Wednesday, 28 November 2012
Belajar Sama-sama
Assalamualaikum.
Rasa cuti sem kali ini, macam nak
ambik SPM je. Manakan tidaknya cutinya dah rasa macam lama dan sesuai sangat nak
ambik SPM. Pastu apa lagi dok melepap je kat umah ni on9 je la, so pastu ada
pulak dak sekolah aku, dia ni nak SPM tahun hadapan, tapi bagus la jugak dia
nak ulangkaji pelajaran, terutamanya ADD MATHS. Pagi tadi, kemas laci. Terjumpa
la pulak bungkusan kertas tebal-tebal dalam laci. So, aku pun bukak la, nak
tengok ada apa dalamnya. Buka je, memang banyak la kertas nye. Rupanya itu sume
kertas trial SPM 2010 aku 2 tahun yang lalu. Waww. Memang terpalit la memori.
Dah macam drama je, teringat sume bagai. Mulalah monolog dalaman, flashback.
Rasa macam ada awan-awan kat atas kepala aku tentang masa silam dahulu. Ha3.
*karut je. So, kembalilah aku teringat sume kenangan exam tertulis aku yang
dulu, memang suke exam. Sebab time tu la nak fight ngan kawan-kawan sume, kira
macam persaingan secara sihat la katakan. Memang itulah yang selalu aku
amalkan. Dan aku suke simpan segala-gala kertas exam aku, dan result exam
paper. Bila tengok salah itu balik, teringat sume. Kata-kata cikgu la. Kalo markah lagi cikit nak A, memang kerja
mengampu cikgu la nak up kan markah. Hi3. Dan, aku selak-selak sume kertas dan
aku tertarik la dengan kertas ADD MATHS. So aku bukak helaian demi helaian. Dan
aku sejujurnya dah lupa banyak daaa.. formula itu ini. Step itu ini. ADD MATHS
subjek kegemaran aku time FORM 5. Dan kisah sebelum ni memang buatkan aku
trauma dengan add maths.
Memang aku tak boleh nak simpan
nak nafikan, rata-rata dari mereka nak SPM memang sangat takut dengan paper ADD
MATHS. Katanya susah nak perform better dalam ujian mahupun latihan yang cikgu
bagi. Seriusly, memang susah. Itulah dilemma yang dihadapi oleh mereka. Dan aku
jua tidak kurang juga. Dahulunya sebelum melangkah masuk ke menengah atas.
Ramai senior yang merungut yang ADD MATHS ni susah giler. So, kami ni yang baru
je PMR ni memang cuak abis dooo. Risau la dah la pas PMR kene la masuk Form 4.
Dan itulah subjek wajib kat sekolah aku kene ambik. Memang tambah cuak gaban
laaaaa. Diorang ni memang buat cuak je la.
So, bila dah masuk form 4. Hari
first, dapat buku teks, semakin bertambah banyak buku teks aku dapat kali ini.
Berat je beg. Padahal tak berat beg pun, buku teks sume letak dalam kelas je.
Dan hari pertama cikgu sume busy lagi nak siapkan perancangan pengajaran sume
dan mesyuarat. Dan aku lak, dok kelas nyembang je la. Aku tengok kawan2 aku
yang lain, dok sibuk je bukak buku teks ADD MATHS. Nak try buat. Hmmm.. ni yang
buatkan aku jeles sangat. So aku pun bukak laa.. bukak je tajuk first.
FUNCTION… memang tak function la aku bukak tu, seyesly tak faham apa2. Pelik
jeeee f(x) bagai laaaa… hish2. Menyusahkan je. Tengok diorang yang lain syok je
buat. Aku ni dengan member dok sebelah aku ni dah ting tong daaaaa. So bila je
kelas add maths start. Cikgu pun dah mula ajar dan pakai guna buku teks sebagai
rujukan. Senyap je satu kelas tengok cara penyelesaian soalan tu. Ternganga
sume….!! Ha…!! Aku dan member aku lak, usha sorang-sorang. Sume khusyuk bukan
ke main lagi tengok. Haaa….!!! Lawak wei.. macam-macam gaya ada. Serius. Pastu
cikgu dah siap buat contoh. Sume masih blurrrr.. dan termasuklah aku sekali.
Hi3.
Pastu dah mula berduyun-dunyun,
bertimbun-timbun latihan cikgu bagi. Ada yang boleh buat. Macam-macam karenah,
macam-macam gaya. Ada yang frust bila buat pun ada, tension. Dan itulah lumrah
belajar. Tak semua nya kita boleh sekelip mata je boleh. Kene usaha dulu belum
cuba belum tahu. Jadi, kalau kita mahu sesuatu perubahan, kita kene ubah
persepsi diri kita dahulu. Tingkatkan usaha, amalkan segala apa yang disuruh.
