Saturday, 13 April 2013
Saturday, 23 March 2013
95 Sasis Generation...!! TAHNIAH...!!!
Assalamualaikum.
Alhamdulillah 21 MARCH 2013
adalah detik yang paling dinantikan oleh semua calon-calon SPM 2012. Manakan tidak,
hari yang penuh keramat inilah yang bakal menentukan masa depan mereka
masing-masing. Kalau time batch aku dulu 23 MARCH, kali ni 21 MARCH. Ha3, sure
diorang cuak + nervous bagai. Ala, aku pon pernah rasainya juga 2 tahun yang
lalu.
Bilamana sahaja result SPM
diumumkan memang kemain lagi cuak. Alhamdulillah. Sekolah lamaku, SMKA SULTAN
AZLAN SHAH sekali lagi melakar sejarahnya tersendiri di DEWAN ASY-SYAFIE, dewan
yang dianggap keramat. Manakan tidak, segala permulaan nya di sana dan
berakhirnya pon di situ juga dan di situ jualah kita ber’perang’ bersama-sama
bergelumang dengan kertas yang tebal-tebal dengan perkasas yang lain. Wawww…!! Rindunya
zaman-zaman muda kala dahulu.
Alhamdulillah seramai 8 orang
memperoleh 11A, 10A - 10 orang, 9A – 3 orang dan 8A – 8 orang nampak jugaklah
peningkatan dari segi kuantiti. Bangga daku menjadi alumni kasas. 95 KASAS GENERATION..!!
TAHNIAH anda semua. Aku sendiri tumpang gembira dengan kejayaan adik-adik kasas
di sana. Tambah-tambah pulak ketika aku form 5 mereka semua form 3 dan
sama-sama ambik exam dan hubungan antara batch aku dengan batch diorang
bolehlah dikatakan akrab sekali.
Sesungguhnya, kejayaan individu
sesesorang itu bukanlah bergantung pada mata kasar sahaja sebagaimana yang kita
peroleh bilangan A, tapi seimbang dengan A yang lain juga. Akhlak , Amalan dan juga
Aqidah juga. Insya allah semua yang berjaya itu pasti memilikinya kesemuanya . Dan tidak
bermakna yang kurang itu tidak berjaya, ini semua ujian dan rezeki kita
masing-masing. Allah akan permudahkan urusan kita jua suatu hari nanti, ini
semua ujian hendak menguji sejauh mana ketabahan dan kelangsungan hidup kita
dalam menanganinya dengan apa jua cara . Mungkin kali ni kita kurang berjaya,
manalah tahu suatu hari nanti dalam peringkat yang lebih tinggi lagi, kita
mampu untuk buktikan pada diri kita yang kita boleh juga . Janganlah kita marah pada diri
kita sebab kurang berjaya, ada je yang kurang berjaya ketika SPM, tapi bilamana
masuknya ke alam IPTA dan peringkat yang lebih tinggi berjaya mengatasi yang telah
kita kecapi suatu masa dahulu , dan tak semestinya gagal itu selamanya milik kita dan yang berjaya
selamanya. Hidup ini biasalah ada pasang dan surutnya. Jadi sama-samalah kita
seimbangkan dan kekalkan momentum kita agar terus konsisten dan terus maju ke hadapan
untuk terus peroleh kejayaan yang hakiki suatu hari nanti.
Sudah semestinya juga, tanpa
guru-guru mahupun ibu bapa, pasti kejayaan itu tidak bermakna bagi kita semua. Ini
semua hasil dahn juga pengorbanan mereka yang mulia bersusah payah mendidik
kita sejak dari kecil lagi. Jadi, janganlah kita anggap kejayaan ini milik kita
sahaja, berterima kasihlah kepada mereka, sesungguhnya tanpa mereka tiadalah
kita untuk terus kecapi apa yang kita idamkan.
TAHNIAH SEMUA..!!!
TAHNIAH CIKGU-CIKGU….!!!
TAHNIAH 95 SASIS GENERATION…!!!
Korang semua memang layak untuk
menerimanya.. semoga kalian terus cemerlang, jangan lupa diri, kerana banyak
lagi perjalanan yang harus ditempuhi untuk terus gemilang pada persada yang
terbilang.
Wednesday, 13 March 2013
Tuesday, 12 March 2013
Charity Dinner ICOS 2013
Assalamualaikum.
Rasanya cerita ni mungkin dah nak
basi, tapi tak de lagi bau kemasaman mahupun apa-apa jua. Alhamdulillah, dapat
jugak update blog ni setelah sekian lama tak menjengah. Almaklumlah, aku ni
orang penting… hahahaa… copy ayat kwn aku. Macam ni sejak kebelakangan ni aku
agak busy dengan projek GC, ED mahupun kerja-kerja MRC aku jua. Alhamdulillah semuanya
selesai. Tapi bilamana selesai je satu bab datang balik satu persatu kerja. Ini
pon sebab ada kat umah, sekarang ni tengah cuti smid-sem break selama seminggu.
# Charity Dinner ICOS 2013
Alhamdulillah, selesai jua CD
ICOS kami yang telah pun berlangsung di AMF pada 28 FEBRUARY yang lalu. Aku kali
ni pegang biro catering, secara personalnya, memang aku rasakan advisor aku
yang banyak bantu dalam bab-bab ini, aku last minute baru la terkinja-kinja nak
update. CD kali ni adalah julung kali diadakan sempena dengan INTERNATIONAL
COMMUNITY SERVICES- CAMBODIA dengan objektifnya untuk mengutip dana bagi
pembinaan sebuah madrasah di KG CHAM. Alhamdulillah dapat juga la pendapatan
dan dana hasil CD kali ni. Dan akan dibawa ke CAMBODIA untuk pembinaannya
sedikit demi sedikit.
Kali ni, buat julung kalinya MRC
mahallah aku pakai baju yang seragam. Almaklumlah baru je siap tempah. Dah
macam orang nak kungfu je. Time CD abis, ramai yang cakap ni semua baju korang
beli kat Kemboja ke. Lawak pon ada. Seriously, kali ni memang best jugak la,
banyak cabaran mahupun kejayaan yang kami peroleh. Semuanya berjalan dengan lancer.
Tambah pulak makanan pada malam itu cukup sedap.. tengoklah sape catering nya. Hi3..
btw, thanks banyak-banyak la kat MADAM yang susah payah cari caterer yang nak
provide makanan time CD ari tuh. Bagi aku, permulaannya kami agak sukar kerana
ingin menjual tiket CD kepada orang awam mahupun staff dan jua student CFSIIUM
sendiri. Alhamdulillah semoga kebajikan yang mereka lakukan mendapat berkat. Kali
ni, komiti memang tak ramai. Tapi bagi aku, program yang besar sedemikian
berjalan dengan lancar. Jadi, bolehlah aku simpulkan tak semestinya program
yang besar memerlukan kakitangan yang ramai dan tak semestinya program yang
kecil memerlukan kakitangan yang sedikit. Semuanya bergantung pada diri kita
sendiri sama ada mahu memberikan komitment sepenuhnya mahupun tidak. Syukur sangat,
akhirnya majlis ini berakhir dengan jayanya, mungkin ada kekurangan insya allah
boleh diperbaiki untuk event akan datang.
CD ni bermula pada jam 8 malam,
dan pada minggu berkenaan aku memang tak cukup tidur sebab kene settlekan
projek aku yang kene submit pagi hari KHAMIS berkenaan. Melihatkan mereka pada
malam di bilik meeting mrcmab sebelum hari kejadian, sangat bertungkus lumus,
dan aku hanya berada di bilik untuk siapkan kerja aku. Memang terasa agak
bersalah, tapi apakan daya aku ada kerja lain yang harus dilakukan.
