Aku lebih rela ada musuh yang jujur membenciku daripada mempunyai kawan yg hanya nampak gembira dihadapanku tetapi membenciku di belakangku.

Wednesday, 14 November 2012

Indahnya DUNIA..



Assalamualaikum…

Memandangkan sekarang ni musim cuti sekolah, so memang belambak la kan proram-program kat TV. Kadang-kadang tak tertengok pon, sebab terlalu banyak sangat. Lebih-lebih stesen televisyen itu, memang banyak sangat channel. Tak pe la.. untuk tatapan kita jugak. Yang baik dijadikan teladan, dan yang tak baik dijadikan sempadan.. insya allah… ok..
So, ada beberapa la program yang aku suka tengok, aku tengok bukan takat tengok kosong je. Aku suke tengok sebab seolah-olah aku yang pergi sana, bak kata orang, angan-angan pergi oversea la katakan. Bukan apa, program itu sume berdasarkan travelog, aku memang minat benda-benda macam ini. Boleh jugak aku tengok negara orang dari pelbagai sudut pandang.



# Amazing Race.
Aku suka tengok race diorang, kadang-kadang, ada yang bergaduh la macam-macam karenah ditontonnya. Yang paling penting kerjasama antara pasangan masing-masing dalam melengkapkan misi mereka dalam pelumbaan ini. Tapi, sepanjang diorang punya race, banyak tempat yang diorang pergi, sebab amazing race ni bukan tertumpu pada satu kawasan je. Malahan, diorang pergi merata-rata negara ‘ditawannya’ untuk memenangai perlumbaan ini. Aku belajar banyak jugak budaya Negara tersebut, tempat-tempat menarik. Rasa macam nak pergi je. Menakjubkan ciptaan-NYA. 



 
# Rasa Halal Antarabangsa.
Rancangan selama 30 minit ini, kini dihoskan oleh bintang akademi fantasia musim kelima, berhijab lagi. Alhamdulillah, siapa tak kenal dengan HELIZA HELMI. Gayanya mengacarakan program tersebut cukup versatile. Namapun rasa halal, sah-sahlah kaitan dengan makanan halal yang ada di seluruh dunia ini. Produksi program ini, banyak memilih untuk kali ini ke Negara EROPAH. Jadi, secara tak langsung bilamana aku tengok aku dapat tahulah serba sedikit mengenai kawasan di Negara tersebut. Sungguh cantik dan mempersonakan. Kita tidak tahu, manalah tahu ada jugak stesen TV di Negara luar yang kunjung di MALAYSIA untuk membuat rakaman mengenai negara kita ini. Ye tidak…?? Manalah kita tahu. Sejujurnya, bagus sangat, manalah tahu satu hari nanti aku nak ke sana dapatlah aku tahu di mana letaknya restoran yang menyajikan makanan halal terutamanya masakan MELAYU. Hi3..



# YUNA | Bintang di Langit.
Aku rasa aku dah ketinggalan zaman rasanya, tapi tak apalah, memandangkan rancangan itu diulang tayang kembali, so kesempatan aku la nak tengok. Nama YUNA memang tidak asing lagi di MALAYSIA, malahan nama beliau sudahpun terukir megah di Negara lain. Dengan bakat lunakan suara dan juga penampilan beliau yang versatile sudah pasti membuatkan para peminat suka dengan melod rentak irama muzik beliau. Jadi, program ini menceritakan tentang perjalanan seni beliau di dalam dan juga luar negra. Cuma aku kat cini nak fokuskan luar Negara, memang susah artis-artis di cini untuk bertapak di luar Negara. Cukup kagum dengan kebolehan beliau. Aku suka tengok, sebab dia jugak banyak pergi konti radio di sana, macam-macam nama ada. Macam-macam gaya orang. Macam-macam jugalah tempat-tempat menarik yang disajikan. 




# Destinasi CINTA | AIR ASIA.
Rancangan selama 30 minit juga tidak kurang juga hebat nye. Lebih kepada berbulan madu kepada pasangan yang telahpun mendirikan ‘masjid’. Alhamdulillah. Dengan tajaan AIR ASIA, mereka berkesempatan untuk ‘melancong’ sambil berbulan madu di tempat-tempat menarik di dunia ini. Indahnya.. cantik sangat tempat-tempat yang diorang pergi bersama pasangan masing-masing. Rancangan ini tidak memerlukan pengacara kerana pasangan tersebutlah pengacara untuk rancangan ini. Biarlah, asalkan mereka bahagia. Aku berminat sangat melihat panorama sekitara kawasan pelancongan ynag mereka lawati. Ada juga tempat yang selama ini memang tidak pernah dengar langsung tentang kewujudannya. Maka, dengan ini dapat jugaklah tambah maklumat di dada.




# Jejak Jepun | ZIZAN RAZAK
Rancangan ini memang sempoi la, tambah-tambah lah dihoskan oleh pelawak terkenal tanah air, siapa tak kenal dengan ZIZAN RAZAK yang sentiasa dengan jenakanya. Untunglah, pergi sana seorang diri, pengacara sorang-sorang kat JEPUN pulak tuh. Memang ramai yang sedia maklum, JEPUN banyak mengamalkan nilai-nilai yang baik da nada yang berpendapat kita harus mencontohi tabiat mereka yang baik iaitu, MEMBACA. Tapi tak pe, kali ini nak jalan-jalan je la. Melihatkan keseronakan zizan di sana, aku dapat merasai yang negara itu sendiri banyak menyimpan 1001 kisah sejarah dan juga warisan. Aku suka sangat. Kadang-kadang terlepas, tapi tak pe, sebab rancangan ini selalu diulang tayang kembali di saluran tersebut.



Yang baik jadikanlah sebagai teladan dan tidak baik jadikan ianya tauladan kepada kita semua.
Setiap yang berlaku di sini pasti ada hikmahnya.
Rebutlah peluang dan ambillah pengajaran dengan kejadian yang lalu.
Bersyukurlah dengan nikmat dan juga rahmat yang telah dikurniakan.

No comments:

Post a Comment