Assalamualaikum…
Alhamdulillah, sekarang ni musim hujan tambah-tambah pula
pelajar TINGKATAN 5 dan 6 seluruh MALAYSIA sedang sibuk mneguruskan diri untuk
menghadapi peperiksaan awam yang sedang giat berlangsung. Akan tetapi, mereka
sedang diberi cuti selama seminggu ini atas sebab sambutan DEEPAVALI yang bakal
menjengah tiba dan SAMBUTAN MAAL HIJRAH jua. Insya allah, semoga mereka mampu
lakukan yang terbaik.
Sekarang ini, mereka telahpun melepasi 4 kertas subjek teras
peperiksaan iaitu, BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS, SEJARAH dan jua MATHEMATICS.
Maka dengan ini, masih ada lagi beberapa kertas peperiksaan yang bakal dijawab
oleh mereka kelak. Ada kalangan mereka yang mengambil 9,10,11 mahupun 12
subjek. Tapi di sekolah lama ku SMKA SULTAN AZLAN SHAH, mereka semua dijawibkan
untuk mengambil 11 matapelajaran tetapi terdapat 2 aliran sama ada sains agama
ataupun agama.
![]() |
| dewan inilah menjadi saksi segala ceritera SPM di KASAS |
Alhamdulillah, bagi aku SPM telahpun berlalu dengan begitu
pantas dalam kamus hidupku. Syukur Alhamdulillah keputusan yang kuterima adalah
hasil daripada didikan guru-guru, ibubapa dan juga sokongan dan bantuan dari
rakan-rakan serta dari-NYA..
Bermulalah siri episode mereka dalam mengharungi detik-detik
terakhir sebelum meninggalkan alam persekolahan yang penuh dengan pengalaman
dan kenangan, setelah ini mereka pasti akan merindui zaman-zaman tersebut
bersama sahabat-sahabat yang sentiasa di samping kita. Insya allah,
persahabatan antara kawan-kawan mahupun dengan guru-guru yang terjalin masih
lagi boleh diteruskan.
![]() |
| semoga berjaya anda semua |
Untuk TINGKATAN 5 terutamanya di KASAS, insya allah, kalian
mampu lakukan yang terbaik. Dah besar dah korang, dulu time aku ambik SPM
korang sume baru je TINGKATAN 3, time tu nak PMR. Kini tak dapat dinafikan
lagi, bermulanya perjalanan PMR korang sume, aku yakin korang mampu lakukan
yang terbaik untuk SPM kali ini. Bagi aku, korang seume sangat baik. Korang sume
jugaklah yang banyak bagi support time aku TINGKATAN 5 dulu. Kepada ahli dorm SAAD tidak ketinggalan juga, terima kasih kerana telah merealisasikan impian aku untuk memiliki bilik yang selesa dahulunya.. korang memang terbaik.. Thanks banyak-banyak…
kepada pelajar tingkatan 5 yang baru masuk time tingkatan 4, insya allah,
walaupun dakau tak kenal, korang juga mampu lakukannya.. Semoga korang sume
terus cemerlang… dan semoga ikatan ukhwah antara kalian sume terus terjalin
walaupun sudah tidak bersama di asrama lagi. Tahun hadapan, kalo nak g KASAS dah boring dah la, sebab korang sume dah tak de. Memang dari dahulu lagi, kami kami banyak menyatakan FORM 3 rapat dengan FORM 5 tak kisahlah sama ada putera mahupun puteri. sebab kami lebih mengenali batch korang berbanding batch lain. Dan tak lupa juga buat korang yang dah berhijrah ke sekolah lain selepas PMR dahulu, tingkatan 4 sama ada ke SBP, SBPI, KISAS mahupun sekolah lain. Semoga berjaya jua dan anda semua masih lagi menjadi sebahagian dari warga KASAS. wallahualam..
# Tak lupa juga buat sahabat sebatch dengan aku MUNIR RUSYDAN untuk STPM juga di KASAS, semoga berjya yerk..
Semoga kalian semua berjaya di dunia mahupun di akhirat buat
sehabis baik,inilah peluang korang semua untuk mendapatkan ‘tiket’ ke IPTA yang
korang semua idamkan selama ini sama ada dalam Negara mahupun luar Negara. Insya
allah..
DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN
SEMOGA BERJAYA ANDA SEMUA
banyak sangat kenangan aku sepanjang berada di SMKASAS
time SPM lah hubungan antara sahabat-sahabat kian erat
percayalah, zaman persekolahanlah yang terbaik
rindunya waktu dulu-dulu



No comments:
Post a Comment