Aku lebih rela ada musuh yang jujur membenciku daripada mempunyai kawan yg hanya nampak gembira dihadapanku tetapi membenciku di belakangku.

Sunday, 27 January 2013

Kembali ke KASAS..



Assalamualaikum.

Memandangkan minggu ni dah masuk balik kampus, memandangkan cuti ‘berbulan madu’ selama 3 bulan lamanya. Kini melangkah ke kampus dengan azam dan juga umur pon dah mencecah 20 tahun. So minggu ini, kelas tuk kos aku memang belum start lagi. Apa lagi, aku ambik kesempatan la untuk balik, memandangkan cuti lama la jugak panjang lak tuh + ada komitmen lain kat umah sebab parents ada hal. And then baba pon kasi balik umah, so apa lagi on je la. Mula-mula agak risau la jugak sebab nak balik kene beli tiket on the spot, risau la tiket balik TELUK INTAN abis. 

Tibe je kat umah, baba ajak esok (JUMAAT 25 JAN) ke SMKASAS nak ambik adik aku yang dok asrama balik dan ambik jugak bantuan awal persekolahan RM 100 kat sekolah. So, alang-alang dah ajak aku pon apa lagi ikut la, boleh jugak jumpa cikgu-cikgu kat sana, lagipon dah lama tak bertandang ke KASAS dah. Dan aku ambik kesempatan la jugak ke kedai yang jual barang-barang kos aku ni. Dekat teluk intan ade je, tapi mahal nak mampus. Ada suatu ketika tu aku pergi kedai buku, tanya la harga ‘technical pen FABER CASTELL’ tu, terkejut aku bila tengok harga RM170. Mahal giler. Even kat KL yang orang kata mahal tuh pon harga nye RM99. Oh, mati-matian kene tipu. Dan aku mulalah membebel kat orang tuh, dia pon cakap la, bla blaaa bagai.. hmm.. so kesempatan aku ke kedai yang memang special jual barang-barang untuk student yang ambik kos-kos design la. Manakan tidak, kedai tu dekat je dengan UiTM SERI ISKANDAR yang ada kos design, so memang kene ada lah kedai tu untuk memudahkan pelajarnya. 

Bilaman tiba je kat KASAS, aku terkesima melihat satu signboard besar yang diletakkan di pintu utama sekolah, sedikit rasa bangga dan kagum, rasa nya tersangat bangga la jugak. Kedudukan sekolah itu dah la laluan highway IPOH-LUMUT, so orang yang drive kat kawasan tu memang boleh nampak la kan. Terpangpang besar dan gah ‘Cluster School Of Excellence’.. 



Masuk je dewan ada ucapan semua bagai, hari ini aku masuk dewan sebagai tetamu. Memang terkenang jugaklah kenangan time masa jadi student dok dalam dewan. Manakan tidak, bila orang tengah bagi ucapan je sure tidur tak pon sembang. Ha3. Pastu abis je ucapan semua, parents semua ambik duit dari kaunter kelas masing-masing. Dan ketika itu aku menghilangkan diri dan berjalan merata-rata jap. Dapat jugaklah jumpa cikgu-cikgu sana tanya khabar. Kali ini dapat jumpa ramai cikgu jugaklah, sebab semua tertumpu kat dewan so memang ramai la. Sebelum ini pernah datang tapi semua cikgu ada komitmen lain. Ajar pelajar la bagai. So memang tak dapat nak jumpa la. Kali ini seriously best dapat jumpa ramai cikgu-cikgu. Alhamdulillah, semuanya sihat-sihat belaka. 

Pastu, ambik adik aku balik umah terus. Dan aku cuti jugak, cuti sampai hari isnin. yyeyeeaaah..!!


1 comment: