Aku lebih rela ada musuh yang jujur membenciku daripada mempunyai kawan yg hanya nampak gembira dihadapanku tetapi membenciku di belakangku.

Monday, 31 December 2012

Baru nak MULA..!!



Assalamualaikum..

Alhamdulillah, sekian lama tidak mencoret apa-apa pada ruang hamba kali ini. Walaupun sekarang ini masih lagi di alam percutian ‘honeymoon’ bersama family tersayang di teratak kasih di teluk intan. Percutian ku bakal berakhir tidak lama lagi, dan akan kembali meneruskan pelajaran di university kelak. Apa-apa pun, bersyukur masih lagi diberikan kesempatan di muka bumi ini untuk terus dan terusssss berbakti pada agama, bangsa dan negara. 

Almaklumlah, sekian akhir-akhir ini, agak sibuk menguruskan hal-hal yang perlu diselesaikan bagi merancang sesi semester 3 pada tahun 2013. Sudah 2 kali, berulang alik dari Perak ke Petaling Jaya untuk menguruskan hal-hal yang kaitannya. Kita masih lagi dalam perancangan untuk terus melakukan misi kita. Insya allahh, andai ada peluang, maka kita semua akan terus mendapat keberkatan dari ALLAH s.w.t. 

Tahun 2013 bakal menjegah tiba, dan umurku kian meningkat ke 20. Alhamdulillah sudahpun 20 tahun bernafas di bumi yang bertuah ini. Ku panjangkan kesyukuran ke atas-NYA. Insya allah dengan kehadiran tahun 2013, bakal menceriakan lagi kehidupan ku dengan penuh warna warni dengan keberkatan daripada-NYA.  


Wednesday, 5 December 2012

Hanya Lagu Jadi Kenangan

Salam, 

Tadi belek-belek YOUTUBE, so ternampak la video kawan-kawan sekolah upload pasal persahabat so touching dengan music background nya lagu. Sangat tersentuh,so aku apa lagi.. Macam biasalah kerja aku, godek-godek Youtube cari. Lagu apakah itu, dan akhirnya jumpa jua. Rupanya lagu yang dinyanyikan oleh Aizat dan jua 1stEdition. Sedap jugak lagu nih. layan lirik nya..


Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
 
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu


biarpun kita berbeza umur, kita tetap sahabat selamanya

Sunday, 2 December 2012

december


Alhamdulillah sudahpun bulan 12, bermakna bakal mengampiri tahun 2013.

Wednesday, 28 November 2012

iCOS



gamaknya aku kene pergi CFSIIUM untuk menghadiri meeting pertama iCOS.

Belajar Sama-sama



Assalamualaikum.

Rasa cuti sem kali ini, macam nak ambik SPM je. Manakan tidaknya cutinya dah rasa macam lama dan sesuai sangat nak ambik SPM. Pastu apa lagi dok melepap je kat umah ni on9 je la, so pastu ada pulak dak sekolah aku, dia ni nak SPM tahun hadapan, tapi bagus la jugak dia nak ulangkaji pelajaran, terutamanya ADD MATHS. Pagi tadi, kemas laci. Terjumpa la pulak bungkusan kertas tebal-tebal dalam laci. So, aku pun bukak la, nak tengok ada apa dalamnya. Buka je, memang banyak la kertas nye. Rupanya itu sume kertas trial SPM 2010 aku 2 tahun yang lalu. Waww. Memang terpalit la memori. Dah macam drama je, teringat sume bagai. Mulalah monolog dalaman, flashback. Rasa macam ada awan-awan kat atas kepala aku tentang masa silam dahulu. Ha3. *karut je. So, kembalilah aku teringat sume kenangan exam tertulis aku yang dulu, memang suke exam. Sebab time tu la nak fight ngan kawan-kawan sume, kira macam persaingan secara sihat la katakan. Memang itulah yang selalu aku amalkan. Dan aku suke simpan segala-gala kertas exam aku, dan result exam paper. Bila tengok salah itu balik, teringat sume. Kata-kata cikgu la.  Kalo markah lagi cikit nak A, memang kerja mengampu cikgu la nak up kan markah. Hi3. Dan, aku selak-selak sume kertas dan aku tertarik la dengan kertas ADD MATHS. So aku bukak helaian demi helaian. Dan aku sejujurnya dah lupa banyak daaa.. formula itu ini. Step itu ini. ADD MATHS subjek kegemaran aku time FORM 5. Dan kisah sebelum ni memang buatkan aku trauma dengan add maths. 



