syukur alhamdulillah, aku telah diberikan peluang dan aku memanfaatkan masa yang terluang dengan menghadiri satu event yang telah dianjurkan oleh FSCC CFSIIUM.. iaitu.. GRAND SOLAT HAJAT di MASJID KOLEJ ISLAM MALAYA...
langkahku menapak setapak demi setapak menuju ke rumah ALLAH yang terletak bersebelahan dengan mahallah aku je.. tapi nak ke cana jauh sebenarnya sebab pintu masuk ke masjid tu ada satu je dari kampus ni... adoi..sebenarnya aku dah datang lewat.. so seb baik sampai je kat cana baru nak mula solat maghrib..alhamdulillah dapatlah aku bersama-sama solat berjemaah dengan MUSLIMIN DAN MUSLIMAT yang lain.... so lepas je solat maghrib..diadakan pula solat hajat dan seterusnya bacaan surat yassin secara berjemaah. actually aku sorang-sorang je time tuh tak de sapa yang sudi meneman tapi aku kene ingat.. ALLAH sentiasa menemani kita setiap masa dan ketikanya...alhamdulillah...
selesai bacaan surah yassin, semua bersiap sedia untuk menunaikan pula solat isyak berjemaah.. abis je solat isyak... kita semua telah dihidangkan dengan menu yang amat sedap...!!! iaitu talk yang bertajuk.....
DEAN'S LISTS VS DEEN'S LISTS
talk tersebut telah disampaikan oleh IMAM MUDA musim pertama dahulu iaitu IMAM MUDA HIZBUR..
alhamdulillah...memang banyak sangat ilmu yang bermanfaat dikongsi oleh beliau..
tajuk pada malam tu memang sangat-sangat hebat impaknya terhadap diri kita jugak....!!!
ye la..students zaman sekarang ni studi..exam semua untuk dunia sahaja dan mengabaikan tanggungjawab yang paling utama dalam diri mereka sendiri iaitu BERIBADAH kepada ALLAH YANG MAHA ESA...
memang tajuk itu memang dekat sangat dengan diri kita... ramai juga yang beranggapan kita hanya memohon pertolongan pada ALLAH bila kita dah sempit, susah dan seangkatan dengannya.. memang kita semua telah salah tafsiran yang sebenar..tapi kita masih diberi peluang untuk terus memajukan diri kita dan berbakti pada agama ISLAM juga...
secara peribadinya, ingin ku buat kesimpulan yang telah diberikan oleh beliau.. KITA HENDAKLAH SEIMBANGKAN DIRI KITA dengan dua benda tersebut...
BERJAYA DI DUNIA DAN JUGA BERJAYA DI AKHIRAT....
kadang-kala kita tidak sedar selama ini kita belajar hanya untuk exam semata-mata bukan untuk ilmu yang diperoleh untuk manfaat dan kebaikan terhadap semua orang....
~nasihat ini juga untuk diriku yang penuh dengan keduniaan yang leka dan alpha ini juga....~~~
selesai talk dalam linkungan pukul 11 malam..alhamdulillah rezeki melimpah ruah.. dapatlah aku bekalan roti gardenia coklat..aku suka sangat....!!! terima kasih....!!
PENUHILAH MASA LAPANG ANDA DENGAN MENGHADIRI MASJID ILMU... TIDAK RUGI...MALAH BANYAK MANFAAT YANG KITA BOLEH PEROLEH.....!!



No comments:
Post a Comment