Aku lebih rela ada musuh yang jujur membenciku daripada mempunyai kawan yg hanya nampak gembira dihadapanku tetapi membenciku di belakangku.

Thursday, 22 November 2012

Kahwin | Satu Cinta



Assalamualaikum semua.

Hari ini sudah hamper 5 minggu aku cuti semester tuk kali keduanya sejak bergelar mahasiswa ni. Macam tak percaya je, yang aku ni sudahpun masuk alam university. Rasa sekejap rasanya. Yang dahulunya merangkak-rangkak nak menulis, mengira, membaca. Macam-macam karenahnya. Sabar je cikgu-cikgu nak ajar aku. TERIMA KASIH CIKGU….!!!!
 Hari ini hari KHAMIS daaaa. Esok jumaat. Sekejap je masa berlalu, dan umur pun semakin meningkat. Tapi, adakah amal ibadah aku pun meningkat jua…..??? tepuk dada tanya iman. Insya ALLAH. Segala-galanya kita hanya berserah padaNYA. Moga-moga yang terbaik buat kita. 

Tadi, tgk TV ada program RAIKAN CINTA, pasal orang kahwin. So, deme share la pengalaman diorang bercinta bagai la. And then ada jugak la video pasal resepsi diorang. Memang tak dinafikan sangat lawa, tambah-tambah, sekarang ni kan teknologi dan gaya rakaman semakin canggih membuatkan aku terkesima dengan corak rakamannya. Abis je aku terus la bukak youtube. Sebab aku rasa kat youtube ni dah bersepah-sepah dah, diorang upload. Kedai-kedai photography ni yang upload kan. Aku ni pun peminat videography jugak, so memang syok la kan dapat tengok gaya persembahan diorang. Sangat menarik diorang punya shot nye, sangat mantap jugaklah cinematography. Itulah yang membuatkan aku suka.


Dan aku jugak, teringat la kat roommate aku. Time tuh, tengah boring-boring kat bilik, so dia pun tunjuk la video kahwin kat kitorang. Nice sangat. Dia tu suka simpan video-video orang kahwin. Tapi ini bukannya vieo yang cikai-cikai tapi video yang memang dah diedit dengan begitu mantap sekali. Banyak jugak la video sepanjang resepsi orang kahwin kitorang tengok via lappy je. Pastu ada jugak rupanya request suruh buat video time diorang honeymoon.. waww.. sweetnyaaa. Aku ingatkan kahwin je ade video, rupanya time honeymoon pun ada jugak. Paling teruja bila tengok satu video tuh. Kalo tak silap aku, itu resepsi perkahwinan anak kepada tauke syarikat permotoran dahulu. Memang majlis perkahwinan nya memang tersangat mewah. Kitorang just tengok je, sambil-sambil tuh boleh jugak la tengok bagaimana videographer professional ambil shot-shot menarik untuk dicompilekan untuk dijadikan video. Haaaa…..!!!! 

Tapi kali ini, aku bukak Youtube, aku tertarik dengan video ini. Lagu latar pun sedap. Aku dah search yang lagu ini adalah hasil nyanyian daripada ARI LASSO dan SHANDY CANESTER. Sangat editing video ini jua.






SATU CINTA | ARI LASSO

Aku terus berjalan melintasi kesunyian
Aku terus berpacu melawan waktu diam membisu

Aku tak peduli
Ku takkan berhenti dan mencari

Reff:
Satu cinta yang ku percaya
Satu cinta untuk semua
Satu cinta yang bersinar menerangi dunia
Apalagi yang kau takutkan
Hadapi semua kenyataan
Dalam cinta ada jalan
Karena cintalah jawaban

Apa jadinya kita bila cinta tak lagi ada
Aku aku yang hampa aku yang hampa
Lantunkan doa, hambarkan luka
Aku tak peduli aku tak peduli
Ku takkan berhenti takkan berhenti dan mencari

Back to Reff:

Satu cinta yang ku percaya
Satu cinta untuk semua
Cinta yang bersinar menerangi dunia
Dalam cinta ada jalan
Karena cintalah jawaban

Satu cinta yang ku percaya satu cinta untuk semua
Menyinari satu cinta menerangi dunia untuk semua




SELAMAT PENGANTIN BARU kepada semua pengantin dan jua bakal-bakal pengantin yang bakal mendirikan 'masjid'. Manakan tidak, tahun 2012 akan melabuhkan tiraikan nya, dan sekarang ini musim cuti persekolah, so belambak la majlis perkahwinan. Dan semakin sibuklah mak andam sekarang. Tapi sekarang ni bukan takat mak andam je busy, ni videographer dan juga photorgrapher pun kian sibuk daaaaa... Semakin berkembang jugaklah bidang ini sekarang ni, dan ramai juga la, anak-anak muda yang terlibat. so dapat jugaklah mengelakkan anak-anak muda buat kerja-kerja yang tak berfaedah.


No comments:

Post a Comment