Aku lebih rela ada musuh yang jujur membenciku daripada mempunyai kawan yg hanya nampak gembira dihadapanku tetapi membenciku di belakangku.

Saturday, 1 September 2012

sebuah pelayaran..

tadi belek2 je kat lappy ni terjumpa la satu file, rasanya inilah kenangan terindah. kami pada awalnya memang bercadang nak buat novel (angan-angan), manalah tahu rezeki ada..  so semoga korang sume enjoy baca.. ok..!!!



SEBUAH PELAYARAN

Kisah bermula dengan penceritaan perihal watak utama Danish Daniel. Beliau dikenali sebagai Dani oleh teman-temannya. Dani sialah seorang pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah agama yang terkemuka di negeri Perak. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah. Di sekolah, Dani dikenali sebagai seorang pelajar yang aktif dalam bidang ko-akademik. Dani telah diberi kepercayaan oleh guru-guru disekolah tersebut unutk memegang pelabagai jawatan utama di sana.  Oleh kerana itu, Dania mat dikenali disekolahnya. Dani mempunyai  dua orang kawan baik disitu, Zaiqa Nazril Fuad dan Damia Elham . Persahabatan mereka telah terjalin sejak mereka mula menjejakkan kaki di sekolah itu, iaitu sejak di tingkatan satu lagi. Pelbagai saat suka dan duka telah mereka lalui bersama sehinggalah mereka Berjaya menempuh peperiksaan SIjil Pelajaran Malaysia sekitar bulan November 2010. Setelah peperiksaan tamat, mereka bertiga masing-masing membawa diri ke haluan sendiri. Mereka hanya berhubung melalui telefon dan khidmat pesanan ringkas. Hanya Dani dan Nazril sahaja yang sering berjumpa hal itu kerana tempat tinggal mereka tindak berjauhan. Berlainan pula dengan Damia yang tinggal jauh di Hulu Perak.



Setelah beberapa bulan, keputusan SPM diumumkan. Namun , Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Nazril dan Damia kedua-duanya mendapat keputusan yang baik. Tetapi tidak buat Dani. Bak kata pepatah, disangkakan panas hingga kepetang, rupanya hujan ditengaha hari. Dani begitu hampa dengan keputusan yang  diperolehinya. Nazril dan Damia lah yang menjadi pendamai hatinya. Bagi Dani, segala peluang baginya telah tertutop. Impiannya untuk menjadi seorang wartawan penyiaran yang terkemuka ditanah air hancur berkecai. Pada saat dan tika itu, Dani kembali kepada penciptanya, Dani berdoa dan terus bermunajat kepada Yang Maha Esa, memohon sedikit kekuatan daripada kekuatanNya untuk menghadapi  dugaan ini. Alhamdulillah, Allah Maha Penyayang. Dani mendapat kekuatan untuk menghadapi hakika hidup ini. Untuk melupakan masalah nya, Dani telah bekerja di sebuah syarikat percukaian Ayusyam Enterprise. Disitu Dani telah belajar sedikit demi sedikit tentang selok belok dunia perniagaan. Dalam pada masa yang sama Dani telah mengambil peluang tersebut untuk memohon segala apa jenis institusi pengajian tinggi yang ada.

Nasib Dani baik, dia telah dihujani dengan pelbagai panggilan temuduga samada dalam dan luar Negara. Setelah tawaran demi tawaran yang datang,Dani telah memilih untuk melanjutkan pelajarannya di peringkkat Persediaan Keusahawanan Sains Universiti Malaysia Kelantan di kolej mara kulim. Dalam pada masa yang sama,Nazril  kini sedang melanjutkan pelajarannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan seni bina. Manakala, Damia pula dalam proses persediaan unutk ke Universiti Mut’ah, Jordan dalam jurusan Syariah ( Fiqh wa Usul).


Di kolej itu, Dani telah berkenalan dengan ramai pelajar yang dating dari seluruh pelusuk tanah air. Jauh disudut hati Dani, dia amat cemburu dengan Damia. Tetapi, Dani kuatkan semangatnya. Disana , Dani bersama 18 orang pelajar lagi merupakan kumpulan perinits untuk program persediaan itu. palajar yang mengikuti program ini akan diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran mereka di Unversiti Malaysia Kelantan sekiranya mereka memperolehi gred PNGK 2.0 dan keatas. Bagi Dani ini adalah peluang terbaik buatnya untuk mencapai cita-citanya. Sepanjang tempoh setahun dipersediaan itu, Dani telah menunjukkan kecemerlangannya didalam bidang akademik. Adat berkawan, sudah berkawan pasti ada yang tertaut. Begitu juga Dani, Dani telah terpikat akan keayuan dan kelembuatan salah seorang pelajar dalam jurusan yang sama. Tetapi Dani hanya berdiam diri, baginya biarlah jika wanita itu benar-benar pemilik rusuknya yang telah hilang sekian lama ini, pasti wanita itu tidak akan kemana. Ia akan datang kepada pemilik asalnya. Itulah prinsip yang dipegang oleh Dani dalam percintaan.  Hasrat Dani apabila selesai program persediaan ini, Dani ingin meneruskan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Pembangunan Produk) dengan kepujian.  Baginya kegagalan semasa dibangku sekolah sebelum ini bukanlah penghalang untuk dia mengecapi kejayaan yang cerah dimasa akan datang.

