Aku lebih rela ada musuh yang jujur membenciku daripada mempunyai kawan yg hanya nampak gembira dihadapanku tetapi membenciku di belakangku.

Saturday, 29 September 2012

aku diseru...!!!


assalamualaikum...

alhamdulillah baru kali ni DANE berkesempatan nak update entry dalam blog nih.

baru-baru ni, alhamdulillah organisasi aku telah menjayakan dan melaksanakan satu forum yang bertajuk "DEMI-MU KUSERU", wwwwwaww, bila dengar je tajuk ni sure rasa macam pelik je.. seram + sejuk pulak tuh.. hi3.. tak de la.. actually tajuk ini adalah untuk mengajak orang ke arah kebaikan dan menghindar kemungkaran itu je... biasalah kalo nak buat tajuk tu kene la lain cikit tak nak klise dan capai matlamat, janganlah yang merepek pulak tuh.. ok..

ceritanya bermula begini, actually aku dan book tarikh 24-25 SEPTEMBER 2012 untuk guna hall yang ada kat CFSIIUM ni, dan aku rancang nak buat event lain. btw, aku dah tak de idea dan agak kelewatan untuk melaksanakan event tuh. so alhamdulillah sahabatku, bercadang untuk isikan tarikh tuh dengan sesuatu yang lain tapi bermanfaat untuk semua orang di CFSIIUM nih, thanks sangat..

24 september, kami berjaya menayangkan satu filem berjudul, 
VALLEY OF THE WOLVES PALESTINE


dan yang paling besar iaitu , 25 SEPTEMBER 2012.
dimana kolaborasi antara organisasi brother dan sister untuk event 
DEMIMU KUSERU

pelaksanaan event ni bagi aku rasanya lain dari yang lain, aku diletakkan dalam biro 
PUBLICATION AND PROMOTION 
bersama 2 orang yang lain, sorg bro n sorg sis. kitorang Ok je laaa, n then memang gerak kerja kali ni bagi aku agak teratur dan kemas sekali.buat kali pertama nye kami menggunakan portfolio, idea dari PM event ni sendiri. so far,  kali ni semua komiti memang dah tahu apa itu event ini dan gerak kerja dari biro masing-masing telah pun di atur dengan begitu rapi. alhamdulillah, pengajaran dari event lepas memang sangat memberi impak dalam menganjurkan event-event mendatang. walaupun bilangan komiti yang agak sedikit.  dan pengajurannya agak besar dan meluas di CFSIIUM ini... secara jujurnya ingin aku nyatakan, inilah event aku sertai sebagai komiti yang amat happening sekali.. 

pengisian ketika event tuh bergabung sekali dengan 
LAUNCHING MUHIBBAH & MUSLIHAH TEAM
 maka kitorang ni ditugaskan untuk create satu video tentang team tuh. pada asalnya kami agak kelewatan untuk menghasilkannya, tapi, bila terkenang dan terfikir kembali semangat dan impian PM untuk event nih, kami merancang untuk terus kembali pada rancangan asal untuk membikin satu shortfilm, walaupun tak seberapa, kami ni budak baru belajar. 



gabungan panelist Ustaz Syaari dan Ustazah Asni berserta dengan moderator nya Ustaz Che Abd Majid, membuatkan seluruh isi dewan tidak berganjak dari awal sehingga akhirnya denagn input-input yang amat bermanfaat untuk kita semua...

alhmadulillah, ketika program berjalan, semuanya berjalan dengan lancar. dari sudut hatiku, terasa sayu dan terharu sangat dengan semua komiti terutamanya PM dan APM event nih. bagi aku event ini telah membuatkan aku untuk meletakkannya dalam kelas pertama semester kali ini.

wallahualam


sekalung penghargaan kepada semua pelajar CFSIIUM yang menyokong usaha ini
dan kepada semua committe yang terlibat
terima kasih atas pengorbanan dan komitmen anda....!!





2 comments: