Aku lebih rela ada musuh yang jujur membenciku daripada mempunyai kawan yg hanya nampak gembira dihadapanku tetapi membenciku di belakangku.

Saturday, 20 October 2012

erti sebuah kehidupan..



Bila ada masalah datang, jgn keluarkan ini, 'aduh apa lagi ni !' cuba yg ini, 
'alhamdulillah, Allah ingat aku dan masih ingin mendugaku' ...

Wednesday, 17 October 2012

ZULHIJJAH

assalamualaikum..

hari ini RABU 17 OCTOBER 2012 bersamaan dengan 1 ZULHIJJAH 1433H..

alhamdulillah kita masih lagi berikan hidayah dan nikmat untuk terus menjalankan IBADAT kepada-NYA. Kenikmatan ini hanyalah sementara selagi kita masih di dunia ini..

hari ini cuaca malam sejuk belaka, dihiasi dengan hujan renyai pada mulanya terus lebat membasahi bumi ini. udara yang aman dan nyaman sekali di MALAYSIA membuatkan aku bersyukur nikmat-NYA..
hari ini 1 ZULHIJJAH, sedang asyik melayari TWITTER, ada sahabat memberi tazkirah mengenai kelebiah bulan ZULHIJJAH.. alhamdulillah sudah masuk zulhijjah rupanya.. hmm.. lalu, aku terus laah meng'search'  kaitan dengan nya.. maka dengan ini, terjumpalah satu artikel dari UTUSAN ONLINE..
beginilah..

Bulan zulhijjah adalah bulan umat Islam menunaikan ibadah haji dan penyembelihan korban. dan bulan Zulhijjah jugalah antara salah satu daripada bulan haram..



#Pahala


Kemuncak bulan-bulan haram adalah Zulhijjah. Kemuncak Zulhijjah terdapat pada 10 harinya yang pertama. Ibadah yang dilakukan pada hari-hari itu memiliki kelebihan tertentu di sisi Allah SWT.

Imam Al-Bukhari meriwayatkan sabda Rasulullah SAW: "Tidak ada hari-hari di mana amal saleh padanya yang lebih Allah cintai daripada (amalan yang dilakukan) pada hari-hari ini, yakni 10 hari pertama bulan Zulhijjah."
Seorang sahabat bertanya: "Tidak juga jihad di jalan Allah?"
Rasulullah SAW menjawab: "Tidak juga jihad di jalan Allah. Kecuali seseorang yang keluar dengan jiwa dan hartanya lalu tidak kembali lagi."

Menurut Ibnu Rajab Al-Hanbali, hadis ini menjadi dalil bahawa sebuah amalan kecil yang dilakukan pada saat-saat tertentu boleh menjadi lebih baik daripada amalan besar yang dilakukan pada saat-saat yang lain.
Ibadah solat, puasa dan zikir yang kita lakukan pada 10 hari awal Zulhijjah ini pahalanya boleh melebihi amalan jihad yang dilakukan pada hari-hari yang lain.


- maka dengan ini sama-samalah kita perbanyakkan amalan sunat di bulan yang mulia ini, insya ALLAH-

Sunday, 14 October 2012

dah moden..


Assalamualaikum.

Hmm.. sebenarnya DANE sejak dua menjak ni banyak jugak la, idea-idea berlegar-legar di minda.. nak buat ini la, itu la.. n macam-macam lagi la.

Actually, DANE pun terasa mula meminati sangat dengan DESIGN-BASED ini. tapi yang lemahnya bila kene guna manual untuk lakukannya. Dulu sebelum memulakan zaman IPTA ini, ada jugak la tergerak hati untuk ambik kos MULTIMEDIA la, PHOTOGRAPHY la, GRAPHIC la dan kaitan-kaitan dengan MULTIMEDIA. Alhamdulillah, akhirnya terbuka juga minda untuk mengikuti kos ARCHITECTURE di asasi ini.. ARCHITECTURE bagi aku sangat universal. Btw, DANE kalo masa lapang je, suka search kat lawan sesawang TUMBLR, suka sangat tengok gambar-gambar yang telah diedit. Nampak natural dan suka laa, tak terkata. Ada juga yang jadikan gambar-gambar sebagai salah satu medium kita untuk mengekspresi perasaan dan tidak kurangnya melihat KEBESARAN-NYA.



Sebagai contoh, keagungan ciptaan-NYA terhadap muka bumi yang sangat mempesonakan. Jadi, bilamana ada dari kalangan kita yang men’capture’ gambar tersebut dan dikongsi bersama rakan-rakan di laman-laman social. Terasa sangat kebesaran ciptaan-NYA dan mensyukuri nikmatnya.

