Aku lebih rela ada musuh yang jujur membenciku daripada mempunyai kawan yg hanya nampak gembira dihadapanku tetapi membenciku di belakangku.

Sunday, 29 April 2012

TeRUJANya...!! THE AVENGERS...

assalamualaikum...!!!

memandangkan ada satu movie yang aku amat-amat nantikan pada tahun ni 2012 baru je keluar memecah panggung... akhirnya terkeluar jugaklah movie THE AVENGERS dengan rasminya telah 'berperang' di semua panggung seluruh MALAYSIA mulai 27 APRIL 2012 ari jumaat lepas... jadi, memandang ari semalam SABTU cuti ujung minggu.. so apa tunggu lagi, aku ngn kawan aku pun berkesempatan lah menonoton wayang kat TGV KLCC... alhamdulillah setelah banyak dugaan dalam perjalanan ke cana.. ye la cadangnya nak tengok kat MID VALLEY... ada jugak la rezeki seat kosong kat TGV untuk tengok THE AVENGERS 2D nih... pukul 3.35 petang waktu MALAYSIA.. (perlu ke..??)


THE AVENGERS adalah satu kumpulan adiwira yang terdiri daripada.. THE HULK, CAPTAIN AMERICA, IRON MAN, THOR, BLACK WIDOW, HAWKEYE, dan NICK FURY dalam misi untuk menyelamatkan dunia daipada du kuasai oleh saudara THOR, LOKI...secara umumnya, itulah tema bagi movie ini.. aduhai~~ dah macam belajar KOMSAS bahasa melayu pulak.. tak pe la.. at least ade jugak la orang faham...
cerita nya mula-mula LOKI merampas THE TESSERACT (satu kiub sumber tenaga yang boleh menembusi angkasa). LOKI menggunakan kuasanya untuk mempengaruhi orang awam untuk megikut apa jua perintahnya.. dan pada mulanya HAWKEYE telah menjadi mangsa orang suruhan LOKI untuk mengaktifkan kiub untuk menguasai BUMI dan memusnahkan BUMI dengan memanggil raksasa untuk menyerang BUMI.. setelah itu, HAWKEYE akibat hentakan kuat pada kepala dan menjadi adiwira baik... lalu terbentuklah sekumpulan adiwira yang menggelarkan mereka THE AVENGERS untuk bersatu tenaga menyelamatkan bumi daripada terus dibinasakan dibawah naungan LOKI.. akhirnya, mereka dapat menyahaktifkan TESSERACT dan mematikan semua raksasa yang telah ada di BUMI dengan menghantar BOM ke angkasa dan meletupkan punca hadirnya raksasa-raksasa itu.. dan automatiknya semua meraka MATI....!! itu je arr yang mampu aku ceritakan.... sebenarnya panjang lagi. tapi setakat ni je laa.




overview aku.. seyesly selalunya kalo ada filem aksi je.. jarang la ade selit-selit komedi kat dalam cerita tuh.. memang satu panggung ketawa dengan dialog-dialog dan karakter yang diorang mainkan. memang nampak macam nature je lawaknyeee..... adoi.. boleh pulak adiwira-adiwira sume buat lawak cam tuh.. yang LOKI jahat tu pun apa kurangnya  adoi~~~ memang lawak giler laaa... dialog macam spontan jee...
( bagi aku lawak diorang suem tuh di terima la, n sume audience yang tgk gelak jugak, ye la kadang-kadang bagi kita scene tu lawak, tapi kita sorang je gelak.. so kali ni memang riuh la satu panggung dengan lawak diorang)...


IRON MAN | TONY STARK
iron man seorang yang genius, jutawan dan kasanova. Tony Stark juga memiliki kuasa adiwira. setelah menghapuskan kejahatan seluruh duni, dia pada asalnya menolak untuk bekerjasama dengan pasukan AVENGERS untung menetang LOKI. Namun krisis global memaksanya untuk menyelamatkan dunia dan menjadi sebahagian daripada AVENGERS..


THE HULK | DR BRUCE BANNER 
selepas terkena radiasi gamma saintis bernama Dr Bruce Banner mendapati dirinya menghadapi keadaan tidak normal. Apabila marah, dia akan menjadi tidak terkawal dan bertukar menjadi raksasa hijau bernama HULK. 


HAWKEYE | CLINT BARTON
Clint Barton merupakan salah seorang agen S.H.E.I.L.D dan seorang pemanah tepat terbaik dunia. Berbekalkan alat memanah yang begitu canggih, Hawkeye mampu membidik sasaran dengan tepat dalam apa jua situasi.


THOR 
seorang putera yang sombong dari lokasi dari kayangan (Asgard). Thor telah dibuang ke BUMI selepas tindakan ekstremnya mengancam dunia. Thor belajar erti kemanusiaan dan menyelamatkan rakan-rakannya daripada kekejaman adiknya. dia turun ke BUMI bersama Mjolnir ( tukul sakti) dan bergabung dengan adiwira yang lain.


CAPTAIN AMERICA | STEVE ROGER
selepas sebuah program yang dikenali sebagai Super-Soldier mengubah Steve Rogers menjadi adiwira yang sangat terkenal pada era perang dunia kedua. Dalam satu kejadian, dia terkandas di Artik menyebabkan dirinya menjadi beku. Kini, dia mendapati dirinya berada di zaman moden dan perlu bersatu bersama rakan lain untuk menumpaskan LOKI..


