alhamdulillah, minggu ni DANE agak ke'busy'an.. byk moooodddd ilang.. nak buat ni tak de nak buat tu pun tak de mood.. so, alhamdulillah dapat la jugak share2 ngan member-member mana -mana yang patut diluahkan... insya allah.. sedang asyik dengar lagu ni.. nasyid.. MENANGIS DI BAHUKU... nyanyian kumpulan FIRDAUS... dan byk la kali ni aku denagr lagu nasyid, ye laaa,, baru dapat supplier lagu dr member aku la katakan.. hi3... tetibe jee, teringat pulak nk post somtin kat BLOG nih.. ye laaa dah lama tak update pape...
ok...!!!! kali ni DANE nak cer tentang BERSATU.. memandangkan aku kali ni banyak belajar dengan satu perkataan tuh... B.E.R.S.A.T.U memang tak dapat dinafikan dalam kehidupan ini, kita memang tidak lari dari gaya hidup dalam satu komuniti. segala-gala, kita ni sangat memerlukan orang lain dapat menyokong dan membantu kita dalam apa jua keadaan dan macam-macam lagi. mustahillah kita ni ndapat hidup keseorangan.. AKAN TETAPI.....!!! mungkin ada dalam kalangan kita yang lebih gemar bersendirian dan menyendiri sendiri.. bak lagu nasyid ni laa.. SENDIRI MENYEPI....
macam ni, walau apa jua keadaan dan situasi, kita sangat memerlukan orang lain untuk membantu kita jua..
satu analogi nya.. ibarat.. BATU...
bagaimana nak stabilkan bilangan batu yang banyak dalam satu kedudukan..??
pelbagai saiz, bentuk dan berat.. masing-masing memang memainkan peranan yang amat penting untuk keseimbangan batu tersebut.
samalah, macam kita sendiri, kita ini dilahikan dalam pelbagai wajah, karakter, sifat dan bentuk.. maka dengan ini, dapatlah menyeimbangkan kedudukan kita, sebagai contoh. dalam sebuah kumpulan untuk menghasilkan MENARA MANUSIA...
adakah mungkin, kita yang sama saiz mampu membentuk menara manusia..?? sudah semestinya tidak....!!
kita sememangnya memerlukan bantuan dari semua orang. tidak kiralah yang kecil, sekecil zarah sekalipun dan ssebesar-besar gajah sekalipun. ini semua sanagt penting..
~ jadi, janganlah kita memendang rendah dan ringan terhadap orang yang memiliki fizikal yang rendah dan merasakan dirinya TIDAK PENTING....!! namun sebaliknya, orang tersebutlah banyak membantu dalam menggerakkan dan membina ikatan antara satu sama lain. maka, dengan ini.. janganlah ada di antara kita jua yang berhidung tinggi dengan kemampuan yang kita miliki, kerana kita ni semua hidup dalam keadaan yang saling bergantung antara satu sama lain. NIKMAT YANG KITA PEROLEH ADALAH KURNIAN DARI-NYA... kita hanyalah meminjamnya hanya untuk sementara waktu dan ujian NYA ke atas kita.
SAMA ADA kita ini BERSYUKUR atau TIDAK.........???

No comments:
Post a Comment