Ada juga yang menjadikan gambaran latar belakang untuk digunakan sebagai latar belakang untuk ‘quote’. Orang sekarang ni dan advance banyak sudah dengan kemudahan teknologi terkini. maka, tidak hairankah jika zaman sekarang orang lebih suka mengunakan graphical item untuk dijadikan sebagai medium dakwah.




Dan AKU pula, rasa macam nak design DOODLE la, buat  poster or whatever yang ada kaitan dengan penggunaan photoshop. Memang best la, sekadar untuk mengisi masa lapang daripada buat perkara-perkara yang tidak berfaaedah, so apalah gunanya jika kemahiran yang kita ada ini tidak diperkembangkan. Tidak bermakna orang yang tiada kemahiran tidak boleh lakukan. Ni semua terletak pada diri seseorang, jika kita hendak menjadi yang terbaik, maka berusahalah.. INSYA ALLAH, ada jalan NYA… 




Akan tetapi, gunakanlah kemudahan, kemahiran dan kecanggihan yang kita ada untuk ke arah kebaikan, bukan kepada kemungkaran-



Saturday, 13 October 2012

exam fever


Assalamualaikum

Hari ni memang rasanya cuaca amat baik, disertakan dengan angina yang sepoi-sepoi bahasa rasa macam duduk kat tepi pantai je. Ok itu bukanlah entry yang DANE nak sampaikan, tapi sekarang ini di kampus DANE sendiri ada satu wabak.. iaitu EXAM FEVER… ha3.. wabak la sangat kan..

Ok kali ini, kami final exam agak lewat berbanding tahun lalu semester satu dahulu. Manakan tidaknya sesi kali ini pendaftaran bermula agak lewat… ok stop..tak mahu melalut panjang-panjang…

By the way, sama-samalah kita kuatkan azam dan sematkan tekat yang tinggi untuk terus cemerlang di dunia mahupun di akhirat, rebutlah segala peluang dan ilmu di sini, kerana DANE yakin di sinilah tempat yang sesuai untuk kita semua menuntut ilmu untuk memberikan sumbangan kepada UMMAH, berlandaskan trademark ‘WE ARE TORCHBEARERS FOR THE UMMAH’. Semoga dengan apa yang telah kita peroleh sepanjang berada the GATEWAY OF THE GARDEN KNOWLEDGE AND VIRTUE ini mampu untuk dijadikan satu asset yang berharga untuk diri kita, keluarga, bangsa, agama dan Negara. Insya Allah.



Bittaufiq wannajah kepada sahabat-sahabat. Insya allah, di mana ada kemahuan di situlah terdapat jalan yang terbaik untuk kalian semua..


~ Berusahalah untuk mencapai sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan tidak mengabaikan AGAMA sebagai jalan yang sebenar~

TAWE 3.0


Assalamualaikum.
Actually, tetibe je teringat nak update cerita pasal TA’ARUF WEEK APPRECIATION NIGHT. Walaupun sudah hamper 3 bulan yang lalu 
TAARUF WEEK PROGRAMME 2012/2013
dijalankan, Alhamdulillah pihak pentadbiran CFSIIUM mengadakan event sedemikian. Sebenarnya, event ini tak de penting sangat untuk kami committee semua dihargai.  Hanya ucapan syukur dan berterima kasih dilontarkan untuk pihak atasan. Malahan event ini jugak sebagai satu platform kepada kami semua untuk terus mengeratkan lagi silatur Rahim antara committee TAWE sendiri sama ada dalam biro dan ahli-ahli semua. Pertemuan antara kami semua dalam 3 jam di AL-MALIK FAISAL HALL pada tanggal 28 SEPETEMBER 2012 bermula jam 8 malam akhirnya menjadi medan yang sangat unik d CFSIUM ini tak kiralah kita ni kos  berbeda, umur dan latar belakang yang berbeda, namun pertemuan kali ini memang sangat bermakna buat kami semua.



Pertemuan di antara 3 ‘benua’ yang memisahkan kami, CFSIIM, IIUM GOMBAK dan IIUM KUANTAN dalam satu majlis yang amat gah akhirnya menjadi kenyataan, walaupun tidak semua yang dapat hadir, mungkin ada komitmen lain yang lagi penting. Walaubagaimanapun, pertemuan ini sangat nostalgik sekali dan mengimbau kembali zaman-zaman ketika sesi pendaftaran baru ambik 2012/2013. Memang kali ini, kami berhadapan dengan cabaran yang amat getir dengan bilangan pelajar baru yang berdaftar di sini mencecah sehingga ribuan. Alhamdulillah kami semua dapat mengawalnya.