BLACK WIDOW | NATASHA ROMANOFF
merupakan agen perisik khas S.H.E.I.L.D.  Natasha pembunuh upahan yang paling handal.


NICK FURY
agen perisik daripada. S.H.E.I.L.D. berjaya mengumpulkan semua adiwira untuk bersatu menyelamatkan BUMI...



LOKI
satu-satunya watak JAHAT dalam THE AVENGER. saudara kepada THOR. dan berasal juga dari kayangan. mempunyai niat yang jahat iaitu ingin menguasai BUMI dan menjadi dewa di BUMI.


~ secara personalnya aku enjoy sangat tengok movie nih, berbaloi  la jugak pergi jauh n beli tiket mahal la jugak. banyak jugak pengajaran yang dapat dalam movie ni jugak. lawak pun ada aduhaiiiii ~~~ pendek kata BEST....!!! sesuai untuk semua....!!!


~~janganlah kita mengabaikan tanggungjawab kita semata-mata untuk menonton wayang, penuhilah yang wajib dahulu.. insya allah terbaik untuk kita semua~~~

KAmI DUDUK...!!!

assalamualaikum...

28 APRIL 2012.. adalah tarikh yang paling bersejarah sepanjang mana aku belajar di CFSIIUM ni.. banyak betul masalah yang berlaku sejak kebelakangan ni....; adoi~~~ tambah-tambah minggu depan dah nak final exam daaaa.. macam-macam perkara di luar jangkaan berlaku... aku ni tak de la tak kisah sangat...!!! tapi malas la nak itu ini.. hmm.. redho je arr apa yang berlaku...

memandangkan, cuti hari sabtu.. aku agak keboringan dok kat bilik.. dah la panas..!! hmm.. so aku pun contact la member aku ni.. kabo kalo diorang nak kuar.. mai la ajak aku sekali... so, mesej aku tak berbalas... aku pun studi la pape yang patut tuk exam nanti.. pastu agak keboringan sorang-sorang je dok kat meja studi.. so, aku pun tido la balik....!! ha3... boleh lak cam tuh..



pastu dalam tidur-tidur ayam.... member aku bagi mesej..

KALAU NAK KUAR... JOM LAAAAA!!!!

'aku pun apa lagi, bagitau la aku nk kuar.. tapi sehari sebelum tuh kitorang memang nak sangat tengok movie kat MID VALLEY ( ye lah itu je mall yang dekat cikit ngan CFSIIUM ).. so, pas ZUHUR je terus berangkat keluar dari CFSIIUM ini dengan berpakaian kemas la jugak.. nanti kene saman lak ngn PAK GUARD.... hi3...

dalam tengah menanti kehadiran bas untuk ke MID VALLEY... maka datanglah bas lebih kurang 5 minit menunggu di luar dengan kepanasan nye.. seb baik ade pokok, ley berteduh jap.... so dengan bersemangatnye, aku ngn member aku ni mengeluarkan duit RM 2 hulur kat pakcik driver tuh n then kitorang cakap nk g MID.. pastu pakcik tu kata dia TAK LALU kat MID...... so kitorang pun pelik la.. rupanya ada BENDA tuh.. patut laaaaaaa...!! nanti susah pulak bas nk patah balik ke area-area nih....so kitorang pun turun la balik dari bas tuh.. nak sangat g MID la katakan.. abis tu nak g mall mana lagi... sebab dekat cikit.... TUNGGU PUNYA TUNGGU, semakin ramai dak2 CFSIIUM dah mula keluar dr  kampus... bas tak mai-mai lagi.. PELIK....!!! selalunya.. keluar je dr gate kampus.. mulalah makcik2 n pakcik2 yg jadi konduktor bas tu menjerit-jerit... MID VALLEY.....!!! MID VALLEY......!!!! (macam tau2 je kitorang sume ni nk g MID).. hmm tak pe laaa... pastu hampir 20 minit jugak la tunggu, mai la BAS RAPID KL... so kitorang bgtau la nak g MID lagi.. tapi sebelum tuh kitorang dah bincang la.. tak g MID, kita turun ke STESEN LRT U... so...abg driver bas tu pun bgtau.. susah nk g MID.. jalan sesak.. so kitorang pun g la STESEN LRT U...... pastu mulalah plan B kami, tengok wayang kat KLCC....hmm...

dalam fikiran aku, aku risau la jugak nk g jauh-jauh, nanti sesak la pulak... tapi tak pe, dengan wujudnya kemudahan LRT ni.. memang sangat senang la nk pergi KLCC.. hanya perlu naik LRT je terus ke KLCC dr STESEN U.. pastu, sampai je kat cana, ada member aku bgtau dr STESEN U pun boleh g MID... tetap dengan pindirian jugak nk g MID.... aduhai...~~~~  kitorang pun tgk.. ada jugak bas tulis STESEN U------MID VALLEY.. tapi malangnya tak orang pun naik... hanya pakcik driver aje kat dalam bas tuh.... so...!!!! kitorang ambik keputusan pergi KLCC laaaaaaaa...!!! time nak beli tiket pulak.. kene fikir dua kali nak g KLCC ke....?? or g MID....?? kalo nak g MID dr cini.. kene beli tiket g KL SENTRAL, pastu ambik KTM ( yang bersesak dan sendat) ke MID... so bincang punya bincang... pergi KLCC la senang.. tapi sebelum tu, kat bas, ada la sorang brother tu tnya kat kitorang nk pergi mana..?? kitorang jawab la nk g KLCC... pastu dia kata, boleh ke pergi sana, LRT berhenti ke kat cana... PELIK pun ada..?? tak berhenti kat KLCC....?? abis tuh...?? so.. kitorang pun redah je arrr...

