Hari ini tanggal 6 JANUARI 2012, dan semestinya malam ini
TV3 akan menjadi penyiar rasmi untuk ANUGERAH JUARA LAGU 27 yang mana ini
merupakan acara tahunan bagi industry hiburan (nyanyian) tanah air. Jadi setelah
berlangsungnya separauh akhir yang lalu, kini mereka menanti tiba masa untuk
membuat persembahan kepada seluruh penonton dan akan dinilai oleh juri-juri
yang hebat belaka. Malam ini AJL27 akan diadakan di STADIUM PUTRA, BUKIT JALIL
dengan tema nya GABUNGAN SENI DAN MUZIK.
#GABUNGAN SENI DAN MUZIK secara totalnya, aku lihat
sememangnya ada kaitan antara kedua elemen tersebut. Dilihatkan dari segi
design poster dan juga desin gambar finalis sebagai promo sangat kreatif
sekali. Beginilah design-design zaman sekarang simple dan nice. Tak mahu dah
yang agak berserabut segala corak nak bubuh.
Sebanyak 12 lagu akan dipertandingkan, melihatkan persaingan
secara sihat antara kesemua lagu yang terpilih bagi kelayakan AJL27 kali ini
memang amatlah ketara sekali. Kebanyakan lagu yang akan dipertandingkan ialah
lagu yang sangat popular dan mudah diterima oleh para pendengar dan penggemar
kepada penghibur berkenaan.
1. Idola ( Azlan and the Typewriter )
2. Pelangi senja ( Stacy )
3. Terukir di bintang ( Yuna ) bakal dinyanyikan oleh Aizat
4. Anak kampung ( Jimmy palikat & One Nation Emcee)
5. Ombak Rindu ( Hafiz & Adira )
6 .Tanpamu ( Amir Jauhari )
7. Lagu ( Bed Room Sentuary )
8. Teman Pengganti ( Black & RJ )
9. Ku Akui ( Hafiz )
10 .Simetri ( Hazama & Amy Search )
11. Andai ku Bercinta Lagi ( Mojo )
12. Patah Seribu ( Shila Amzah )
2. Pelangi senja ( Stacy )
3. Terukir di bintang ( Yuna ) bakal dinyanyikan oleh Aizat
4. Anak kampung ( Jimmy palikat & One Nation Emcee)
5. Ombak Rindu ( Hafiz & Adira )
6 .Tanpamu ( Amir Jauhari )
7. Lagu ( Bed Room Sentuary )
8. Teman Pengganti ( Black & RJ )
9. Ku Akui ( Hafiz )
10 .Simetri ( Hazama & Amy Search )
11. Andai ku Bercinta Lagi ( Mojo )
12. Patah Seribu ( Shila Amzah )
Semoga terus membuat persembahan yang terbaik untuk penonton
semua.

No comments:
Post a Comment