Aku lebih rela ada musuh yang jujur membenciku daripada mempunyai kawan yg hanya nampak gembira dihadapanku tetapi membenciku di belakangku.

Wednesday, 14 November 2012

Percaturan Hidup


Assalamualaikum semua.


Alhamdulillah..

Hidup ini penuh dengan ranjau duri yang berliku-liku, memaksa kita untuk terus meredahnya dan terus mencapai segala-galanya. Biarpun luka yang terpahat masih belum pulih, terimalah dugaan ini dengan penuh pasrah dan yakinlah suatu hari nanti, pasti kita akan peroleh kesenangan di hari kelak.



Hidup ini boleh diumpamakan sebiji buah dadu. Bilamana diputar, dipusing. Pasti penuh dengan misteri, penuh dengan debaran yang menanti untuk menyaksikan bilangan titik yang tertera di muka dadu hadapan. Bilamana jatuh, jauh sekalipun, ada jua yang mengambilnya kerana ingin melihat jumlahnya. Samalah jika kita bermain MONOPOLY sekalipun, dadu element yang penting untuk menggerakkan permainan, maka dengan ini dadu adalah asset yang paling penting. Bilamana dua dadu bertemu, bilangannya sama. Maka peluang kali kedua datang untuk menguji kembali. Bilamana satu dadu, diputarkan, maka bilangan titik 6 muncul, maka peluang kali kedua jua datang tanpa diundang. Bila direnungkan kembali, samalah seperti kehidupan kita. Kita sentiasa diperhati, tidak kiralah sesiapapun. Siapa kata kita tidak diperhati. HANYA DIA SAHAJA YANG TAHU. Peluang terus diberikan dalam kehidupan kita untuk terus kita berubah kearah yang lebih baik. Insya ALLAH, semoga kita terus melakukan kebaikan demi masa depan yang abadi.

No comments:

Post a Comment