dalam train lak.. tak la ramai sangat.. kat setiap checkpoint ada orang jaga... ha3... bukan checkpoint laa. tapi setiap stesen..... pastu ada la jugak sekumpulan yang masuk ke gerabak train kami dengan berpakaian tuuuu..... aku wat tak kisah pun.. dalam hati, niat nk g tgk wayang jeee... risau la jugak, nanti bila sampai je nk beli tiket wayang tgk THE AVENGERS abis la pulak.. ye laaa, KLCC weii, tempat tumpuan orang la katakan. so bila sampai je kat KLCC tu terus aim ke TGV...



sampai je kat KLCC.. tak de ramai mana orang.. cam biasa tapi tak ramai macam dulu aku pergi time ari sabtu dulu.. tak pe laaaa... kami pun terus ke TGV......... sampai je kat TGV terus beratur, orang tak ramai pulak time tuh.. dalam hati risau la jugak, manalah tau... orang sume dah beli tiket dan menanti nk tgk movie je or tiket sume dah sold out....!!! kitorang pun beratur la sambil tgk papan skrin terpapar movie mana yang masih available tuk tgk...!!! SET....!!! kitorang nampak THE AVENGERS 2D masih hijau (available) laaaa pukul 3.35 petang... so bile turn kami je nk beli tiket terus tanya,

THE AVENGERS 2D pukul 3.35 petang ada kosong lagi tak....?? 
~ ada...tinggal seat yang kale putih je.


SO, KITORANG PUN PILIHLAH SIT KAT HUJUNG SEKALI BARISAN N0.3, seb baik la ade 2 seat je yang tinggal
~ ok..sumenya RM 28 tuk 2 orang....


kami pergi berdua je pun...
time kitorang beli tuh dah pukul 3.15 petang...ada jugak pukul 5 ptg.. tapi lambat la pulak....
so, dapatlah kami beli walaupun hanya tinggal 3 line seat depan jee.. tak pe la.. tak de depan sangat mana pun.... nak sangat tengok the avengers la katakan...alang-alang dah mai KLCC ni, tgk jugak lak movie, takkan kan merayau kat KLCC kot....malas aku...!! pastu terjumpa la jugak dak CFSIIUM yg lain jugak tgk movie yang sama....

sebelum masuk ke panggung dapatlah kitorang beli popcorn+mineral water+coke...
ini, first la jugak kitorang tgk movie kat TGV KLCC nih.. adoi...jauh bebeno bilik nyeee.. jenuh cari...!!!
masuk je movie belum start lagi.. seb baik !!!! so, dapatlah KAMI DUDUK menonton movie dengan tenang...!! bersandarkan kerusi yang amat empuk.....!!!

~ bukanlah kita mahu mengabaikan kewajipan sebagai seorang MUSLIM, tetapi sekali sekala ingin menonton wayang hanya sekadar hiburan dan mengambil ikhtibar dalam kehidupoan kita juga~

Friday, 27 April 2012

Post MORTEM TnC..

assalamualaikum..

alhamdulillah, semalam (25 APRIL 2012)  jimat duit belanja DANE.. hi3.. bukan apa, sebab MRC CFSIIUM adakan post mortem event yang telah kitorang buat ari tuh.. iaitu......

TRADITIONAL AND CULTURAL WEEK

post mortem kitorang start dalam pukul 9.15 malam kat ANNEX 102 CFSIIUM PJ. dan yang paling best dapat pakai baju TnC yang lawa tuh.. hi3... alhamdulillah secara tak langsung kitorang semua MRC dapatlah berkumpul ramai-ramai kat cana pada ari tersebut. aku terkejut la jugak, bila aku sampai je... BOSS aku panggil cakap pasal buku biodata yang sister bagi suruh isi.. adoi..~~~ taks empay la kitorang nak isi, so aku pun bawak balik mahallah la n nak settle MRC MAB dulu laaa... pastu ada sorang sister tu pulak, bagitau aku suruh baca do'a.... so aku pun tak kisah la.. aku pun apa lagi campur la doa formal kat majlis + doa makan... actuallay aku ni dah lapar sangat dah nih.. petang tadi mau je beli makanan tapi tetibe je teringat yang malam ni ada makan-makan... ha3.... tapi tak de la niat aku nk g post mortem nak makan je.. ada la cikit.. hi3....

lagipun, boleh dikatakanlah post mortem ni adalah untuk perjumpaan MRC semua buat kali terakhir la jugak.. sebab segala program dan task yang kitorang dapat, alhamdulillah dah settle........!!!! hurrraaaayyy...!!! (macam je dah graduate lak, padahal ade setahun la DANE oiiii..) actually ada jugak la pihak RMDD akan buat APPRECIATION DAY kabarnya 15 MEI nanti, dan kemungkinan besar la pulak ramai MRC tak dapat nk join sebab dah bali, ye la time tuh dah abis exam daaa.. nak cuti sem la katakan...!!!!