Memang aku tak boleh nak simpan nak nafikan, rata-rata dari mereka nak SPM memang sangat takut dengan paper ADD MATHS. Katanya susah nak perform better dalam ujian mahupun latihan yang cikgu bagi. Seriusly, memang susah. Itulah dilemma yang dihadapi oleh mereka. Dan aku jua tidak kurang juga. Dahulunya sebelum melangkah masuk ke menengah atas. Ramai senior yang merungut yang ADD MATHS ni susah giler. So, kami ni yang baru je PMR ni memang cuak abis dooo. Risau la dah la pas PMR kene la masuk Form 4. Dan itulah subjek wajib kat sekolah aku kene ambik. Memang tambah cuak gaban laaaaa. Diorang ni memang buat cuak je la.

So, bila dah masuk form 4. Hari first, dapat buku teks, semakin bertambah banyak buku teks aku dapat kali ini. Berat je beg. Padahal tak berat beg pun, buku teks sume letak dalam kelas je. Dan hari pertama cikgu sume busy lagi nak siapkan perancangan pengajaran sume dan mesyuarat. Dan aku lak, dok kelas nyembang je la. Aku tengok kawan2 aku yang lain, dok sibuk je bukak buku teks ADD MATHS. Nak try buat. Hmmm.. ni yang buatkan aku jeles sangat. So aku pun bukak laa.. bukak je tajuk first. FUNCTION… memang tak function la aku bukak tu, seyesly tak faham apa2. Pelik jeeee f(x) bagai laaaa… hish2. Menyusahkan je. Tengok diorang yang lain syok je buat. Aku ni dengan member dok sebelah aku ni dah ting tong daaaaa. So bila je kelas add maths start. Cikgu pun dah mula ajar dan pakai guna buku teks sebagai rujukan. Senyap je satu kelas tengok cara penyelesaian soalan tu. Ternganga sume….!! Ha…!! Aku dan member aku lak, usha sorang-sorang. Sume khusyuk bukan ke main lagi tengok. Haaa….!!! Lawak wei.. macam-macam gaya ada. Serius. Pastu cikgu dah siap buat contoh. Sume masih blurrrr.. dan termasuklah aku sekali. Hi3.
Pastu dah mula berduyun-dunyun, bertimbun-timbun latihan cikgu bagi. Ada yang boleh buat. Macam-macam karenah, macam-macam gaya. Ada yang frust bila buat pun ada, tension. Dan itulah lumrah belajar. Tak semua nya kita boleh sekelip mata je boleh. Kene usaha dulu belum cuba belum tahu. Jadi, kalau kita mahu sesuatu perubahan, kita kene ubah persepsi diri kita dahulu. Tingkatkan usaha, amalkan segala apa yang disuruh. Memang kadang-kala kerja bertimbun ada tak yang sempat nak siapkan. Tipulah kalo ada yang tak tiru kawan bulat-bulat. Kekadang, kita sebenarnya bukan tiru, tapi melihat dan memerhati langkah demi langkah cara penyelesaian, bila dah faham baru lah kita buat sendiri. Ok. So, setahun bergelumang dengan ADD MATHS masih belum dapat lagi cari sinarnya. 

Ramai yang mengatakan yang ADD MATHS form 4 lagi sukar dari Form 5. Bila masuk form 5. Ya. Memang agak mudah sedikit dan berbeza pembelajaran silibus form 4 nye. Bukannya mudah sangat, Cuma nak cakap di sini, agak mudah difahami. Tetapi, segala yang diajar kat silibus form 4 memang tersangat penting sebab kita kene aplikasi balik formula yang ada kat silibus form 4 tuh. So, bila tibanya form 5. Bukan nak kata la kan. Dah semakin banyak banyak dan banyak homework. Bukan add maths je, malah subjek-subjek lain pun sama. So kene pandai-pandailah bahagikan masa untuk study. Alhamdulillah. Aku bersyukur, akhirnya ADD MATHS yang selama ini menjadi satu dilemma bagi aku, dapat jua kutempuhi. Dengan berbekalkan semangat dan keyakinan, akhirnya dapat jua aku coretkan sesuatu pada slip SPM aku. 