Yang membuatkan diriku terharu apabila biro aku yang kuperasan antara yang teramai hadir di majlis tersebut. Dan tak lupa juga, head-head biro TAWE yang ada telah menyambungkan peljaran ke KUNATAN or GOMBAK sama-sama hadir, da nada juga yang amsih di CFSIIUM. Setiba sahaja mereka di dewan, kami head-head biro saling bertanya khabar. Ada yang sudah menjawat jawaan itu, ini la dan macam-macam lagi. Banyak perkembangan dan perubahan pada mereka. Alangkah indahnya, kembali seperti dahulu. Memang ada perbezaan umur, namun komitmen dalam tugasan memang menjadi tunjang kepada pergerakan program kali ini.

Bagi aku, malam itu cukup indah buat aku. Sehingga hari ini, aku masih tidak mampu untuk mempercayai apa sebenarnya yang aku telah lakukan dalam biro PUBLICITY &PROTOCOL ini, aku banyak berurusan dengan semua committee TAWE jadis ecara tak langsung dari situlah aku mengenali ramai sahabat CFSIIUM yang sebelum ini aku tidak pernah sama sekali mengenali mereka. Sehingga kini jua, kami saling bertegur sapa dan tak lupa juga kerap bertemu bertanya khabar jua. Kat cana, kami dapat mug dan juga sijil penghargaan. Lepas je, apa lagi kami PUBPRO sekali lagi menguasai gambar-gamabr untuk ditangkap sebagai kenangan. Manakan tidaknya, pemilik kamera banyak dari biro kami. Hi3..





Di biro PUBPRO pula, aku banyak-banyak minta maaf andai sepanjang aku mengepalai biro ini, aku tidak terlalu beri komitmen dan agak ke’blurr’an untuk menggalas biro ini. Tanpa sokongan dan pengorbanan anda semua dalam biro ini, nampak nya kita telah berjaya melaksanakannya. Memang aku akui, biro aku ni kene berurusan denagn semua biro bagi menjalankan tugasan. Bermulalah kerja SIGNAGE, POSTER, lagu-lagu CFSIIUM, NEGARAKU, VIDEO TAWE dan tak lupa juga menjadi ‘guru’ kepada semua pelajar baru untuk nyanyia lagu CFSIIUM dan juga baiah. Memang korang semua sangat-sangat ‘sporting’. Perkara yang buat lagi terasa nilai kekeluargaannya, apabila wujud gelaran ‘PAPA’ , ‘MAMA’ dan byk lagi gelaran anak-anak la. Bukan bermakna gelaran ini saje-saje tapi bilamana wujudnya panggilan sedemikian secara tak langsung nilai kekeluargaan dan ukhwah antara kami terjalin secara tak langsung. Banyak juga cabaran mahupun halangan sepanjang program tersebut. Ada kalanya, biro aku dilemparkan dengan kata-kata yang kurang enak didengar. Semuanya menjadi kenangan kepada kami.



Selesai sahaja majlis pada malam itu, kami mengambil kesempatan untuk berjumpa antara biro kami sendiri, bertanya khabar sekian lama tidak bertemu, waluapun hanya di CFSIIUM kerana terikat dengan jadual kelas mahupun komitmen yang lain. Terima kasih juga kepada ASSISTANT HEAD PUBPRO NUR AMNAH DUNIYA kerana banyak membantu ku. Dan tak lupa juga kepada semua ‘anak-anak’, tanpa kalian semua siapalah aku dalam biro ini.


Malahan, ikatan ukhwah antara head-head biro juga terus terjalin dan diteruskan dengan bertantya khabar. Perkhabaran yang sudah lama dinantikan setelah sekian lama tidak bertemu. Selalunya bilamana ketika program berlangsung TAWE seharian pasti bertemu usai program harian tamat untuk melaporkan report dan request antara biro. Kenangan ketika itu memang sukar dilupakan.

Walaubagaimanapun, ahli-ahli MRC jua tidak ketinggalan daripada menyertai event besar CFSIIUM. Boleh diibaratkan sebagai reunion bagi kami kali kedua yang pertamanya ketika di TAWE dahulu. Sokongan daripada mereka yang tidak berbelah bagi kepada ku juga mendorongku untuk terus berbuat sehabis baik dalam PUBPRO di TAWE ini. Alhamdulillah, ada jua dari kalangan kami yang sudah ke main campus, maka malam itu dijadikan pertemuan antara kami yang boleh dikatakan ‘ONE BIG FAMILY’. Dikesempatan dapatlah jugak bergambar kenangan bersama orang besar department MRC sendiri.