ok, sepanjang post mortem berlangsung, alhamdulillah dapat la jugak setiap biro buat rumusan dan apa-apa jua yang ingin disampaikan berdasarkan program ini.. so far ok la, tapi kami still kene mantapkanlah lagi segala apa jua kekurangan sepanjang program ini berlangsung.. hmm, aku lak dah la jadi ASSISTANT SECRECTARY.. hmm first time la  jugak pegang jawatan kat dalam main board... dapatlah aku belajar serba sedikit kerja-kerja yang tak pernah aku buat kat CFSIIUM ni.. pengalaman memang sangat memantangkan diri kita.....

pastu, sebelum makan kitorang tengooookkk video la yang MRCMA buat khas tuk semua MRC CFSIIUM,.. vid tu memang sangat menarik.. tapi dalam sudut hatiku, aku berasa satu gelombang perasaan yang masih dapat aku kawal pada waktu itu, aku berasa amat sedih sangat sebab aku rasa MRC CFSIIUM ibarat satu keluarga dah bile kat cini.. alhamdulillah sepanjang aku join MRC ni banyak pengalaman yang aku timba dan banyak jugak la cabaran yang memang sangat menguji ketabahan diri kita jugak.. malah, hubungan kami antara MRC semakin rapat dan kita dah saling kenal mengenali antara satu sama lain.. BAGAI AUR DENGAN TEBING...!!! hi3.. seyes, aku memang respect la kat semua MRC CFSIIUM, rasa macam diriku ni masih perlu diperbaiki untuk menjadi pemimpin ynag terbaik.. diorang semua memang hebat-hebat belaka.... segala pengalaman kitorang di kongsi bersama... sedey...!!!! memang tak terkata... selama aku join MRC ni lah aku dapat rasakan aku ada teman dan kawan yang boleh di buat kawan.. semuanya sporting belaka..!!! tambah-tambah lak sekepala la pulak.. 










hmm.. ingatan tulus ikhlas dariku, walaupun aku ni kadang kala agak ter'over' n ter'excited' sangat la katakan so aku ni banyak jugak la menguriskan hati orang or orang tak senang dengan aku. aku mintak maaf sanagttt!!!!! jauh di sudut hatiku ingin melukai hati sesiapa pun.. nye lah.. kadang-kadang kita ni nak melawak la tapi terlebih pulak...!! so aku ni memohon ampun dan maaf.... kat kalian semua.. korang semua jugak lah banyak bagi sokongan dan dorongan kat aku sepanjang aku kat CFSIIUM nih....





~ kepada yang nak graduate tuh, aku ucapkan ALL THE BEST...!! jangan la lupa kat kami yang masih belajar kat cini tul tahun kedua... 

Thursday, 26 April 2012

AN-NAQIB... edisi 2011..

assalamualaikum semua...!!!

wawww.. ari tu tak sabar la kan nak balik rumah antara sebabnya nak tengok majalah sekolah edisi 2011.. oh, sebelum itu nak bagitau la, sekolah DANE nye majalah sekolah kitorang namakan AN-NAQIB...
dahulu pun, aku pernah terlibat dalam pembikinan di sebalik majalah sekolah gak. dua kali aku jadi editor majalah. mula-mula join time form 2... adoi... time ni aku sorang je junior form 2, yang lain semua senior-senior f4. untuk pengetahuan korang jugak, editor majalah sekolah aku ni yang boleh join student form 2 and form 4 jeeee.... hi3...







jadi, aku memang tau la serba sedikit kerja-kerja sebagai editor majalah nih..hmm.. memang banyak GILER cabarannya.. hmm.. ok STOP....!!!
sebenarnya nak sangat tengok majalah edisi 2011 sebab ada gambar aku jugak la dalam majalah tuh, walaupun pada tahun 2011 aku tidak lagi bersekolah di KASAS.. ye lah dah graduate la katakan.. hmm.. abis form 5 la, so sambung study kat tempat lain laaaa... adik aku still lagi sekolah kat citu, so dia dapat lah majalah tuh... dalam majalah tuh, ada gambar aku time HARI PENYAMPAIAN RESULT SPM... ha3... ada la jugak gambar aku bersama AYAHANDA PENGETUA.. dan ada jugak la nama aku kat list SPM 2010.. alhamdulillah....!! semua ni rezeki yang aku terima atas kurniaan daripada-NYA....




pada pandangan aku, majalah edisi kali ini boleh tahan la jugak hasil nye.... tapi still la kene pertingkatkan... ok...!!!

~ hmmm, dengar cerita pulak tahun ni KETUA EDITOR AN-NAQIB.. adik aku.. bagus laa!! tapi jangan abaikan pelajaran sudah.... bukan apa, kebiasaannya kerja-kerja ni memang kene banyak berkorbanlah dari segi masa belajar dan kerja... so pandai-pandailah bawak diri...!!!

Wednesday, 25 April 2012

NoSTaLGiA de KASAS....!!

assalamualaikum..

hari ni DANE tetibe lak teringat.. rindu sangat kat kawan-kawan seperjuangan semasa di KASAS dahulu.. banyak sangat kenangan aku dengan diorang..
aku sebenarnya bukanlah asal 100% dari sekolah tu pun..itu pun aku mula masuk kat sekolah tuh..time aku form 1 bila dah bulan 3.. ye la 2nd intake la katakan..syukur alhamdulillah.. persahabatan yang terjalin antara kitorang semua memang sangat utuh.



sampai la satu ketika.. di mana ramai di antara kami yang akan melanjutkan pelajaran ke sekolah lain setelah cemerlang dalam PMR 2008.. alhamdulillah aku pun PERGI jua meninggalkan sekolah ini.. ke INTERSABER.. tapi malangnya kau hanya mampu bertahan hanya kurang sebulan sahaja..mungkin aku terlalu dan sudah biasa dengan suasana KASAS kot..

banyak sangat kenangan aku bersama mereka sepanjang di KASAS...

