Aku lebih rela ada musuh yang jujur membenciku daripada mempunyai kawan yg hanya nampak gembira dihadapanku tetapi membenciku di belakangku.

Thursday, 3 January 2013

LOCUS : Barang module HILANG :



Assalamualaikum.

Alhamdulillah, secara rasminya kini telahpun bergelar seorang insan yang berumur 20 tahun walaupun belum tiba hari lahir yang ke-20 lagi, tapi bersyukur kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk terus berbakti beribadat kepadanya. Hari ini adalah hari yang ke-3 bagi tahun 2013 ini.. 2 0 1 3… 20 umurku, hari ini bulan 1, dan tarikh hari ini 3 haribulan.. alhamdulillah, kebetulan je. 

So, sepanjang di tahun 2012, pelbagai pahit getir mahupun kebahagian kemanisan telahpun kutempuh, semuanya membuatkan diriku bertambah pengalaman dan kematangan tu kian bertambah. Segala-galanya dapat jua kutempuhi dengan keberkatan-NYA , insya allah. Tahun 2012, menyaksikan satu perubahan yang boleh dikatakan sangat besar dalam kehidupan ku kini yang bergelar seorang mahasiswa di salah sebuah universiti  tempatan di Malaysia kini. Aku melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina yang telah lama aku idamkan. Segalanya kian mengahmpiri untuk terus kukecapi impian dan hasratku. Permulaan tahun 2012, aku telah melangkah ke semester 3 bagi tahun pertamaku di CFSIIUM ini.  Rasa macam tak sangka je yang rupanya aku jua telahpun meninggalkan alam persekolahan untuk tahun yang ketiganya. 

#MRC events.
Alhamdulillah, permulaan tahun 2012, sangat bermakna bagi aku. Sepanjang aku berada di CFSIIUM, aku memegang jawatan dalam satu organisasi yang dikenali MRC (Mahallah Representative Committee). Bagi semester 3 sesi 2011/2012, banyak pengalaman yang bermakna aku bersama mereka. Seronok sangat, sebab masa tu boleh dikatakan aku masih lagi junior antara yang lain. Program yang paling aku tak boleh lupa ialah LOCUS. Di mana, program ini merupakan program yang dikendalikan sepenuhnya oleh MRC CFSIIUM, dan tuan empunya program ini ialah mahallah aku sendiri. Alhamdulillah, aku telahpun ditugaskan untuk menjawat biro special task dan preparation & technical bersama 2 orang sister yang lain. Kali ini, aku agak gugup la jugak sebab pertama kali jadi head biro dah la gabung 2 biro lak tuh, mula-mula agak susah la jugak, tapi aku banyak dibantu oleh ahli biro aku mahupun komiti yang lain. Yang paling aku tak lupa, bila tibe je tempat event barang-barang untuk module ‘hilang’. Aku tak pasti lagi sama ada hilang ataupun tinggal dalam bas. Sampai sekarang misteri ini masih lagi belum dirungkaikan. Time tu aku agak cuak jugak la. Ye la, program kat sana banyak gunakan barang so agak bersalah jugaklah, sebab barang tu tak de. Tapi Alhamdulillah barang semua dapat di cari, so gunakan back-up plan la. Terima kasih semua..!! Secara totalnya, aku macam enjoy-enjoy sertai program ini. Best jugak kalo jadi komiti. Aku tak de la selalu bersama student untuk module program fasi, so aku melepap kat kantin je la, kantin kami jadikan tempat untuk masak. So memang best jugak la, banyak kenangan yang aku dapat time LOCUS ini, dan komiti sume sporting-sporting je, dapat jugaklah tolong masak, potong-potong sambil tu sembang-sembang. Dan yang paling penting kerja aku adalah ‘basuh periuk mangkuk’ so kene sental laaaaaa… btw, inilah event yang paling best aku join.




#Traditional and cultural week
kali ini aku agak bertuah sekali kerana terpilih untuk menjadi penolong setiausaha bagi program ini. Actually program ini amatlah besar sebab seluruh MRC CFSIIUM sama-sama join, memang banyak meeting dan komiti pon banyak. Ada banyak event, charity dinner, telematch dan carnival jualan. Dan kali ini tak kurang juga hebatnya sebab boleh kenal-kenal dengan semua komiti MRC CFSIIUM, beruntung sangat dan macam satu family.

#LTW, dorani.
Kali ini, leadership and training workshop kat haji dorani di sg besar. Kali ini tak macam LTC yang banyak ceramah, kali ini banyak dalam group. So kali ini memang agak berbeza dari LTC. Event-eventnya best sangat. Sampai ada juga perangai yang tak pernah kita lihat sebelum ini semuanya terkeluar. Ada pertandingan memasak , candle war game la. Agak lawak jugak la, bila main game ini dah la tengah malam. Pastu kene marah sebab main macam hampeh, pastu KING LI boleh buat lawak la pulak. Best weiii… gelak-gelak sakan malam tuh.

#RMDD appreciation day
Setelah selesai satu sesi 2011/2012, akhirnya MRC CFSIIUM telahpun sampai ke penghujungnya. Dan jawatan semua dibekukan untuk ambilan yang baru. Kali ini agak sedih jugak la, setelah sekian lama bersama MRC akhirnya berpisah jua di penghujungnya, banyak kenangan mahupun dugaan yang kita sama-sama tempuhi.  Yang paling best, ari tu aku kene baca puisi untuk MADAM ROSE deputy dean RMDD. Ini semua idea kak ros la jugak, thanks kak rose. So kene lah aku baca. Sdewan gelap gelita past uterus aku kuar baca puisi, main hantam je puisi tu bagai entah pape tapi ada juga maknanya. Hi3. Pastu abis je event terus pulang. Sedih….!!!

PARLIMEN MRC CFSIIUM 2011/2012 dibubarkan

Semoga ikatan unkhwah antara kita semua berkekalan hingga akhir hayat bersama kalian semua.



WE'RE BIG FAMILY.

No comments:

Post a Comment