Secara peribadinya, banyak yang aku pelajari sepanjang berlangsungnya program TAWE 2012/2013 kali ini. Banyak juga yang memberi tunjuk ajar pada diriku ini. dan terima kasih kerana sudi menceriakan hari-hari aku sepanjang  TAWE.. Secara ikhlasnya, aku rasa rendah diri sangat dalam ramai-ramai aku rasa tak layak untuk menduduki ‘kerusi’ head. Segala-galanya dari-NYA. Alhamdulillah.






 kenangan ketika TAWE12/13


- Setiap insan mempunyai kebolehan mahupun kelemahan diri masing-masing, tapi apa yang membezakan kita adalah cara kita untuk terus berusaha ke arah yang lebih baik -

Wednesday, 10 October 2012

kaedlive


solat hajat


Alahmdulillah, 
di kesempatan malam yang penuh dengan barakah. Telahpun di perkuat kudrat untuk terus gigih menjalankan sesi-sesi harian yang kebiasaannya. Selasa , semalam adalah hari yang bagiku sangat ‘sempoi’. Kelas pun dah tak banyak dah, tapi ada la jugak kelas. Seawal jam 11 pagi aku terus bergegas ke kelas INTRODUCTION TO BUILT ENVIRONMENT. Rasanya inilah kali pertama aku buat nota full dari awal lecture sampai abis, selalunya aku ngantuk la.. conteng-conteng la.. dan macam2 lagi la. yelah, nelajar kat studi yang air-condnya sangat sejuk sekali + gelap pulak tuh. sebab nak tengok slide, nanti tak nampak pulak klao lampu pasang, pakai cahaya natural je.. Kali ni aku berazam untuk lakukan yang terbaik. Petangnya pula, kelas GRAPHIC COMMUNICATION 1, waww.. time ni kitorang satu studio agak cuak untuk menerima task-task sebelumnya yang kitorang buat. Pakai tracing paper tuh, kene buat chalet. Memang seram la kan. Alhamdulillah bilamana dapatnya result. Aku besyukur, itulah hasil kerja keras aku selama ni. Pastu terjadilah "accident" yang lawak time kat kelas tuh. Macam2 la pulak terjadi. Keep secret ok..

Abis je kelas GC aku balik bilik la,studio pun kat bawah bilik aku je.. dalam mahallah yang sama.. macam biasa online bukak FB, TWEETDECK.. hi3… n then tertido la pulak, di bawa bayu hujan ynag amat sejuk sekali. Syok wei.. cadangnya nk pergi pasar malam, tapi apakan daya hujan telahpun memisahkan diri ni untuk ke sana. Btw, tak pe la. Pergi sana pun juz nk beli makanan je… CHAR KUEY TIAW… wawww… marvelous..!!!

Alahmdulillah kat CFSIIUM, pelbagai program telahpun diatur, dan tiba malamnya. FSCC adakan majlis SOLAT HAJAT DAN BACAAN YAASIIN di MASJID KOLEJ ISLAM MALAYA.
 So, aku dan member aku ambik lah peluang ini datang ke masjid untuk sama-sama menyertainya daripada aku tak tahu buat apa-apa. At least aku dapat jugak la bersosial, jumpa kawan-kawan kat sana. So, far majlis berjalan dengan lancer dan bayu malam yang sebentar tadi hujan gerimis sangat sejuk mengiringi majlis ini. SYABAS dan TAHNIAH FSCC atas penganjuran event ni.



Abis je solat isyak, DEAN CFSIIUM bagi tazkirah ringkas dan dia open Q&A session selepas itu. Baik sungguh dekan kita MESRA RAKYAT.. alhamdulillah.
Banyak input yang aku dapat  sepanjang hari tu.. pasal
SERKULARISM
dalam kalangan pelajar yang menuntut ilmu la..

Memang benar apa yang dikatakan, pelajar sekarang lebih memetingkan serkularism di mana konsep bahawa kerajaan atau entiti lain harus wujud secara terasing dari agama dan kepercayaan. Perkara ini memang tak dinafikan, pelajar sekarang lebih terdorong untuk belajar untuk mendapatkan pekerjaan demi masa depan yang terjamin.

Hari ini dapatlah aku belajar pasal sekularism. Aku tahu benda nih tapi biasa la, buat-buat tak tahu je...

-SEMOGA KITA SEMUA MENTUT ILMU DEMI MENDAPAT KEBERKATAN DAN MENGAMALAKN SYARIAT BERLANDASKAN ISLAM-

Saturday, 6 October 2012

bayu senja..











Live while were young



ONE DIRECTION
baru aku sedar yang diorang ni dah ada lagu baru 
LIVE WHILE WERE YOUNG

-sekadar hiburan sahaja , jangan lah terlalu berlebihan-