Memang kadang-kala kerja bertimbun ada tak yang sempat nak siapkan. Tipulah
kalo ada yang tak tiru kawan bulat-bulat. Kekadang, kita sebenarnya bukan tiru,
tapi melihat dan memerhati langkah demi langkah cara penyelesaian, bila dah
faham baru lah kita buat sendiri. Ok. So, setahun bergelumang dengan ADD MATHS
masih belum dapat lagi cari sinarnya.
Ramai yang mengatakan yang ADD
MATHS form 4 lagi sukar dari Form 5. Bila masuk form 5. Ya. Memang agak mudah
sedikit dan berbeza pembelajaran silibus form 4 nye. Bukannya mudah sangat,
Cuma nak cakap di sini, agak mudah difahami. Tetapi, segala yang diajar kat
silibus form 4 memang tersangat penting sebab kita kene aplikasi balik formula
yang ada kat silibus form 4 tuh. So, bila tibanya form 5. Bukan nak kata la
kan. Dah semakin banyak banyak dan banyak homework. Bukan add maths je, malah
subjek-subjek lain pun sama. So kene pandai-pandailah bahagikan masa untuk
study. Alhamdulillah. Aku bersyukur, akhirnya ADD MATHS yang selama ini menjadi
satu dilemma bagi aku, dapat jua kutempuhi. Dengan berbekalkan semangat dan
keyakinan, akhirnya dapat jua aku coretkan sesuatu pada slip SPM aku.
Rezeki kian bertambah, sebelum
menjelang keputusan SPM diumumkan, memang tak buat apa la kan. Duduk rumah je
dalam hati ini, berdebar-debar menanti keputusan SPM diumumkan. Aku terima SMS
dari sahabatku ini, yang cikgu ADD MATHS sekolah cari ex-student Form 5 yang
baru je abis SPM jadi fasilitator kat sekolah untuk conduct kem hujung minggu
ADD MATHS di KASAS. Alhamdulilah, rasa kembali bersemangat ikhlas untuk
membantu adik-adik yang masih berada di KASAS. Bukan takat nak ajar je, malah
itulah masa yang sesuai untuk kitorang berkumpul balik dengan kawan-kawan yang
dah lama berpisah. Ada jugak member aku dari sekolah lain, dia time form 4
pindah sekolah pun join. Memang best la, dapat merasai balik pengalaman dok
asrama. Memang aku tak lupakan segala ilmu yang masih cikgu-cikgu curahkan.
Alahai, dapatlah kitorang dok kat asrama tumpang bermalam, sebab programnya
seharian dari pagi sampai petang, tapi 2 hari, sabtu dan ahad. Memang suasana
kali ini di asrama agak berbeza, kami dah bukan lagi pelajar asrama. Yang
bestnya, suka ati je. Dah tak gerun dah dengan siren, buat selamba je. Ada satu
ketika itu, kitorang masbuk subuh. Segan pun ada, dah la pakai baju tidur je,
pastu abis je solat sume orang usha pagi2 buta. Pastu ada ustaz dok kat sebelah
pegang rotan. Cuak pun ada, sat g tak pasai-pasai kene panggil. Warden tu baru,
diorang mana kenai kami. Hi3. Tu la, lewat turun Jemaah kat masjid. Pastu,
dapat jugak jumpa cikgu-cikgu balik, ada juga warden yang ajak kami lepak-lepak
makan kat luar. Waw. Best wei. Rindu sangat time tuh.
Alhamdulillah, akhirnya kami
semua berjaya peroleh keputusan SPM dan membolehkan kami untuk terus belajar
dan belajar bagi mencapai cita-cita kami untuk terus berjaya di dunia mahupun
di akhirat kelak. Terima kasih CIKGU.!!
Sunday, 25 November 2012
Friday, 23 November 2012
Sama-sama SAHABAT
Assalamualaikum.
23 NOVEMBER, Alhamdulillah sambutan
ulang bulan kelahiranku. Dan tarikh itu jualah SPM pada tahun 2010 bermula. Waww.
Sekejap sahaja rasanya masa berlalu, sudah 2 tahun aku meninggalkan alam
persekolahan. Kini, pelajar tingkatan 5 di serata MALAYSIA sedang asyik
bertungkus lumus untuk menggapai impian dan cita-cita mereka selepas ini. Diorang
dah hampir ke penghujung sebab sudah banyak kertas soalan mereka telah selesai
menjawabnya. Kalau dahulunya, hari ini baru sahaja nak mula. Aku rasa sekarang ni sure aku tengah dibuai mimpi lena kerana pagi-pagi lagi sudah mahu
bergerak ke dewan peperiksaan. Dan…!! Pada masa itu, kertas pertama ialah
BAHASA MELAYU, dan pada ketika itu, pelajar lain di sekolah sudah tiada. Aku tinggal
di asrama hanya bersama-sama sahabat-sahabat tingkatan 5 dan tingkatan 6 atas
sahaja. Memang suasana agak sunyi dan tenang untuk diluangkan bersama untuk
belajar bersama.