Rezeki kian bertambah, sebelum menjelang keputusan SPM diumumkan, memang tak buat apa la kan. Duduk rumah je dalam hati ini, berdebar-debar menanti keputusan SPM diumumkan. Aku terima SMS dari sahabatku ini, yang cikgu ADD MATHS sekolah cari ex-student Form 5 yang baru je abis SPM jadi fasilitator kat sekolah untuk conduct kem hujung minggu ADD MATHS di KASAS. Alhamdulilah, rasa kembali bersemangat ikhlas untuk membantu adik-adik yang masih berada di KASAS. Bukan takat nak ajar je, malah itulah masa yang sesuai untuk kitorang berkumpul balik dengan kawan-kawan yang dah lama berpisah. Ada jugak member aku dari sekolah lain, dia time form 4 pindah sekolah pun join. Memang best la, dapat merasai balik pengalaman dok asrama. Memang aku tak lupakan segala ilmu yang masih cikgu-cikgu curahkan. Alahai, dapatlah kitorang dok kat asrama tumpang bermalam, sebab programnya seharian dari pagi sampai petang, tapi 2 hari, sabtu dan ahad. Memang suasana kali ini di asrama agak berbeza, kami dah bukan lagi pelajar asrama. Yang bestnya, suka ati je. Dah tak gerun dah dengan siren, buat selamba je. Ada satu ketika itu, kitorang masbuk subuh. Segan pun ada, dah la pakai baju tidur je, pastu abis je solat sume orang usha pagi2 buta. Pastu ada ustaz dok kat sebelah pegang rotan. Cuak pun ada, sat g tak pasai-pasai kene panggil. Warden tu baru, diorang mana kenai kami. Hi3. Tu la, lewat turun Jemaah kat masjid. Pastu, dapat jugak jumpa cikgu-cikgu balik, ada juga warden yang ajak kami lepak-lepak makan kat luar. Waw. Best wei. Rindu sangat time tuh. 



Alhamdulillah, akhirnya kami semua berjaya peroleh keputusan SPM dan membolehkan kami untuk terus belajar dan belajar bagi mencapai cita-cita kami untuk terus berjaya di dunia mahupun di akhirat kelak. Terima kasih CIKGU.!!

Friday, 23 November 2012

Jangan Ambik....!!!






aku suka cerita ini, banyak nilai yg boleh dapat
dan inilah realiti sekarang...!!!


Easily



Tengok...!!!
Haa...!! lain kali cek la betul-betul.
Jangan pakai suka ati je nak nilai orang, terus buat kesimpulan.

Sama-sama SAHABAT

Assalamualaikum.


23 NOVEMBER, Alhamdulillah sambutan ulang bulan kelahiranku. Dan tarikh itu jualah SPM pada tahun 2010 bermula. Waww. Sekejap sahaja rasanya masa berlalu, sudah 2 tahun aku meninggalkan alam persekolahan. Kini, pelajar tingkatan 5 di serata MALAYSIA sedang asyik bertungkus lumus untuk menggapai impian dan cita-cita mereka selepas ini. Diorang dah hampir ke penghujung sebab sudah banyak kertas soalan mereka telah selesai menjawabnya. Kalau dahulunya, hari ini baru sahaja nak mula. Aku rasa sekarang ni sure aku tengah dibuai mimpi lena kerana pagi-pagi lagi sudah mahu bergerak ke dewan peperiksaan. Dan…!! Pada masa itu, kertas pertama ialah BAHASA MELAYU, dan pada ketika itu, pelajar lain di sekolah sudah tiada. Aku tinggal di asrama hanya bersama-sama sahabat-sahabat tingkatan 5 dan tingkatan 6 atas sahaja. Memang suasana agak sunyi dan tenang untuk diluangkan bersama untuk belajar bersama.