PERSAHABATAN...


PERPISAHAN...


KEJAYAAN..


KEGAGALAN...


KESEDIHAN...

KEGEMBIRAAN..


semuanya kami kongsi bersama-sama tidak kiralah kami ni kelas mana sekalipun...



saat yang paling menggembirakan kami bilamana pada tahun 2008 kami telah menduduki PMR..alhamdulillah ramai antara kami telah berjaya peroleh 8A dan 9A.. dan yang paling manis buat kami semua adalah satu pengiktirafan pihak sekolah dan juga seluruh negeri PERAK di atas keberangkatan dan kesudian DYMM SULTAN PERAK ke MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2008... di saat itu, kamis emua dapat berkumpul kembali ibarat gagak pulang ke gagang........




~ sekalung penghargaan dan terima kasih juga buat semua pendidik intelegensia dan tak lupa juga ibu bapa kami yang banyak bagi sokongan dan dorongan untuk terus cemerlang.......!!! tanpa mereka tiadalah kami dan tidak mungkin kami mampu berjaya sedemikian sekarang.....!!

i AM aLREaDy EnGAGED.....???

assalamualaikum antum....!!!!

alhamdulillah sekali lagi dapat kita bersua..dan dikurniakan nikmat iman dan ISLAM pada hari ini..insya allah...ha3.. actually tajuk ni memang nampak je macam betul tapi main-main je... ni sebab terbawa watak dalam short movie tu la..jadi tunangan orang..berlakon jeeeee....!!! WHISPER.....

baru-baru ini, aku balik rumah dengan jiran aku and rupanya akak dia nak bertunang.. akak nye bertunang ari SABTU 21 APRIL 2012 di kediaman rumah mereka berdekatan je dengan rumah aku.. memandangkan kali ini aku balik juz nak enjoy je tak mau streeesssss sangat. so ari tu aku pun g la umah nya..dapat la makan tengah hari FREEEE...!!! tu yang aku suka bila dapat g kenduri umah orang nih.. ha3.. lagipun jiran aku tuh, memang kenal sangat la sebab kitorang sekolah rendah dulu sama-sama..masuk menengah la..masing-masing bawa haluan n then bile dah alam IPTA bertemu balik kat tempat yang sama...
pastu dapatlah jumpa jiran-jiran yang ada kat ngan kawasan rumah kitorang.. aku ni bukannya kenal sangat ngn diorang dan diorang pun bukannya kenal aku sangat pun..ye la, mana ada masa nak jalan-jalan dok umah je la katakan...






AKU JADI PHOTOGRAPHER......???
memandangkan kawan aku tu adik beradiknya dua orang je.. dah la dua-dua pompuan, so memang segan la dia nak ambik gambar dengan berpakaian baju kurung, dah la ari tu akaknya nak bertunang di pulak busy nak tangkap gambar.. so aku pun tolong la jap jadi photographer ari tu..sepanjang majlis pertunangan tu berlangsung. dapatlah aku guna camera DSLR.. aku sebenarnya tak de janggal sangat dengan job sbg cameraman or photographer ni, sebab dari sekolah menengah lagi aku dah buat keje-keje tuh.. ye lah EDITOR MAJALAH SEKOLAH la katakan.. so buat muka tak malu la nak ambik gambar.. macam2 gaya photographer mengalahkan orang yang pose tuk bergambar lak.. ye, la nak dapatkan image yang terbaik la katakan.. boleh la aku gunakan camera DSLR dengan sebaik mungkin.....



pastu.. ada la makcik-makcik dan pakcik-pakcik sedara dia tanya aku.....

ADIK, MEMANG KERJA AMBIK GAMBAR KEEE...???
~ tak, sebenarnya jadi bidan terjun jee~

MINAT KE DENGAN PHOTOGRAPY KE..??
~minat la jugak, dari sekolah menengah lagi dah berjinak dengan benda-benda nih~

AMBIK KOS PHOTOGRAPHY KE..??
~ tak la...ambik architecture kt CFSIIUM~

TAK BELAJAR KE SEKARANG...??
~belajar lagi laaa... balik sekejap cuti... lagipun DIA tu satu U gak..kitorang balik sama-sama semalam.esok kitorang balik UIA balik..lagipun satu kampus je ngn DIA..~~

memang tak terlayan aku time tuh..diorang tanya lak time tengah khusyuk ambik gambar...
adoiii~~~ memang banyak giler soklan diorang tanya aku..tapi bukanlah tanya dalam tempoh yang sama..aku ke sana diorang tanya..aku ke sini diorang tanya.... hmmm..

SEPANJANG MAJLIS PERTUNANGAN...
dapatlah aku tahu serba sedikit adat-adat melayu ni bile nak bertunang...hmm... excited pulak. macam aku je nak bertunang..ha3.. macam-macam.. ada hantaran la.. ada mas kawin la...
pastu diorang bincang pasal tempoh ikatan pertunangan laa~~ semua dipersetujui oleh kedua belah pihak yang PALING PENTING......!!! 



MEMBINA MASJID ADALAH SALAH SATU DARIPADA SUNNAH RASULULLAH....



