang semua ini memerlukan kekuatan dan iltizam yang sangat tinggi dalam peribadi setiap insan itu sendiri...
kadang-kala... kita hanya memikirkan diri kita sendiri...
keluhan demi keluhan dilontarkan..memang tak dinafikan ada kebenarannya...

pengalamanku pada suatu ketika dahulu... sahabatku pernah menceritakan kepadaku sendiri pengalaman dan asam garam kehidupan sebagai seorang yang berjawatan dalam sesuah organisasi..
katanya...

"JANGANLAH KITA TERLALU PENTINGKAN DIRI SENDIRI SEHINGGA MENGABAIKAN ORANG LAIN"

masih segar dalam ingatanku sehingga kini hari... kata-kata tersebut memang menbuatkan diriku rasa sesuatu yang perlu diubah dan dibersihkan dalam minda kita semua...

namun, kadang-kala.. kita semua ni bersepakat... penat lelah dirasa bersama.. memang menjadi lumrah dalam diari seorang pemimpin, tak kira dan kisahkan jawatan apa sekali pun atau kedudukannya.. kadang-kala, ketua dalam organisasi sendiri pun tak mampu.. dia pun mengerti apa yang anak-anak buahnya rasakan...
nak kata pepatah.. cubit paha kanan, paha kiri terasanya...
maka.. kita hendaklah jujur dalam apa jua keadaan atau situasi..


ikhlaskan hati dalam apa jua yang kita buat, janganlah kita buat semua hanya intuk mendapatkan nama atau sebaliknya...
jadi sama-samalah kita bermunasabah diri kita sendiri.. insya allah ada jalan yang baik buat diri kita di DUNIA dan di AKHIRAT...
akhir kalam.. moga kita semua dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik walaupun tak sesempurna tapi usaha dah ikhtiar memang diperlukan... insya allah....!!




'Trust yourself, then you will know how to live'

:: qoute ini memang sangat berkait rapat dengan diri kita sendiri ::


Friday, 7 September 2012

ngantuk...!!!




gementar menanti masa berlangsungnya program ini..
nantikan sama-samaaaaaa...~~~


Monday, 3 September 2012

Sunday, 2 September 2012

ayam oh ayam..

assalamualaikum..

alhamdulillah, semalam MRC MAHALLAH MARYAM dan ECONSS kat CFIIUM, GOMBAK adakan program sembelihan bersempena dengan EiD FESTIVAL...



so, diorang sume jemput MRC yg ada kat CFSIIUM,PJ join... rezeki datang bergolek, dapatlah kami merasa suasana berada di IIUM GOMBAK la katakan... perjalanan kami ke IIUM GOMBAK seawal jam 7.30 pagi. sebenarnya kami yg ada kat cfsiium pj ni request nak bermalam kat cana, nak merasa suasana tidur kat cana la katakn.. so, diorang kat cana bg la peluang kat kami ni.. sampai je at cana, diorang bg kami bilik, wawwww..!! memang teramat jeles tgk keadaan bilik ynag selesa tambah sejuk lak dekat ngn hutan.. so dapat la angin2 dan udara semulajadi...

DAN....................... aku lak, tak dapat nak stay sampai malam sebab ada hal yg tak dapat dielakkan, so aku dan sorang member MRC MAB ni baliklah awal ke CFSIIUM,PJ nek public transport.. huhh..!!!!! memang penat la kan...

kat cana, best weeiii.... hmm.. dah la ni first aku aku kene jugak sembelih ayam seekor, jadi orang kedua alk tuh.. hmm, aku dengan rela nye buat laaa.. aku ni agak CUAK kalo buat benda2 macam tuh.... TAKUT DARAH...!!! alhamdulillah dapatlah aku sembelih seekor ayam ni.. aku terpaksa coverkan muka aku yang agak kecuakan time pegang pisau, tapi tak tau la menjadi ke tak....?? mana tak segan nye, tetibe je member aku sorang tu panggil aku jadi orang kedua untuk sembelih ayam selepas demo ditunjukkan.. tapi tak pe, nilah satu peluang dan diorang bg aku peluang yg memang terbaik laaa.. Thankssss...!!!

sembelih jeee.. terus g cabut bulu-bulu ayam dan celur laaaaa.. dan macam2 laaa.. nilah first time sume MRC berungu berkumpul.. lawa colour baju MRC sume... memang best...!!!! syok sangat...!!!

~banyak pengalaman yang aku dapat jugak la sepanjang event ni...btw, syok la diorang sume dapat bermalam kat cana...~~~




















# thanks to all MRC members especially MRC MAHALLAH MARYAM, memang sepanjang event tu aku tgk diorang sume memang bertungkus lumus nak bg keselesaan kat kitorang sumeee... apakan daya aku tak boleh nak stay sampai malam... PRESIDENT dan V.PRESIDENT  nye memang terbaik laaaa dan anak2 buahnyaaaaaa... TAHNIAH sumeee.. tak lupa gak kat dak2 ECONS....

Saturday, 1 September 2012

sebuah pelayaran..

tadi belek2 je kat lappy ni terjumpa la satu file, rasanya inilah kenangan terindah. kami pada awalnya memang bercadang nak buat novel (angan-angan), manalah tahu rezeki ada..  so semoga korang sume enjoy baca.. ok..!!!



SEBUAH PELAYARAN

Kisah bermula dengan penceritaan perihal watak utama Danish Daniel. Beliau dikenali sebagai Dani oleh teman-temannya. Dani sialah seorang pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah agama yang terkemuka di negeri Perak. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah. Di sekolah, Dani dikenali sebagai seorang pelajar yang aktif dalam bidang ko-akademik. Dani telah diberi kepercayaan oleh guru-guru disekolah tersebut unutk memegang pelabagai jawatan utama di sana.  Oleh kerana itu, Dania mat dikenali disekolahnya. Dani mempunyai  dua orang kawan baik disitu, Zaiqa Nazril Fuad dan Damia Elham . Persahabatan mereka telah terjalin sejak mereka mula menjejakkan kaki di sekolah itu, iaitu sejak di tingkatan satu lagi. Pelbagai saat suka dan duka telah mereka lalui bersama sehinggalah mereka Berjaya menempuh peperiksaan SIjil Pelajaran Malaysia sekitar bulan November 2010. Setelah peperiksaan tamat, mereka bertiga masing-masing membawa diri ke haluan sendiri. Mereka hanya berhubung melalui telefon dan khidmat pesanan ringkas. Hanya Dani dan Nazril sahaja yang sering berjumpa hal itu kerana tempat tinggal mereka tindak berjauhan. Berlainan pula dengan Damia yang tinggal jauh di Hulu Perak.



Setelah beberapa bulan, keputusan SPM diumumkan. Namun , Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Nazril dan Damia kedua-duanya mendapat keputusan yang baik. Tetapi tidak buat Dani. Bak kata pepatah, disangkakan panas hingga kepetang, rupanya hujan ditengaha hari. Dani begitu hampa dengan keputusan yang  diperolehinya. Nazril dan Damia lah yang menjadi pendamai hatinya. Bagi Dani, segala peluang baginya telah tertutop. Impiannya untuk menjadi seorang wartawan penyiaran yang terkemuka ditanah air hancur berkecai. Pada saat dan tika itu, Dani kembali kepada penciptanya, Dani berdoa dan terus bermunajat kepada Yang Maha Esa, memohon sedikit kekuatan daripada kekuatanNya untuk menghadapi  dugaan ini. Alhamdulillah, Allah Maha Penyayang. Dani mendapat kekuatan untuk menghadapi hakika hidup ini. Untuk melupakan masalah nya, Dani telah bekerja di sebuah syarikat percukaian Ayusyam Enterprise. Disitu Dani telah belajar sedikit demi sedikit tentang selok belok dunia perniagaan. Dalam pada masa yang sama Dani telah mengambil peluang tersebut untuk memohon segala apa jenis institusi pengajian tinggi yang ada.

Nasib Dani baik, dia telah dihujani dengan pelbagai panggilan temuduga samada dalam dan luar Negara. Setelah tawaran demi tawaran yang datang,Dani telah memilih untuk melanjutkan pelajarannya di peringkkat Persediaan Keusahawanan Sains Universiti Malaysia Kelantan di kolej mara kulim. Dalam pada masa yang sama,Nazril  kini sedang melanjutkan pelajarannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan seni bina. Manakala, Damia pula dalam proses persediaan unutk ke Universiti Mut’ah, Jordan dalam jurusan Syariah ( Fiqh wa Usul).


Di kolej itu, Dani telah berkenalan dengan ramai pelajar yang dating dari seluruh pelusuk tanah air. Jauh disudut hati Dani, dia amat cemburu dengan Damia. Tetapi, Dani kuatkan semangatnya. Disana , Dani bersama 18 orang pelajar lagi merupakan kumpulan perinits untuk program persediaan itu. palajar yang mengikuti program ini akan diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran mereka di Unversiti Malaysia Kelantan sekiranya mereka memperolehi gred PNGK 2.0 dan keatas. Bagi Dani ini adalah peluang terbaik buatnya untuk mencapai cita-citanya. Sepanjang tempoh setahun dipersediaan itu, Dani telah menunjukkan kecemerlangannya didalam bidang akademik. Adat berkawan, sudah berkawan pasti ada yang tertaut. Begitu juga Dani, Dani telah terpikat akan keayuan dan kelembuatan salah seorang pelajar dalam jurusan yang sama. Tetapi Dani hanya berdiam diri, baginya biarlah jika wanita itu benar-benar pemilik rusuknya yang telah hilang sekian lama ini, pasti wanita itu tidak akan kemana. Ia akan datang kepada pemilik asalnya. Itulah prinsip yang dipegang oleh Dani dalam percintaan.  Hasrat Dani apabila selesai program persediaan ini, Dani ingin meneruskan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Pembangunan Produk) dengan kepujian.  Baginya kegagalan semasa dibangku sekolah sebelum ini bukanlah penghalang untuk dia mengecapi kejayaan yang cerah dimasa akan datang.

