Aku lebih rela ada musuh yang jujur membenciku daripada mempunyai kawan yg hanya nampak gembira dihadapanku tetapi membenciku di belakangku.

Wednesday, 16 January 2013

SBP....!!!



Assalamualaikum.

Tahun 2013, tahun baru, azam baru sekolah pon nak baru la jugak. Hari ini, keputusan ke Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran Malaysia (SBP KPM) telahpun keluar melalui internet je. Nak cek ini link nye.. SEMAKAN KE SBP TINGKATAN 4 sudah menjadi satu kelaziman terutamanya di sekolah menengah ku yang dahulunya memang saban tahun akan ada pelajar yang daang mahupun pergi meninggalkan bumi KASAS, seorang demi seorang terima tawaran , tak kurang juga yang menolak atas sebab-sebab tertentu da nada juga yang ingin berubah angin ke sana kerana semasa tingkatan 1 tidak kesempatan lagi ke sana. Memang bumi KASAS banyak melahirkan pelajar yang cemerlang, namun semuanya pergi meninggalkan bumi itu demi mengejar cita-cita dan impian masing-masing. Semuanya bergantung pada rezeki dan nikmat yang dikurniakan. Yang mana teringin sangat nak ke sana dan tidak berjaya, anda boleh kemukakan rayuan secara online, manalah tahu rezeki dapat untuk intake yang seterusnya.

Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya. Semoga dengan tawaran dan kemasukan kalian ke SBP akan terus membakar semangat kalian semua untuk terus cemerlang dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Semoga terus cemerlang di dunia dan di akhirat. 






No comments:

Post a Comment