Tuesday, 24 April 2012

Dean's Lists vs Deen's List.....

assalamualaikum semua...

syukur alhamdulillah, aku telah diberikan peluang dan aku memanfaatkan masa yang terluang dengan menghadiri satu event yang telah dianjurkan oleh FSCC CFSIIUM.. iaitu.. GRAND SOLAT HAJAT di MASJID KOLEJ ISLAM MALAYA...



langkahku menapak setapak demi setapak menuju ke rumah ALLAH yang terletak bersebelahan dengan mahallah aku je.. tapi nak ke cana jauh sebenarnya sebab pintu masuk ke masjid tu ada satu je dari kampus ni... adoi..sebenarnya aku dah datang lewat.. so seb baik sampai je kat cana baru nak mula solat maghrib..alhamdulillah dapatlah aku bersama-sama solat berjemaah dengan MUSLIMIN DAN MUSLIMAT yang lain.... so lepas je solat maghrib..diadakan pula solat hajat dan seterusnya bacaan surat yassin secara berjemaah. actually aku sorang-sorang je time tuh tak de sapa yang sudi meneman tapi aku kene ingat.. ALLAH sentiasa menemani kita setiap masa dan ketikanya...alhamdulillah...



selesai bacaan surah yassin, semua bersiap sedia untuk menunaikan pula solat isyak berjemaah.. abis je solat isyak... kita semua telah dihidangkan dengan menu yang amat sedap...!!! iaitu talk yang bertajuk.....


DEAN'S LISTS VS DEEN'S LISTS

talk tersebut telah disampaikan oleh IMAM MUDA musim pertama dahulu iaitu IMAM MUDA HIZBUR..
alhamdulillah...memang banyak sangat ilmu yang bermanfaat dikongsi oleh beliau..
tajuk pada malam tu memang sangat-sangat hebat impaknya terhadap diri kita jugak....!!!
ye la..students zaman sekarang ni studi..exam semua untuk dunia sahaja dan mengabaikan tanggungjawab yang paling utama dalam diri mereka sendiri iaitu BERIBADAH kepada ALLAH YANG MAHA ESA...
memang tajuk itu memang dekat sangat dengan diri kita... ramai juga yang beranggapan kita hanya memohon pertolongan pada ALLAH bila kita dah sempit, susah dan seangkatan dengannya.. memang kita semua telah salah tafsiran yang sebenar..tapi kita masih diberi peluang untuk terus memajukan diri kita dan berbakti pada agama ISLAM juga...







secara peribadinya, ingin ku buat kesimpulan yang telah diberikan oleh beliau.. KITA HENDAKLAH SEIMBANGKAN DIRI KITA dengan dua benda tersebut... 

BERJAYA DI DUNIA DAN JUGA BERJAYA DI AKHIRAT....

kadang-kala kita tidak sedar selama ini kita belajar hanya untuk exam semata-mata bukan untuk ilmu yang diperoleh untuk manfaat dan kebaikan terhadap semua orang....

~nasihat ini juga untuk diriku yang penuh dengan keduniaan yang leka dan alpha ini juga....~~~



selesai talk dalam linkungan pukul 11 malam..alhamdulillah rezeki melimpah ruah.. dapatlah aku bekalan roti gardenia coklat..aku suka sangat....!!! terima kasih....!!

PENUHILAH MASA LAPANG ANDA DENGAN MENGHADIRI MASJID ILMU... TIDAK RUGI...MALAH BANYAK MANFAAT YANG KITA BOLEH PEROLEH.....!!

wajah baru.....!!!

assalamualaikum semua...

hari ini DANE nak ubah taste design BLOG laaa.. jadi warna putih....

apakah pandangan ANDA...???













~KADANG-KADANG KITA PERLU BERUBAH KE ARAH YANG LEBIH BAIK DEMI MEMANTAPKAN DIRI SENDIRI KE ARAH YANG LEBIH BAIK.....!!

Home..!!! sweetnyeee...!!!

assalamualaikum...

yeyyeeeee..minggu ni tak de program MRC laaaaa...so.......BALIK KAMPUNG laaaa..
wawwww...setelah sekian lama tidak pulang ke kampung halaman akhirnya DANE mengambil keputusan tuk balik rumah yang terletak nun jauh di sana... TELUK INTAN je pun.... jarak perjalanan pun 2 jam 30 minit jeee...seyesly, lebih kurang 2 bulan jugak la tak balik umah, memang rasa SHEMANGAT giler nak balik.. hari khamis lagi dah packing barang daaaa..hi3.... aku balik ngan jiran umah aku, kitorang nek bas dr PUDU SENTRAL------> TELUK INTAN... kitorang balik ari jumaat la, abis je kelas BTQ, aku terus rushing ke bilik n ambik barang tuk balik..ye la tak sabar-sabar nak balik.. time kelas BTQ aku asyik tgk jam jeee... BILA LA NAK PUKUL 12 ni..nak balik daaa....!!!!! dah la time tu group aku kene present BTQ..ha3...

keluar dr CFS dalam pukul 12.30 naik bas yang amat sendat...selagi mana tak penuh selagi itu la nak ambik2 orang..adoi....tambang dr CFSIIUM ke KOTA RAYA dalam 2.50 je.. sampai je kat kota raya jalan kaki sikit jeee...pastu sampai la PUDU.......
setibanya di pudu.. kitorang pun beli la makanan, ye la bas kul 2 petang la katakan.... adoi.~~~ seyes dah la tak sarapan... pastu jam pukul 1.45 petang..kitorang turun la kat platform bas yang kitorang akan naik.. tunggu punya tunggu bas kitorang tak kelihatan...dah mula la cuak...!!! pastu ade la sorang driver bas tu bgtau..



