Assalamualaikum.
Alhamdulillah, kali ini lepak-lepak jap di rumah. Tetiba je, terlintas pulak nak belek-belek blog ini. Sebenarnya
rasa terharu sangat, masa Form 4 dulu aku ada bersekolah di SBPI SABAK BERNAM
namun apakan daya, rezeki aku hanya sekejap sahaja. Aku pidah kembali ke
sekolah lama. Walaubagaimanapun sekali, aku rasa bersyukur sangat mereka (sahabat-sahabat
di INTESABER dan cikgu-cikgu di sana still lagi aku contact dan mereka cukup
mesra sekali). Alhamdulillah betapa nikmatnya erti sebuah persahabatan,
pertambahan kenalan aku jua di sana. Dan setelah kembali ke sekolah lama, aku masih
lagi teringatkan akan mereka terutamanya kelas 4 HIDAYAH kelas yang mana aku
ditempatkan setelah mendaftar di sana. Masih lagi aku mengikuti perkembangan
mereka di blog rasmi kelas. 5 HIDAYAH 2010 . Nampak nya
mereka sudahpun berjaya. Alhamdulillah. Sudah merata-rata mereka berada sama
ada dalam amhupun di luar Negara. Semoga kalian semua terus sukses di samping
mendapat keberkatan daripada-NYA. Semoga apa yang dihajati dan impikan akan
terus menjadi kenyataan. Sesekali bertandang ke blog itu, terasa rindu kalian
semua. Sejujurnya, aku masih lagi tidak mengenali semua ahli HIDAYAH, namun
salam perkenalan aku tujukan buat kalian semua..
Semoga dengan ikatan yang terjalin di bumi INTERSABER akan terus tersemat dalam hati sanubari dan hingga akhir hayat kelak. amin.

No comments:
Post a Comment