Aku lebih rela ada musuh yang jujur membenciku daripada mempunyai kawan yg hanya nampak gembira dihadapanku tetapi membenciku di belakangku.

Wednesday, 28 November 2012

Belajar Sama-sama



Assalamualaikum.

Rasa cuti sem kali ini, macam nak ambik SPM je. Manakan tidaknya cutinya dah rasa macam lama dan sesuai sangat nak ambik SPM. Pastu apa lagi dok melepap je kat umah ni on9 je la, so pastu ada pulak dak sekolah aku, dia ni nak SPM tahun hadapan, tapi bagus la jugak dia nak ulangkaji pelajaran, terutamanya ADD MATHS. Pagi tadi, kemas laci. Terjumpa la pulak bungkusan kertas tebal-tebal dalam laci. So, aku pun bukak la, nak tengok ada apa dalamnya. Buka je, memang banyak la kertas nye. Rupanya itu sume kertas trial SPM 2010 aku 2 tahun yang lalu. Waww. Memang terpalit la memori. Dah macam drama je, teringat sume bagai. Mulalah monolog dalaman, flashback. Rasa macam ada awan-awan kat atas kepala aku tentang masa silam dahulu. Ha3. *karut je. So, kembalilah aku teringat sume kenangan exam tertulis aku yang dulu, memang suke exam. Sebab time tu la nak fight ngan kawan-kawan sume, kira macam persaingan secara sihat la katakan. Memang itulah yang selalu aku amalkan. Dan aku suke simpan segala-gala kertas exam aku, dan result exam paper. Bila tengok salah itu balik, teringat sume. Kata-kata cikgu la.  Kalo markah lagi cikit nak A, memang kerja mengampu cikgu la nak up kan markah. Hi3. Dan, aku selak-selak sume kertas dan aku tertarik la dengan kertas ADD MATHS. So aku bukak helaian demi helaian. Dan aku sejujurnya dah lupa banyak daaa.. formula itu ini. Step itu ini. ADD MATHS subjek kegemaran aku time FORM 5. Dan kisah sebelum ni memang buatkan aku trauma dengan add maths. 



Memang aku tak boleh nak simpan nak nafikan, rata-rata dari mereka nak SPM memang sangat takut dengan paper ADD MATHS. Katanya susah nak perform better dalam ujian mahupun latihan yang cikgu bagi. Seriusly, memang susah. Itulah dilemma yang dihadapi oleh mereka. Dan aku jua tidak kurang juga. Dahulunya sebelum melangkah masuk ke menengah atas. Ramai senior yang merungut yang ADD MATHS ni susah giler. So, kami ni yang baru je PMR ni memang cuak abis dooo. Risau la dah la pas PMR kene la masuk Form 4. Dan itulah subjek wajib kat sekolah aku kene ambik. Memang tambah cuak gaban laaaaa. Diorang ni memang buat cuak je la.

So, bila dah masuk form 4. Hari first, dapat buku teks, semakin bertambah banyak buku teks aku dapat kali ini. Berat je beg. Padahal tak berat beg pun, buku teks sume letak dalam kelas je. Dan hari pertama cikgu sume busy lagi nak siapkan perancangan pengajaran sume dan mesyuarat. Dan aku lak, dok kelas nyembang je la. Aku tengok kawan2 aku yang lain, dok sibuk je bukak buku teks ADD MATHS. Nak try buat. Hmmm.. ni yang buatkan aku jeles sangat. So aku pun bukak laa.. bukak je tajuk first. FUNCTION… memang tak function la aku bukak tu, seyesly tak faham apa2. Pelik jeeee f(x) bagai laaaa… hish2. Menyusahkan je. Tengok diorang yang lain syok je buat. Aku ni dengan member dok sebelah aku ni dah ting tong daaaaa. So bila je kelas add maths start. Cikgu pun dah mula ajar dan pakai guna buku teks sebagai rujukan. Senyap je satu kelas tengok cara penyelesaian soalan tu. Ternganga sume….!! Ha…!! Aku dan member aku lak, usha sorang-sorang. Sume khusyuk bukan ke main lagi tengok. Haaa….!!! Lawak wei.. macam-macam gaya ada. Serius. Pastu cikgu dah siap buat contoh. Sume masih blurrrr.. dan termasuklah aku sekali. Hi3.
Pastu dah mula berduyun-dunyun, bertimbun-timbun latihan cikgu bagi. Ada yang boleh buat. Macam-macam karenah, macam-macam gaya. Ada yang frust bila buat pun ada, tension. Dan itulah lumrah belajar. Tak semua nya kita boleh sekelip mata je boleh. Kene usaha dulu belum cuba belum tahu. Jadi, kalau kita mahu sesuatu perubahan, kita kene ubah persepsi diri kita dahulu. Tingkatkan usaha, amalkan segala apa yang disuruh. Memang kadang-kala kerja bertimbun ada tak yang sempat nak siapkan. Tipulah kalo ada yang tak tiru kawan bulat-bulat. Kekadang, kita sebenarnya bukan tiru, tapi melihat dan memerhati langkah demi langkah cara penyelesaian, bila dah faham baru lah kita buat sendiri. Ok. So, setahun bergelumang dengan ADD MATHS masih belum dapat lagi cari sinarnya. 