ADIK....BAS PUKUL 2 = BAS PUKUL 3...
adoi....~~~ so kitorang tungga la lagi sejam..hmm... sabo je arr..orang tengah excited nak balik umah nih...
rasa cam nak marah je orang kat kaunter tiket tuh...hmm...sabor3...

so, bas kul 3 mai la..and kitorang pun masuk la dalam bas dengan ngantuk....
dapat je kerusi duduk dan bas gerak terus terlena tidur.... tu yang bestnye bile nak bas... boleh tido.. tibe je kat teluk intan semua orang turun so tak de masalah laaa~~~

dalam pukul 5.30 petang, alhamdulillah kami selamat sampai ke TELUK INTAN dan dapatlah bertemu dengan family yang sangat dirindui........!!!!!

Saturday, 21 April 2012

FinaL exam.....!!!

alhamdulillah tak sangka la pulak, aku dah nak hampir setahun jagung dok kat CFSIIUM nihh...hmm..cam tak percaya pun ada... banyak sangat pengalamn yang dapat aku kutip sepanjang berada kat cini.... tapi...!!!
dalam masa terdekat ini aku bakal menghadapi satu exam or FINAL EXAM bg sesi 2011/2012...
semoga apa yang telah dipelajari dapat diimplementasikan dalam kehidupan dan ujian nanti insya allah...!!!








Friday, 20 April 2012

itu ini begitu beginiii...!!!



PASAL GOSIP....!!!

New ShiRT...??

assalamualaikum semua....!!!

actually sesaja je update blog ni.. suka sembang tapi dah malam ni xde sape nk menyembang so tulis pun satu cara untuk bercakap sorang-sorang la jugak..hi3...

ni arr... hari ni kelas petang memang tak de, sebab tu la DANE suka sangat hari KHAMIS. sebab apa...?? sebab kelas petang memang tak de, so segala urusan apa-apa bolehlah settlekan..
hari ni lak aku g MAHALLAH OFFICE jumpa fellow yang in-charge tuk program MRC and nak mintak duit la untuk program aku.. ICE CREAM FIESTA...!!

masa tu pulak,aku pakai baju yang baharu sahaja aku dapat..lawa la jugak design baju tuh.. BAJU AED SOCIETY.. tapi aku beli via seorang sister tu la.. dia agen nye, yang publish nye ada syarikat nye lah..bab create design aku tak tau la pulak. tapi rasenya company tu yang buat jugak kot, sebab aku tgk sume design course pun ada jugak.. harga baju pun sangat la berpatutan RM 28 tuk lengan pendak dan RM 32 tuk lengan panjang... actually aku pun xde la tau sangat pasal jualan baju tuh.. tapi satu hari, aku bukak FB, and ade la kat news feed gambar baju tuh.. so aku pun xplore la... and aku berkenan sangat dengan baju tuh... design nye memang owesome laaaa...simple but nice..ok la xde la terlalu berat sangat design nyeee..









so, bila sampai je kat ofis, SIR tegur aku.. lawa baju anta.. baju society kah....??
oh tidak, saya beli baju ni dr orang.. tapi company yang buat baju ni tuk student UIA...
lawa la baju tuh...
pastu jumpa la kawan2 aku yang lain, ramai yang cakap baju tu memang lawa, sebab design nye baru la nampak macam sutudent ARCHITECTURE........ ade jugak kawan aku cakap time ko order ari tuh bukan nak bagitau... ha3..
dengan moto yang tertera pada baju pun dah cukup untuk menggambarkan life as archi student...


DARE TO BE DIFFERENT...!!!!

pastu SIR bagitau, sem depan 2012/2013... dia nak suruh MRC MAB buat t-shirt tuk mahallah...hi3...
and reka loga mahallah abu bakar sekali...
insya allah....!!
tapi MRC sesi depan pun tak tau sape yang akan kepalai.... TUNGGU DAN LIHAT...!!!



overall aku berpuas hati la dengan produk yang aku beli nih... memang terbaik laaaaa!!!

~ BARANG YANG BERKUALITI DAN BAIK AMAT DISUKAI OLEH ORANG.. DAN SEBAGAI PEMBEKAL ATAU PENJUAL, KITA HENDAKLAH MEMUASKAN HATI ORANG YANG BERURUSAN DENGAN KITA DENGAN BAIK..~
~

Thursday, 19 April 2012

SpeAK LOuDER....!!!!!

assalamualaikum semua..
and good morning to all of you....

ok, it's a holiday today..?? ooo..i don't think so... never mind, but in PERAK. we are having a holiday for SULTAN's BIRTHDAY... yeah.... i'm really jealous...!!!

today....!!
i have a speaking test.. owh... that was really fun and excited for me. i arrived in class about 10 am but the first group for the test not came yet.. everyone waited for him.. so, my MADAM called them and they went to the room and started for discussion..

overall, it's OK...
and for me... i was the last group for the speaking test... my group member are really sporting...
so, when our group was called by MADAM, we entered to the room silently.ha3... seem like an exam..
then, she gave us a piece of paper that consists a question for discussing to each others..
i really shocked, when i read our topic is


READING IMPROVES STUDENTS' WRITING SKILL...






oh no..!!! that was the previous topic that we have done but boring..
never mind...!!!
we spent about 2 minutes to jot down all the point...
after that, we started our discussion...

so far OK...But...??
i had no more ideas..
so they asked me a lot of questions... OH NO..!!! scary...!!!

