Aku lebih rela ada musuh yang jujur membenciku daripada mempunyai kawan yg hanya nampak gembira dihadapanku tetapi membenciku di belakangku.

Thursday, 3 January 2013

Trivia 2012 :PART 2:



Assalamualaikum.

Ini 2012.2 maknanya part two. So sepanjang tahun 2012 banyak jugaklah cerita-cerita yang menarrik bagi aku mungkin seronok dan mungkin jua tidak. Dan aku sangat bersyukur sekali dengan apa yang telah dikurniakan kepadaku. Sememangnya segalanya dari-NYA yang menguji kesabaran, ketabahan dan jua keikhlasan aku dalam mengharungi apa jua keadaan mahupun rintangan. Ini semua dugaan dariNYA. Walaupun perkara itu indah sekali manapun, mungkin itulah dugaan yang harus kutempuhi.

#Ta’aruf Week Programme 2012/2013
Bermulanya aku dengan mengisi boring bagi menjadi salah seoarang ahli, roommate aku semua ambik yang mana ambik dua tahun pengajian. So aku pun tak lepaskan lah peluang untuk sama sekali ambik. Memandangkan cuti tak tahu nak buat apa, so ada jugaklah pengisiannya. Alhamdulillah, petang selepas abis je kelas. Aku meneria panggilan dari nombor yang tidak aku kenali, pada mulanya malas nak angkat sebab tak kenal. So bila angkat suara tuh mengatakan yang aku terpilih sebagai Head Publicity and Protocol untuk Ta’aruf Week Programme 2012/2013. Aku pada mulanya memang agak terkejut, mana taknya ini adalah salah satu program terbesar CFSIIUM. Takut, risau semua ada, yelah nak jadi ketua untuk biro dengan komitinya yang tak tentu lagi. Aku mendiamkan diri sahajalah. Maka telah bermulalah induction TAWE. So aku agak gugup dan gementar jugaklah untuk bertemu bersama head-head dan assistant-assistant yang lain serta komiti dalam biro ku jua. Risaulah, aku ini tak de la layak mana nak jawat jawatan yang bagi aku amat besar sekali tanggungjawabnya. Alhamdulillah, tidak seperti yang kuduga, kesemua komiti biro aku memang amat sporting abis. Lebih-lebih lagi biro PUBPRO, so memang sakan bergambar laa. Tak juga aku terima banyak jua komen dari biro lain mengenai komiti biroku. Biasalah, cubit peha kanan, peha kiri terasa jua. Sememangnya sangat penat. Tapi keceriaan dan kegembiraan ahli biro ku membuatkan aku gembira tatkala melihat mereka, ibarat sebuah keluarga besar. Aku sejujurnya agak blur dalam urusan ini. Tugas kami memang Nampak mudah tapi tak semudah yang disangkakan. Tugasan menyiapkan signage, lagu-lagu yang berkaitan dan jua poster-poster adalah tugas utama kami. Alhamdulillah, selesai jua program ini dan aku sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang telah memberi aku sokongan mahupun dorongan untuk terus menjayakan program ini. Panggilan ‘PAPA’ masih lagi terpahat dan teringing-ingang dalam ingatn lubuk sanubariku. Walaupun hanya 2 minggu kita kenal, namun keakraban yang terjalin tak tumpah sekian lama telah mengenali antara satu sama lain. Bukan takat biro sendiri sahaja malahan komiti TAWE yang lain jua telah kukenal. Secara tak langsungnya, aku dapat mengenali warga CFSIIUM dengan lebih ramai lagi. Ketika itu, ada jua sebilangan MRC menyertai program ini seolah-olah menjadikan satu platform gathering buat kita semua. 






#MRC Mahallah abu bakar
Ok, memandangkan MRC kali ini telahpun dibubarkan dan untuk sesi seterusnya tetap diteruskan pada awal semester 1 lagi bagi sesi 2012/2013. Alhamdulillah, sekali lagi aku telah diberikan tanggungjawab untuk terus menjadi sebahagian daripadanya untuk kali yang kedua. Memandangkan aku ini boleh dikatakan senior ataupun orang lama dalam organisasi ini, aku harus banyak belajar untuk memperbaiki setiap kelemahan pada diriku jua. Kali ini mungkin agak berbeza, tidak seperti dulu sahabat-sahabat MRC mahallah aku, ramai telah graduate dan hanya aku seorang sahaja, memang terasa satu kehilangan dan kesunyian. Kemesraan antara kita semua terjalin memang tak mungkin aku lupakan. Kali ini, dapat jua aku menambah kenalan seMRC di seluruh CFSIIUM ini, Alhamdulillah. Dengan sokongan dan dorongan dari mereka aku mampu ‘berdiri’ untuk terus lakukan yang terbaik. Insya ALLAH. Misi yang paling penting dalam organisasi kali ini. Aku menjadi salah seorang mainboard untuk program “International Communty Services” . semoga kita semua mendapat keberkatan dari-NYA. 


No comments:

Post a Comment