Ramai yang mengatakan yang ADD MATHS form 4 lagi sukar dari Form 5. Bila masuk form 5. Ya. Memang agak mudah sedikit dan berbeza pembelajaran silibus form 4 nye. Bukannya mudah sangat, Cuma nak cakap di sini, agak mudah difahami. Tetapi, segala yang diajar kat silibus form 4 memang tersangat penting sebab kita kene aplikasi balik formula yang ada kat silibus form 4 tuh. So, bila tibanya form 5. Bukan nak kata la kan. Dah semakin banyak banyak dan banyak homework. Bukan add maths je, malah subjek-subjek lain pun sama. So kene pandai-pandailah bahagikan masa untuk study. Alhamdulillah. Aku bersyukur, akhirnya ADD MATHS yang selama ini menjadi satu dilemma bagi aku, dapat jua kutempuhi. Dengan berbekalkan semangat dan keyakinan, akhirnya dapat jua aku coretkan sesuatu pada slip SPM aku. 

Rezeki kian bertambah, sebelum menjelang keputusan SPM diumumkan, memang tak buat apa la kan. Duduk rumah je dalam hati ini, berdebar-debar menanti keputusan SPM diumumkan. Aku terima SMS dari sahabatku ini, yang cikgu ADD MATHS sekolah cari ex-student Form 5 yang baru je abis SPM jadi fasilitator kat sekolah untuk conduct kem hujung minggu ADD MATHS di KASAS. Alhamdulilah, rasa kembali bersemangat ikhlas untuk membantu adik-adik yang masih berada di KASAS. Bukan takat nak ajar je, malah itulah masa yang sesuai untuk kitorang berkumpul balik dengan kawan-kawan yang dah lama berpisah. Ada jugak member aku dari sekolah lain, dia time form 4 pindah sekolah pun join. Memang best la, dapat merasai balik pengalaman dok asrama. Memang aku tak lupakan segala ilmu yang masih cikgu-cikgu curahkan. Alahai, dapatlah kitorang dok kat asrama tumpang bermalam, sebab programnya seharian dari pagi sampai petang, tapi 2 hari, sabtu dan ahad. Memang suasana kali ini di asrama agak berbeza, kami dah bukan lagi pelajar asrama. Yang bestnya, suka ati je. Dah tak gerun dah dengan siren, buat selamba je. Ada satu ketika itu, kitorang masbuk subuh. Segan pun ada, dah la pakai baju tidur je, pastu abis je solat sume orang usha pagi2 buta. Pastu ada ustaz dok kat sebelah pegang rotan. Cuak pun ada, sat g tak pasai-pasai kene panggil. Warden tu baru, diorang mana kenai kami. Hi3. Tu la, lewat turun Jemaah kat masjid. Pastu, dapat jugak jumpa cikgu-cikgu balik, ada juga warden yang ajak kami lepak-lepak makan kat luar. Waw. Best wei. Rindu sangat time tuh. 



Alhamdulillah, akhirnya kami semua berjaya peroleh keputusan SPM dan membolehkan kami untuk terus belajar dan belajar bagi mencapai cita-cita kami untuk terus berjaya di dunia mahupun di akhirat kelak. Terima kasih CIKGU.!!

No comments:

Post a Comment