Apa yang diimpikan Dani menjadi kenyataan. Dani telah Berjaya untuk melayakkan dirinya untuk ke UMK. Namun bayangan wanita yang masih pernah hadir kedalam hatinya tidak pernah padam. Dalam kesibukan menghadiri  menghadiri kulia pada suatu hari, Dani telah bertembung dengan wanita idamannya itu, Sakina. Sakina kini menuntut di Universiti yang sama dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Geosains). Pertemuan itu hanya berlansung hanya untuk beberapa minit. Kerana mereka masing- masing sibuk dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Semasa disemsta ke-2, Dani telah mendapat satu berita buruk daripada Nazril bahawa teman baik mereka Damia, telah pergi menyahut panggilan Ilahi. Kapal terbang yang dinaiki Damia dan pelajar Malaysia yang lain telah “hijack” oleh pengganas. Malangnya, semasa usaha menyelamat sedang dijalankan, Damia dan dua lagi penumpang pada ketika itu telah dijadikan tebusan dan mereka telah terbunuh memasa bergelut dengan pengganas tersebut. Bigitu kejam dunia, dan itulah lumrah alam. Maut menjemout tidak mengira umur dan jantina.  Pada ketika itu, Dani sedar bahawa dia telah kehilangan seorang sahabat sejati. Sedang Dani duduk menenagkan perasaan, kebetualn Sakina datang dan menyapa dari belakang. Kelihatan air mata kesedihan mengalir dipipi Dani. Sakina mengerti, Dani perlukan sokongan dan dorongan pada saat dan tika itu. Sakina duduk bersama Dani dan cuba untuk menenagkan Dani. Bermula dari situ hubungan mereka semakin akrab. Mungkin wanita yang memiliki rusuk Dani selama ini telah hadir untuk memulangkannya kembali. Keayuan dan kelembutan Sakina sebagai seorang waninita muslim yang berpendidikan benar-benar telah menambat hati Dani.

Setelah empat tahun menuntut di UMK, Dani telah Berjaya untuk mendapatkan segulung ijazah. Kini Dani telah memegang jawatan yang besar disebuah syarikat terkemuka di Negara ini. Kini dia mejawat jawatan ketua operasi jabatan pembangunan produk di Jakel Trading, sebuah pusat tekstil yang terkemuka dinegara ini yang berpengkalan di Johor Bahru. Manakala sakina pula telah mula menapak dlam bidang Geologi dalam misi penemuannya untuk bertemu dengan kerjaya impiannya. Seorang pakar goelogi Malaysia. Dunia penuh kesibukan kini melanda mereka berdua. Ini menyebabkan mereka jarang sekali untuk bertemu. Ditambah pulan dengan jarak antara mereka berdua. Dalam kesibukan itu,  Dani teringat akan perjanjian murni antara dia, Nazril dan arwah Damia. Mereka telah berjanji untuk menerajui tampok kepimpinana Negara berdasarkan bidang yang mereka ceburi. Mengenangkan saat itu, sekali lagi Dani mengalirkan air mata. Dia tekenangkan saat2 bersama Damia. Alangkah indahnya saat itu. dani teru mencapai talifon bimbitnya dan mendail Nazril. Mereka saling bertukar-tukar cerita. Rupa-rupanya nazril kini sedang bertugas sebagai seorang arkitek disebuah syarikat di Singapore. Itulah takdir Allah yang Maha Esa. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan.



Kini usia Dani sudah mencecah 25 tahun. Sedar tidak sedar hubungan Dani dan Sakina bertamabh akrab walaupun mereka sama-sama sibuk bekerja. Tetapi setelah satu kejadian yang menimpa Sakina pada hujung tahun lepasa, hubungan mereka kembali terjalin. Pada tahun lepas, Sakina harus menghadiri satu seminar berkaitan penyelidikan sumber petroleum di Johor. Kereta yang dianiki Sakina telah terbabas di bahu jalan dan pada masa yang sama Dani baru pulang dari pejabatnya melalui jalan yang sama. Dani berhenti untuk melihat paap yang telah terjadi. Alangkah terkejutnya apabila dia dapati mangsa kejadian itu ialah Sakian. Sakina telah dikejarkan kehospital dan ditempatkan di unit rawatan rapi. Tetapi, syukur kepada ilahi, setelah beberapa minggu Sakina kembali pulih. Bermula sejak itulah hubungan mereka kembali terjalin. Dani mengambil keputusan untuk berjumpa dengan ibu bapa Sakina. Maka pada hujung tahun 2020 berlangsunglah majlis perkahwinan antra mereka. 15 tahun berlalu, kini Dani bergelar seorang usahawan tekstil yang tersohor di tanah air. Pengalaman bekerja di Jakel Trading benar2 banyak membantu. Sakina pula kini telah berja untuk mengejar cita2nya dan mendapat gelaran pakar geologi Malaysia. Nazril pula sudah memiliki syarikatnya sendiri dan kejayaan yang paling berharga buatnya ialah dia bertinda sebagai pereka lanskap untuk  ibu Negara Malaysia. Dani pula telah Berjaya untuk mencipta pakaian muslim yang tahan panas dan kalis air hasil bantu dan gabungan pengetahuannya dan isteri tercinta.





2 comments:

  1. ewah..ada bakat menulis ler..teruskn usaha..mner taw leyh jd novelist nntikan..insyaAllah..:)

    btw,best2..*thumbs up..^^

    ReplyDelete
  2. thanks, btw, credit to my frenz too..

    ReplyDelete