THIS TOPIC....!!!
when students have read the reading materials they can learn and understand about the style of writing and languages, so they can implement them in their writing when they when to write something.. ISN'T....??

next, my friend talked about the comics that used the informal language which are not help them to improve and enhance our writing skills...????


oh...!! and then he asked me...?? i said that... it is norm for the comics used this kind of languages and the way of writing... because comics is comics no need to be other books..
for examples, if the comics had written with formal language, the readers must feel so bored and not interesting. BUT.. informal language can be used in our writing to express our feelings or others. we cannot assume that if students used the improper languages the writing is bad.  we cannot blame them because they used this kind of languages to express their perspectives... plus, the readers also should filter and research the proper languages that must be used in their writing.
our discussion became more interesting and each of us argue about other opinions.
and then MADAM asked me to make a short conclusion because we are already over the time..





i agree with this topic...
for example, READER DIGEST.. the authors had used the best and correct languages, so all students can learn how to write and  make their writing become more interesting and outstanding...

KeMasLAH....!!

assalamualaikum semua...!!!

berbalik pada tajuk kita pagi-pagi buta nih.. ha3...tu la actually DANE nak share la serba sikit apa yang ada dalam lunuk hati dan benak fikiranku untuk tatapan semua..

BERKEMASLAH....!!!


bak kata pepatah arab n hadith....

KEBERSIHAN SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN...


memandangkan kita semua dah mumayyiz or matang, so kita sendiri boleh nilai mana yang baik dan mana yang buruk..kebersihan memainkan peranan yang amat penting dalam diari kehidupan kita..segalanya juga akan mencerminkan peribadi seseorang...

SUKA KAH KITA HIDUP DIPENUHI DENGAN KEKOTORAN....???


SANGGUPKAH KITA BERKOMPLOT DENGAN SYAITAN YANG SUKAKAN KEKOTORAN...??

(pandai-pandailah kita menilainya)

hmm.. tu la mana ada orang yang suka akan kekotoran, tambah-tambah pulak tempat kotor ialah tempat tinggal syaitan. even, bila kita nak sembahyang pon ISLAM telah syariatkan untuk bersuci sebelum solat, yang mana kita hendaklah menjaga kebersihan dan kita dalam keadaan yang bersih dalam mengadap-NYA.


fenomena yang kerap berlaku pada zaman kini...
bila kita nak keluar berjalan-jalan, sanggup berhias berkemas untuk menunjuk kepada orang lain...
TAPI, bila tiba time solat, kenapa kita selekeh...?? tak macam gaya yang tadi..
maksudnya.. tak de la sampai over dressing... cukup sekadar kemas, bersih dan suci untuk menghadapnya...

ISLAM cukup mudah, dan kita semua telah diajarkan banyak sangat adab-adab dalam kehidupan kita..
jadi...
sama-samalah kite MEMBUKA MATA, BUKA MINDA, SEMATKAN DALAM HATI UNTUK BERUBAH DEMI KEBAIKAN KITA BERSAMA...

nasihat ini buat diri ku jua....

LeT Us SpeAkkK....!!!

assalamualaikum...

19 APRIL 2012 ni DANE akan jalani satu speaking test ENGLISH...

doakan kami semua student CFSIIUM mampu untuk buat yang terbaik..

insya allah...!!


tak salah jika kita ingin perbaiki kelemahan diri kita..

janganlah kita malu mahupun segan untuk melakukannya..

setiap apa yang kita lakukan adalah untuk kebaikan diri kita juga..



LAKUKAN YANG TERBAIK DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA....!!!


Wednesday, 18 April 2012

AWAS bila BERkATa-KaTa...

assalamualaikum semua...

alhamdulillah kita panjatkan kesyukuran kerana dikurnikan mulut untuk berbicara dan berkata-kata. nikmat yang ada pada diri kita ini hendaklah di manfaatkan dan digunakan dengan sebaik mungkin. setiap hari, boleh dikatakan semua orang akan berbicara dan mengeluarkan suara dari mulut sekurang-kurangnya dengan bacaan solat pun jadi laaaaa... nikmat deria yang dikurniakan adalah untuk kebaikan kita dan keperluan untuk menguruskan segala urusan manusia dan menghubungkan orang lain.....

pernahkah kita mendengar
KATA-KATA LEBIH TAJAM DARI MATA PEDANG

Abu Hurayrah relates that Allah's Messenger (peace be upon him) said: "Whoever believes in Allah and the 
Last Day should speak a good word or remain silent.




dan juga....
bak kata orang..

TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR

TERLAJAK KATA BADAN BINASA




begitulah pepatah yang menggambarkan betapa penting dan betapa hebatnya peranan kata-kata dalam kehidupan seharian kita. kata-kata yang terkeluar dari mulut kita juga lah yang akan dihitung di akhirat kelak.
kata-kata juga mampu memutar belitkan cerita dengan menokok tambah dan mendorong kepada fitnah...!!


begitu juga, kita hendaklah menjaga adab-adab berkata dan bergaul terutamanya terhadap orang tua kita (ibu bapa). JANGANLAH KITA SESEKALI MENINGGIKAN SUARA DAN BERKATA WALUPUN OH KEPADA MEREKA..