Apa yang diimpikan Dani menjadi kenyataan. Dani telah Berjaya untuk melayakkan dirinya untuk ke UMK. Namun bayangan wanita yang masih pernah hadir kedalam hatinya tidak pernah padam. Dalam kesibukan menghadiri  menghadiri kulia pada suatu hari, Dani telah bertembung dengan wanita idamannya itu, Sakina. Sakina kini menuntut di Universiti yang sama dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Geosains). Pertemuan itu hanya berlansung hanya untuk beberapa minit. Kerana mereka masing- masing sibuk dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Semasa disemsta ke-2, Dani telah mendapat satu berita buruk daripada Nazril bahawa teman baik mereka Damia, telah pergi menyahut panggilan Ilahi. Kapal terbang yang dinaiki Damia dan pelajar Malaysia yang lain telah “hijack” oleh pengganas. Malangnya, semasa usaha menyelamat sedang dijalankan, Damia dan dua lagi penumpang pada ketika itu telah dijadikan tebusan dan mereka telah terbunuh memasa bergelut dengan pengganas tersebut. Bigitu kejam dunia, dan itulah lumrah alam. Maut menjemout tidak mengira umur dan jantina.  Pada ketika itu, Dani sedar bahawa dia telah kehilangan seorang sahabat sejati. Sedang Dani duduk menenagkan perasaan, kebetualn Sakina datang dan menyapa dari belakang. Kelihatan air mata kesedihan mengalir dipipi Dani. Sakina mengerti, Dani perlukan sokongan dan dorongan pada saat dan tika itu. Sakina duduk bersama Dani dan cuba untuk menenagkan Dani. Bermula dari situ hubungan mereka semakin akrab. Mungkin wanita yang memiliki rusuk Dani selama ini telah hadir untuk memulangkannya kembali. Keayuan dan kelembutan Sakina sebagai seorang waninita muslim yang berpendidikan benar-benar telah menambat hati Dani.

Setelah empat tahun menuntut di UMK, Dani telah Berjaya untuk mendapatkan segulung ijazah. Kini Dani telah memegang jawatan yang besar disebuah syarikat terkemuka di Negara ini. Kini dia mejawat jawatan ketua operasi jabatan pembangunan produk di Jakel Trading, sebuah pusat tekstil yang terkemuka dinegara ini yang berpengkalan di Johor Bahru. Manakala sakina pula telah mula menapak dlam bidang Geologi dalam misi penemuannya untuk bertemu dengan kerjaya impiannya. Seorang pakar goelogi Malaysia. Dunia penuh kesibukan kini melanda mereka berdua. Ini menyebabkan mereka jarang sekali untuk bertemu. Ditambah pulan dengan jarak antara mereka berdua. Dalam kesibukan itu,  Dani teringat akan perjanjian murni antara dia, Nazril dan arwah Damia. Mereka telah berjanji untuk menerajui tampok kepimpinana Negara berdasarkan bidang yang mereka ceburi. Mengenangkan saat itu, sekali lagi Dani mengalirkan air mata. Dia tekenangkan saat2 bersama Damia. Alangkah indahnya saat itu. dani teru mencapai talifon bimbitnya dan mendail Nazril. Mereka saling bertukar-tukar cerita. Rupa-rupanya nazril kini sedang bertugas sebagai seorang arkitek disebuah syarikat di Singapore. Itulah takdir Allah yang Maha Esa. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan.



Kini usia Dani sudah mencecah 25 tahun. Sedar tidak sedar hubungan Dani dan Sakina bertamabh akrab walaupun mereka sama-sama sibuk bekerja. Tetapi setelah satu kejadian yang menimpa Sakina pada hujung tahun lepasa, hubungan mereka kembali terjalin. Pada tahun lepas, Sakina harus menghadiri satu seminar berkaitan penyelidikan sumber petroleum di Johor. Kereta yang dianiki Sakina telah terbabas di bahu jalan dan pada masa yang sama Dani baru pulang dari pejabatnya melalui jalan yang sama. Dani berhenti untuk melihat paap yang telah terjadi. Alangkah terkejutnya apabila dia dapati mangsa kejadian itu ialah Sakian. Sakina telah dikejarkan kehospital dan ditempatkan di unit rawatan rapi. Tetapi, syukur kepada ilahi, setelah beberapa minggu Sakina kembali pulih. Bermula sejak itulah hubungan mereka kembali terjalin. Dani mengambil keputusan untuk berjumpa dengan ibu bapa Sakina. Maka pada hujung tahun 2020 berlangsunglah majlis perkahwinan antra mereka. 15 tahun berlalu, kini Dani bergelar seorang usahawan tekstil yang tersohor di tanah air. Pengalaman bekerja di Jakel Trading benar2 banyak membantu. Sakina pula kini telah berja untuk mengejar cita2nya dan mendapat gelaran pakar geologi Malaysia. Nazril pula sudah memiliki syarikatnya sendiri dan kejayaan yang paling berharga buatnya ialah dia bertinda sebagai pereka lanskap untuk  ibu Negara Malaysia. Dani pula telah Berjaya untuk mencipta pakaian muslim yang tahan panas dan kalis air hasil bantu dan gabungan pengetahuannya dan isteri tercinta.