Aku lebih rela ada musuh yang jujur membenciku daripada mempunyai kawan yg hanya nampak gembira dihadapanku tetapi membenciku di belakangku.

Friday, 23 November 2012

Sama-sama SAHABAT

Assalamualaikum.


23 NOVEMBER, Alhamdulillah sambutan ulang bulan kelahiranku. Dan tarikh itu jualah SPM pada tahun 2010 bermula. Waww. Sekejap sahaja rasanya masa berlalu, sudah 2 tahun aku meninggalkan alam persekolahan. Kini, pelajar tingkatan 5 di serata MALAYSIA sedang asyik bertungkus lumus untuk menggapai impian dan cita-cita mereka selepas ini. Diorang dah hampir ke penghujung sebab sudah banyak kertas soalan mereka telah selesai menjawabnya. Kalau dahulunya, hari ini baru sahaja nak mula. Aku rasa sekarang ni sure aku tengah dibuai mimpi lena kerana pagi-pagi lagi sudah mahu bergerak ke dewan peperiksaan. Dan…!! Pada masa itu, kertas pertama ialah BAHASA MELAYU, dan pada ketika itu, pelajar lain di sekolah sudah tiada. Aku tinggal di asrama hanya bersama-sama sahabat-sahabat tingkatan 5 dan tingkatan 6 atas sahaja. Memang suasana agak sunyi dan tenang untuk diluangkan bersama untuk belajar bersama.

SAHABAT… 



Perkataan yang memang acap kali kita ungkapan. Selalunya kita lebih suka bahasakan nya dalam ENGLISH, FRIENDSHIP FOREVER yeee…  Walau apapun yang terjadi kita tetap KAWAN, SAHABAT, TEMAN. Dan ramai jua yang keliru, apa bezanya KAWAN, SAHABAT dan juga TEMAN. Cikgu BM aku pernah bagitau, tapi aku dah lupa. Ok la, nanti kita sama-sama rungkaikan.
Memang tak dinafikan kita semua memang banyak kawan, dan kini.. Sahabat kita jua semakin tambah hari demi hari, memandangkan kat FACEBOOK pun ada ‘add as friend’. So zaman sekarang ni dah canggih, kawan boleh cari di merata dunia sekalipun dalam alam maya, dengan klik sahaja.
Tapi  berbeza dengan sahabat yang lebih mengenali kita. Memang kat sekolah berasrama kita selalu memanjang je dengan muka yang sama dengan sahabat kita. Segala-galanya dikongsi bersama, walaupun kekadang memang la, ada kalanya bergaduh. Biasalah, perkara yang boleh dielakkan jua. Dan aku, ketika mana tingkatan 3. Rata-rata dari kami memang terlalu sibuk oleh sebab untuk menghadapi PMR yang akan menjelma. Jadi sasaran kami adalah untuk mencapai impian memperoleh 9A, sebab sekolah aku kene tambah satu subjek bahasa arab. Memang, bilamana kita di ambang peperiksaan, jadi perhubungan kita bersama dengan sahabat dan tidak lupa jua sentiasa kita ingat pada-NYA jua. Jadi, banyak masa kita luangkan untuk belajar bersama, pelbagai karenah dan jua pengalaman yang dapat dikongsi bersama. Tambah-tambah bila duduk di asrama, memang 3 tahun berturut-turut sudah kenal dengan perangai dan lali da dengan semuanya. hi3..

Bait-bait lirik lagu SAHABAT nyanyian AIZAT AMDAN memang menyentuh perasaan aku. Actually, lagu ini kawa baik aku yang suruh aku dengar time tuh tengah SPM tapi dah nak last-last paper da. Bilamana aku dengar buat pertama kali, aku terasa lagu ini amat terkesan sekali. Inilah dia bait-bait liriknya. Memang benarlah setiap pertemuan sudah pasti ada perpisahan. Dan setiap permulaan pasti ada pengakhirannya. 

Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah

 
Pengalaman aku di saat ini, bila tingkatan 4 lagi. Sebab ramai dalam kalangan sahabat-sahabat aku telahpun melanjutkan pelajaran ke sekolah lain. Memang satu kehilangan buat aku dan sahabat-sahabat yang lain jua ketika itu. Rasa sangat sebak sekali. Dan kini, semua telahpun membawa haluan masing-masing. Alhamdulillah, perjalanan kami untuk mencapai impian dan cita-cita kian dekat. Insya allah, andai ada rezeki, segala-galanya akan kita capai bersama.Aku teringin jua coretkan, ke manalah arah tuju sahabat-sahabt aku kini. Baik di perantauan mahupun di sini. Kini merata-rata sahabatku berada. Semoga ikatan ukhwah yang terjalin kekal hingga akhir hayat. 



No comments:

Post a Comment