Assalamualaikum....
Tinggal beberapa lagi ke 20 JANUARI sahaja lagi DANE akan
terus menyambung pengajian di CFSIIUM dalam jurusan asasi seni bina, maka
dengan ini secara rasminya ialah semester 3 bagi sesi 2012/2013 dan ini juga
semester terakhir DANE sebelum melangkah ke peringkat ijazah. Insya allah.
Namun begitu, ada beberapa lagi tugas yang perlu aku galas
sepanjang semester 3 kelak. Insya allah, aku akan terus lakukan yang terbaik. Dan
semester ini DANE akan mengikuti 2 subjek sahaja, memang la Nampak macam senang
je kan. 2 je..?? Tapi hanya diri ini
sahaja yang mampu untuk lakukan yang terbaik total semua kelas 14 jam dalam
masa seminggu. Alhamdulillah dah tengok jadual. Macam biasa la, orang memang
tak nak jadual kelas hari jumaat, apakan daya. Hari jumaat petang ada kelas
sampai pukul 5pm. Terima je la, tapi manalah tahu ada perubahan. Hi3. Maka semester
3 ini akan bermulalah perjalanan aku untuk terus mencapai cita-cita dalam
ijazah nanti. Insya allah, aku ingin terus melanjut dalam bidang architecture. Semoga
impian dan cita-cita aku sejak dari kecil lagi menjadi kenyataan. Amin…..


No comments:
Post a Comment