SAHABAT…
Perkataan yang memang acap kali
kita ungkapan. Selalunya kita lebih suka bahasakan nya dalam ENGLISH,
FRIENDSHIP FOREVER yeee… Walau apapun
yang terjadi kita tetap KAWAN, SAHABAT, TEMAN. Dan ramai jua yang keliru, apa
bezanya KAWAN, SAHABAT dan juga TEMAN. Cikgu BM aku pernah bagitau, tapi aku
dah lupa. Ok la, nanti kita sama-sama rungkaikan.
Memang tak dinafikan kita semua
memang banyak kawan, dan kini.. Sahabat kita jua semakin tambah hari demi hari,
memandangkan kat FACEBOOK pun ada ‘add as friend’. So zaman sekarang ni dah
canggih, kawan boleh cari di merata dunia sekalipun dalam alam maya, dengan
klik sahaja.
Tapi berbeza dengan sahabat yang lebih mengenali
kita. Memang kat sekolah berasrama kita selalu memanjang je dengan muka yang
sama dengan sahabat kita. Segala-galanya dikongsi bersama, walaupun kekadang
memang la, ada kalanya bergaduh. Biasalah, perkara yang boleh dielakkan jua. Dan
aku, ketika mana tingkatan 3. Rata-rata dari kami memang terlalu sibuk oleh
sebab untuk menghadapi PMR yang akan menjelma. Jadi sasaran kami adalah untuk
mencapai impian memperoleh 9A, sebab sekolah aku kene tambah satu subjek bahasa
arab. Memang, bilamana kita di ambang peperiksaan, jadi perhubungan kita
bersama dengan sahabat dan tidak lupa jua sentiasa kita ingat pada-NYA jua. Jadi,
banyak masa kita luangkan untuk belajar bersama, pelbagai karenah dan jua
pengalaman yang dapat dikongsi bersama. Tambah-tambah bila duduk di asrama,
memang 3 tahun berturut-turut sudah kenal dengan perangai dan lali da dengan semuanya. hi3..
Bait-bait lirik lagu SAHABAT
nyanyian AIZAT AMDAN memang menyentuh perasaan aku. Actually, lagu ini kawa
baik aku yang suruh aku dengar time tuh tengah SPM tapi dah nak last-last paper
da. Bilamana aku dengar buat pertama kali, aku terasa lagu ini amat terkesan
sekali. Inilah dia bait-bait liriknya. Memang benarlah setiap pertemuan sudah
pasti ada perpisahan. Dan setiap permulaan pasti ada pengakhirannya.
Sahabat…mengapa kau
pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup
Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi
Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir
Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup
Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi
Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir
Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah
Pengalaman aku di saat ini, bila
tingkatan 4 lagi. Sebab ramai dalam kalangan sahabat-sahabat aku telahpun
melanjutkan pelajaran ke sekolah lain. Memang satu kehilangan buat aku dan
sahabat-sahabat yang lain jua ketika itu. Rasa sangat sebak sekali. Dan kini,
semua telahpun membawa haluan masing-masing. Alhamdulillah, perjalanan kami
untuk mencapai impian dan cita-cita kian dekat. Insya allah, andai ada rezeki,
segala-galanya akan kita capai bersama.Aku
teringin jua coretkan, ke manalah arah tuju sahabat-sahabt aku kini. Baik di
perantauan mahupun di sini. Kini merata-rata sahabatku berada. Semoga ikatan
ukhwah yang terjalin kekal hingga akhir hayat.
Thursday, 22 November 2012
Kahwin | Satu Cinta
Assalamualaikum semua.
Hari ini sudah hamper 5 minggu
aku cuti semester tuk kali keduanya sejak bergelar mahasiswa ni. Macam tak
percaya je, yang aku ni sudahpun masuk alam university. Rasa sekejap rasanya. Yang
dahulunya merangkak-rangkak nak menulis, mengira, membaca. Macam-macam
karenahnya. Sabar je cikgu-cikgu nak ajar aku. TERIMA KASIH CIKGU….!!!!
Hari ini hari KHAMIS daaaa. Esok jumaat.
Sekejap je masa berlalu, dan umur pun semakin meningkat. Tapi, adakah amal ibadah
aku pun meningkat jua…..??? tepuk dada tanya iman. Insya ALLAH. Segala-galanya
kita hanya berserah padaNYA. Moga-moga yang terbaik buat kita.