SAHABAT… 



Perkataan yang memang acap kali kita ungkapan. Selalunya kita lebih suka bahasakan nya dalam ENGLISH, FRIENDSHIP FOREVER yeee…  Walau apapun yang terjadi kita tetap KAWAN, SAHABAT, TEMAN. Dan ramai jua yang keliru, apa bezanya KAWAN, SAHABAT dan juga TEMAN. Cikgu BM aku pernah bagitau, tapi aku dah lupa. Ok la, nanti kita sama-sama rungkaikan.
Memang tak dinafikan kita semua memang banyak kawan, dan kini.. Sahabat kita jua semakin tambah hari demi hari, memandangkan kat FACEBOOK pun ada ‘add as friend’. So zaman sekarang ni dah canggih, kawan boleh cari di merata dunia sekalipun dalam alam maya, dengan klik sahaja.
Tapi  berbeza dengan sahabat yang lebih mengenali kita. Memang kat sekolah berasrama kita selalu memanjang je dengan muka yang sama dengan sahabat kita. Segala-galanya dikongsi bersama, walaupun kekadang memang la, ada kalanya bergaduh. Biasalah, perkara yang boleh dielakkan jua. Dan aku, ketika mana tingkatan 3. Rata-rata dari kami memang terlalu sibuk oleh sebab untuk menghadapi PMR yang akan menjelma. Jadi sasaran kami adalah untuk mencapai impian memperoleh 9A, sebab sekolah aku kene tambah satu subjek bahasa arab. Memang, bilamana kita di ambang peperiksaan, jadi perhubungan kita bersama dengan sahabat dan tidak lupa jua sentiasa kita ingat pada-NYA jua. Jadi, banyak masa kita luangkan untuk belajar bersama, pelbagai karenah dan jua pengalaman yang dapat dikongsi bersama. Tambah-tambah bila duduk di asrama, memang 3 tahun berturut-turut sudah kenal dengan perangai dan lali da dengan semuanya. hi3..

Bait-bait lirik lagu SAHABAT nyanyian AIZAT AMDAN memang menyentuh perasaan aku. Actually, lagu ini kawa baik aku yang suruh aku dengar time tuh tengah SPM tapi dah nak last-last paper da. Bilamana aku dengar buat pertama kali, aku terasa lagu ini amat terkesan sekali. Inilah dia bait-bait liriknya. Memang benarlah setiap pertemuan sudah pasti ada perpisahan. Dan setiap permulaan pasti ada pengakhirannya. 

Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah

 
Pengalaman aku di saat ini, bila tingkatan 4 lagi. Sebab ramai dalam kalangan sahabat-sahabat aku telahpun melanjutkan pelajaran ke sekolah lain. Memang satu kehilangan buat aku dan sahabat-sahabat yang lain jua ketika itu. Rasa sangat sebak sekali. Dan kini, semua telahpun membawa haluan masing-masing. Alhamdulillah, perjalanan kami untuk mencapai impian dan cita-cita kian dekat. Insya allah, andai ada rezeki, segala-galanya akan kita capai bersama.Aku teringin jua coretkan, ke manalah arah tuju sahabat-sahabt aku kini. Baik di perantauan mahupun di sini. Kini merata-rata sahabatku berada. Semoga ikatan ukhwah yang terjalin kekal hingga akhir hayat. 



Thursday, 22 November 2012

Kahwin | Satu Cinta



Assalamualaikum semua.

Hari ini sudah hamper 5 minggu aku cuti semester tuk kali keduanya sejak bergelar mahasiswa ni. Macam tak percaya je, yang aku ni sudahpun masuk alam university. Rasa sekejap rasanya. Yang dahulunya merangkak-rangkak nak menulis, mengira, membaca. Macam-macam karenahnya. Sabar je cikgu-cikgu nak ajar aku. TERIMA KASIH CIKGU….!!!!
 Hari ini hari KHAMIS daaaa. Esok jumaat. Sekejap je masa berlalu, dan umur pun semakin meningkat. Tapi, adakah amal ibadah aku pun meningkat jua…..??? tepuk dada tanya iman. Insya ALLAH. Segala-galanya kita hanya berserah padaNYA. Moga-moga yang terbaik buat kita. 

Tadi, tgk TV ada program RAIKAN CINTA, pasal orang kahwin. So, deme share la pengalaman diorang bercinta bagai la. And then ada jugak la video pasal resepsi diorang. Memang tak dinafikan sangat lawa, tambah-tambah, sekarang ni kan teknologi dan gaya rakaman semakin canggih membuatkan aku terkesima dengan corak rakamannya. Abis je aku terus la bukak youtube. Sebab aku rasa kat youtube ni dah bersepah-sepah dah, diorang upload. Kedai-kedai photography ni yang upload kan. Aku ni pun peminat videography jugak, so memang syok la kan dapat tengok gaya persembahan diorang. Sangat menarik diorang punya shot nye, sangat mantap jugaklah cinematography. Itulah yang membuatkan aku suka.


Dan aku jugak, teringat la kat roommate aku. Time tuh, tengah boring-boring kat bilik, so dia pun tunjuk la video kahwin kat kitorang. Nice sangat. Dia tu suka simpan video-video orang kahwin. Tapi ini bukannya vieo yang cikai-cikai tapi video yang memang dah diedit dengan begitu mantap sekali. Banyak jugak la video sepanjang resepsi orang kahwin kitorang tengok via lappy je. Pastu ada jugak rupanya request suruh buat video time diorang honeymoon.. waww.. sweetnyaaa. Aku ingatkan kahwin je ade video, rupanya time honeymoon pun ada jugak. Paling teruja bila tengok satu video tuh. Kalo tak silap aku, itu resepsi perkahwinan anak kepada tauke syarikat permotoran dahulu. Memang majlis perkahwinan nya memang tersangat mewah. Kitorang just tengok je, sambil-sambil tuh boleh jugak la tengok bagaimana videographer professional ambil shot-shot menarik untuk dicompilekan untuk dijadikan video. Haaaa…..!!!! 

Tapi kali ini, aku bukak Youtube, aku tertarik dengan video ini. Lagu latar pun sedap. Aku dah search yang lagu ini adalah hasil nyanyian daripada ARI LASSO dan SHANDY CANESTER. Sangat editing video ini jua.






SATU CINTA | ARI LASSO

Aku terus berjalan melintasi kesunyian
Aku terus berpacu melawan waktu diam membisu

Aku tak peduli
Ku takkan berhenti dan mencari

Reff:
Satu cinta yang ku percaya
Satu cinta untuk semua
Satu cinta yang bersinar menerangi dunia
Apalagi yang kau takutkan
Hadapi semua kenyataan
Dalam cinta ada jalan
Karena cintalah jawaban

Apa jadinya kita bila cinta tak lagi ada
Aku aku yang hampa aku yang hampa
Lantunkan doa, hambarkan luka
Aku tak peduli aku tak peduli
Ku takkan berhenti takkan berhenti dan mencari

Back to Reff:

Satu cinta yang ku percaya
Satu cinta untuk semua
Cinta yang bersinar menerangi dunia
Dalam cinta ada jalan
Karena cintalah jawaban

Satu cinta yang ku percaya satu cinta untuk semua
Menyinari satu cinta menerangi dunia untuk semua




SELAMAT PENGANTIN BARU kepada semua pengantin dan jua bakal-bakal pengantin yang bakal mendirikan 'masjid'. Manakan tidak, tahun 2012 akan melabuhkan tiraikan nya, dan sekarang ini musim cuti persekolah, so belambak la majlis perkahwinan. Dan semakin sibuklah mak andam sekarang. Tapi sekarang ni bukan takat mak andam je busy, ni videographer dan juga photorgrapher pun kian sibuk daaaaa... Semakin berkembang jugaklah bidang ini sekarang ni, dan ramai juga la, anak-anak muda yang terlibat. so dapat jugaklah mengelakkan anak-anak muda buat kerja-kerja yang tak berfaedah.