Alhamdulillah..
Khamis lalu, bersamaan 8 NOVEMBER dapat jugak aku bersama
sahabatku AZAM ke tempat yang mana tempat yang penuh dengan memori dan
nostalgia yang tak mungkin mampu kami lupak sepanjang hayat kami. Pengenalan kami
jua bermula di bumi itulah bumi SMKASAS atau lebih molek kami menggelarkannya
KASAS, yang kini hanya tinggal kenangan buat kami semua terutamanya batch aku
tahun 2006-2010. Perancangan kami ke KASAS memang tak diduga, semuanya
gara-gara FB yang mana ada seorang sahabat mencadangkan untuk kita beramai-ramai
pergi sana untuk melawat cikgu2 dan jumpa dgn sahabat-sahabat yang lain..
secara tak langsung dapatlah jugak kami yang sudah lama tidak berjumpa antara
satu sama lain bertemu di sana. Pada mulanya, aku agak keberatan untuk ke sana
memandangkan tiada pengangkutan mahupun teman untuk ke sana…. Alhamdulillah,
ada jugak teman aku nk ke sana… memandangkan beliau sedang cuti mid sem
sebentar. Apa lagi satu peluang dan nikmat jugaklah untuk kita sama-sama
bertemu.. buka itu sahaja belum ini ada batch selepas aku yang ni sudahpun
melanjutkan pelajaran ke IPTA sempat menjengah ke sana, aku agak ‘kejelesan’
bilamana mereka dapat berkunjung ke sana setelah melihat gambar2 mereka
diupload dalam FB… ha3….
DI SINILAH INSAN KAMIL DILAHIRKAN
So, apa lagi.. 8/11 pagi-pagi aku ke sana. Tapi apakan daya,
tiada rezeki untuk bertemu dan berkumpul bersama-sama sahabat yang lain mereka
ada komitmen lan jua memandangkan cuaca sekarang ini tidak menentu.. jadi,
gamaknya aku dan azam je lah yang akan ke sana.. tidak mengapalah, apalah nak
segannya.. tempat kita menuntut dahulu bersama kawan-kawan…
Apa lagi, perjalanan kami dimulakan dengan aku sendiri la..
first time nek bot dari pekan teluk intan untuk ke seberang sana.. 50 sen.. hmm..
cuak la jugak weii.. kene seberang sungai untuk ke seberang, nek bot nye… botnya tuh.. tenggelam cikit sbb kiranya aku
dapat tgk aras air sungai ibarat bertentangan dengan mata aku.. hu3… dalam perjalanan
ke seberang penuh dengan niat dan doa2… sesampai je kat sana aku disambut
dengan *pukulan kompang orang kampong kat sana* #propa je tuh.. azam sudahpun
menanti aku.. so, terus je ambik aku nek moto beliau untuk ke rumahnya. Ala dekatnya…
sepanjang perjalanan tuh, sembang2 jap.. dengan laluan yang berliku-liku, tapi
best…!! Aku suka.. dah lama tak jadi penumpang belakang.. ha3.. so dalam 5minit
sampai aku ke terataknya… wawwww.. indahnya kawasan perumahnya dikelilingi
dengan suasana indah.. sawah padi yang menghijau, rasa macam nak masuk je kat
sawah tuh… berangan la jugak nak nk model ambik gambar kat dalam sawah tuh…. Past
terus je ambik kereta wwei…. Maka dengan ini bermulalah perjalanan kami ke
destinasi yang ingin ditujui..
Tuptaptup tap….. sampailah kami kat SMKASAS….so bila tibe je
kat gate besar tuh, kene reportkan diri kat pak guard… aku malas nk macam2
cakap itu ini.. sbb guard baru, tak kenai.. annti macam2 la pualk dia Tanya.. so
aku pun cakap la nk g bayar yuran, memang pon mama aku suruh bayarkan yuran
untuk adik aku kat sana.. so, isi borang dan terus je bagi lepas masuk…. Time
tu pulak dak2 SPM tengah exam daaa… jawab paper 2 MATHS.. wawww.. rindunya aku
nk jawab MATHS.. paper fevered aku time sekolah dulu.. so parking kete kat
padang pasir dekat ngan masjid, n then destinasi kami pertama nk g PSS dulu..
so dalam perjalanan ke sana singgah jap nk jumpa UNTIE kat koop, kebetulan
pulak kat pondok koop tu ada CIKGU HAMIDAH… dapa la jugak sembang2 jap dengan
cikgu yang telah memperkenalkan kau DUNIA ADD MATHS.. thanks cikgu, past uterus
minat +MATHS… cikgu byk bg support.. and then adik aku pon ada kat citu jugak,
tengah buat ape ntah, keje add maths dgn kwn2.. pastu datangla pulak CIKGU SYED
NOH, guru yang ajar aku GEOGRAFI dulu.. best.. dapat la kenai2 tentang alam
ni.. pastu terus kami masuk KOOP jumpa untie, anak kesayangan dia azam nak
jumpa.. ha3… masih gagah dan bersemangat lagi untie..
Alhamdulillah..