Tadi, tgk TV ada program RAIKAN
CINTA, pasal orang kahwin. So, deme share la pengalaman diorang bercinta bagai
la. And then ada jugak la video pasal resepsi diorang. Memang tak dinafikan
sangat lawa, tambah-tambah, sekarang ni kan teknologi dan gaya rakaman semakin
canggih membuatkan aku terkesima dengan corak rakamannya. Abis je aku terus la bukak
youtube. Sebab aku rasa kat youtube ni dah bersepah-sepah dah, diorang upload. Kedai-kedai
photography ni yang upload kan. Aku ni pun peminat videography jugak, so memang
syok la kan dapat tengok gaya persembahan diorang. Sangat menarik diorang punya
shot nye, sangat mantap jugaklah cinematography. Itulah yang membuatkan aku
suka.
Dan aku jugak, teringat la kat roommate
aku. Time tuh, tengah boring-boring kat bilik, so dia pun tunjuk la video
kahwin kat kitorang. Nice sangat. Dia tu suka simpan video-video orang kahwin. Tapi
ini bukannya vieo yang cikai-cikai tapi video yang memang dah diedit dengan
begitu mantap sekali. Banyak jugak la video sepanjang resepsi orang kahwin
kitorang tengok via lappy je. Pastu ada jugak rupanya request suruh buat video
time diorang honeymoon.. waww.. sweetnyaaa. Aku ingatkan kahwin je ade video,
rupanya time honeymoon pun ada jugak. Paling teruja bila tengok satu video tuh.
Kalo tak silap aku, itu resepsi perkahwinan anak kepada tauke syarikat
permotoran dahulu. Memang majlis perkahwinan nya memang tersangat mewah. Kitorang
just tengok je, sambil-sambil tuh boleh jugak la tengok bagaimana videographer
professional ambil shot-shot menarik untuk dicompilekan untuk dijadikan video. Haaaa…..!!!!
Tapi kali ini, aku bukak Youtube,
aku tertarik dengan video ini. Lagu latar pun sedap. Aku dah search yang lagu ini adalah hasil nyanyian daripada ARI LASSO dan SHANDY CANESTER. Sangat editing video ini jua.
SATU CINTA
| ARI LASSO
Aku terus berjalan
melintasi kesunyian
Aku terus berpacu melawan waktu diam membisu
Aku tak peduli
Ku takkan berhenti dan mencari
Reff:
Satu cinta yang ku percaya
Satu cinta untuk semua
Satu cinta yang bersinar menerangi dunia
Apalagi yang kau takutkan
Hadapi semua kenyataan
Dalam cinta ada jalan
Karena cintalah jawaban
Apa jadinya kita bila cinta tak lagi ada
Aku aku yang hampa aku yang hampa
Lantunkan doa, hambarkan luka
Aku tak peduli aku tak peduli
Ku takkan berhenti takkan berhenti dan mencari
Back to Reff:
Satu cinta yang ku percaya
Satu cinta untuk semua
Cinta yang bersinar menerangi dunia
Dalam cinta ada jalan
Karena cintalah jawaban
Satu cinta yang ku percaya satu cinta untuk semua
Menyinari satu cinta menerangi dunia untuk semua
Aku terus berpacu melawan waktu diam membisu
Aku tak peduli
Ku takkan berhenti dan mencari
Reff:
Satu cinta yang ku percaya
Satu cinta untuk semua
Satu cinta yang bersinar menerangi dunia
Apalagi yang kau takutkan
Hadapi semua kenyataan
Dalam cinta ada jalan
Karena cintalah jawaban
Apa jadinya kita bila cinta tak lagi ada
Aku aku yang hampa aku yang hampa
Lantunkan doa, hambarkan luka
Aku tak peduli aku tak peduli
Ku takkan berhenti takkan berhenti dan mencari
Back to Reff:
Satu cinta yang ku percaya
Satu cinta untuk semua
Cinta yang bersinar menerangi dunia
Dalam cinta ada jalan
Karena cintalah jawaban
Satu cinta yang ku percaya satu cinta untuk semua
Menyinari satu cinta menerangi dunia untuk semua
SELAMAT PENGANTIN BARU kepada semua pengantin dan jua bakal-bakal pengantin yang bakal mendirikan 'masjid'. Manakan tidak, tahun 2012 akan melabuhkan tiraikan nya, dan sekarang ini musim cuti persekolah, so belambak la majlis perkahwinan. Dan semakin sibuklah mak andam sekarang. Tapi sekarang ni bukan takat mak andam je busy, ni videographer dan juga photorgrapher pun kian sibuk daaaaa... Semakin berkembang jugaklah bidang ini sekarang ni, dan ramai juga la, anak-anak muda yang terlibat. so dapat jugaklah mengelakkan anak-anak muda buat kerja-kerja yang tak berfaedah.
Subscribe to:
Posts (Atom)