Dan terus kami bergerak ke PSS, masuk PSS buat muka tak
malu, jumpa la jugak dengan CIKGU HAMIZAN, sembang2 tanya kabar.. pastu apa
lagi.. KAK YUS laaaaa.. hmm, macam2 la denagn kak yus ni. Laama tak bertemu..
kebetulan pulak, hari tuh PSS ada buat jamuan akhir tahun.. so dia ajak la kami
datang.. kami ok je, tp tgk keadaan, sebenarnya segan laaa.. pastu ABG SHAROMAN
pun datang beliau ni memang banyak bantu dak2 KASAS terutamanya dalam
pembelajaran.. THUMB UP… terus je dia teman kitorang g BILIK GURU.. ha3.. kali
ni memang agak segan laa.. btw, mula2 segan lama-lama ok je.. dapatla jumpa
ramai sangat cikgu, sembang2 tanya khabar.. Alhamdulillah mereka masih lagi
sihat-sihat untuk terus menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik untuk
mendidik pelajar ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat. Pada masa yang sama
juga seramai 24 orang pelajar KASAS bersama 3 orang guru iringan pergi
JOGJAKARTA atas urusan pertukaran pelajaran…. Terserlah kejelesan kami.. ha3..
tak pe la.. rezeki mereka.. tahniah KASAS ke peringkat pengantarabangsaan.. dan
hari itu jugak, cikgu2 dah mula busy sbb dah nak akhir tahun la katakn so,
diorang kene siapkan kerja sebelum tamatnya sesi persekolahan sesi 2012. Kami amat bersyukur sangat dapat lihat wajah-wajah
cikgu2 yang masih lagi ceria dan bersemangat seperti dahulu lagi, terserlah
keserian mereka..
SEMOGA MEREKA DILIMPAHKAN RAHMAT UNTUK TERUS BERBAKTI PADA
ANAK WATAN…
Selesai je kami di BILIK GURU agak lama la jugak, raai yang
dapat kami jumpa.. Ustazah Radziah, Ustazah Hanan,Ustazah Salmi, Ustazah Wan,
Cikgu Roaini, Cikgu Suhaida, Cikgu Hazimah,Cikgu Rahayu, Cikgu Zainon, Cikgu
Arifin, Cikgu Faizul Ahyar, Cikgu Adilah, Cikgu Jumilah,Cikgu Zaimah, Cikgu
Romlah,Cikgu Fauziah, Cikgu Khairi,Cikgu Hasnan, Cikgu Fazuan dan ramai lagi laaaaaaaa….. memang tak dapat
nk tertulis… maaf ada jugak tak tak de kesempatan kami untuk bertemu dgn cikgu2
yang lain.. insya allah ada rezeki dptlah bertemu..
Pastu terus je g solat Dzohor kat masjid… waww.. lama tak
solat cana, untungla diorang.. tengok pergi DM makan free je.. bukan free tapi
dah berbayar la.. RM1 jeee sehari.. waww… yang kami ni ari2 kene makan kat
kampus kene keluar dit sendiri.. rm5 la gamaknya.. selesai je solat dapat la
jumpa sahabat-sahabat di KASAS di masjid. Tempat port lepak la pulak.. banyak
kisah2 yang dishare.. alhmdulillah.. sudah besar mereka, dahulu time aku F5 nak
ambik SPM diorang F3 nak ambik PMR, kini, mereka di tempat kami pulaaa..
waww..cepat sungguh masa berlalu. Sejenak bersama mereka dapatlah cerita
apa-apa yang berkaitan. Rindu rasanya, aku ni dah lama tak sembang, maka
terkeluarlah peragai lama aku yang sekian lama aku cover.. ha3…… memang tak
boleh laaaa.. syok sangat.. hmm.. diorang relax la time tuh sbb esok tak de
exam SPM daaa n cuti seminggu.. tp tak boleh balik , sebab sekolah dah atur
program untuk diorang daaa..
SEMOGA BERJAYA SEMUA SPM DAN STPM
Pastu je terus g PSS, segan pun ada, dah la tak ade kaitan
apa-apa lagi, dah kene jemput g jamuan sama-sama.. rezeki datang KASAS la
gamaknya.. Alhamdulillah. Kitorang time tu memang plan nk balik awai sebab
sekarang ni musim hujan.. so nak balik cepat la. Tambah-tambah AZAM n ink drive
jauh… so dapatlah join sekejap event tuh.. sedap makanan nyee.. pada mulanya
tak nak join, tapi atas desakan kak YUS, dia nk kitoarng join jugak, THANKS KAK
YUS n sume yang lain… memang sedap laaaa.. SPAGETTI nyeee.. aku sukaaaa….!!!!
Abis je kami, bergerak pulang ke TELUK INTAN, tak ke
mana-mana pun memandang huja n dah mulai turun, agak lebat.. Alhamdulillah selamat
sampai ke rumahnya.. THANKS AZAM, hantar sampai depan umah aku lagi tuh.. hi3..
BTW, nice hang out…
| time on the way nak g seberang |
| hmmm.. kat belakang dewan dah tak de pokok, boleh nampak daaa rumah belakang.. |
| jamuan yang tetibe je ada. |
| amboi.. bestnyaaa |
| masjid yang penuh dengan drama.. |
![]() |
| bersama senior KASAS dan KAK YUS |
Alhamdulillah, dapatlah spend masa seharian di sana.. tak
terkata.. banyak jugaklah, nasihat guru-guru kat kami, insya allah.. segala yang baik akan kami kekalkan.. terkilan jugak tak kesempatan tak jumpa semua.. insya allah, andai ada masa terluang lagi, kami akan menjejakkan kaki ke sana...
janganlah kita lupa asal usul kita
ba kata petapah janganlah jadi seperti kacang yang melupakan kulit


No comments:
Post a Comment