Ketika hari kejadian, banyak moment
yang best dan juga kelakar bagi aku terjadi. Persiapan boleh dianggap last
minit jugak lah. Simpati jua melihat sahabat yang sekaki jua tidak tidur malam
menyiapkan video, barang pameran, kira-kira hasil jualan tiket dan sebagainya. Malam
itu penuh dengan debaran jua bagi kami, julung kali diadakan tidak tahu ‘rentak’
majlis sangat. Petang itu ada rehearsel dan banyak perubahan last minit. Alhamdulillah
dapat diatasi. Malam itu boleh dikatakan full house, ramai yang bertandang sama
ada orang awam, staff mahupun student CFSIIUM sendiri. Majlis bermula dengan
penuh rasminya dan jua persembahan daripada kumpulan GAMELAN dari IIUM GOMBAK,
MAJOR 9 dari CFSIIUM dan penampilan istimewa SHAM KAMIKAZE. Dan majlis terus
berjalan dengan baik sekali dan sampingan video korporat dan jua video dari
pandangan KEMBOJA.
| Committe CHARITY DINNER ICOS bersama MADAM ROSE dan juga advisor dan principal. |
walaupun nampak ceria, tapi aku tahu mereka semua pendam 1001 rasa. mungkin letih ataupun sebaliknya.
Seusai sahaja majlis, bergambar
bersama dengan MADAM ROSE dan juga advisor dan principal mahallah jua. Dan abis
je, masa untuk komiti pulak makan. Memang sedap laaa. Pastu kemas-kemas dewan
cikit. Bukak hiasan. Pastu aku nak cakap cikit je pasal CD ni, lain pulak
jadinya, dah macam post mortem, time tu aku sedar yang aku ni dah melencong
sikit.. sian diorang kene balik mahallah lewat. So, abislah event CD ICOS kali
ni. Dan keesokan harinya, JUMAAT. Tak sampai 24 jam majlis berlalu kene g
LEADERSHIP & TTEAMBUILDING WORKSHOP kat JUNGLE LODGE GOMBAK. Waaaaa…..!!
memang rasa tak larat sangat nak pergi.. kemas baju pon sejam sebelum pergi. Nak
tahu..? Tunggu..?
Monday, 11 February 2013
Sunday, 10 February 2013
Dah MULA BERjombie...
Salam semua.
Maka dengan ni telahpun bermula
jejak langkah aku kea lam semester 3. Insya allah ini adalah semester
terakhirku di CFSIIUM. Minggu pertama awal sem ni, kelas aku tiada langsung
bermula. Silap-silap, sekarang ni aku tidak lagi ada kelas tapi aku ada studio.
Ha3.. manakan tidak. Sepanjang semester kali ini, tempat pengajianku adalah di
dalam studio. Makan bermulalah kerja-kerja extreme ku di se mini. Minggu pertama
, kelas belum bermula. Dan apa lagi ambik kesempatan la jugak balik rumah,
tambah-tambah ada cuti MAULUD NABI. So memang lama jugak la cuti kali ini. Nak disimpulkan seminggu penuh dengan meeting, seb bek tak de kerja lagi. kalau tak nahas aku..
Bilamana balik sahaja dari cuti,
task satu persatu datang menjelma. Kali ini aku ambik 2 subjek. Dua-dua
studio-based. Memang terbaik dari ladang la habaq hang. Memang best. Hari-hari
pergi studio tatap muka yang sama. By the way, kelas nya berselang seli dengan
dua subjek ini. Dan yang paling unik nya. Jadual kelas aku ini tampak menarik.
ISNIN dan JUMAAT kelas petang . SELASA hingga KHAMIS kelas start pukul 10 pagi.
Wawwww…!!! So hari-hari sebelum kol 10 kene gerak ke studio. Dan kali ini aku
ke luar kawasan mahallah. Berbanding semester lalu, studioku dalam mahallah je.
Kalau lewat lari je turun tangga dah sampai. Kali ini agak jugak la jauh.
Subjek yang aku ambik GRAPHIC
COMMUNICATION 2 (GC2) dan juga ENVIRONMENTAL
DESIGN (ED). Alhamdulillah, kali ni dah
satu task settle dah. Berkaitan dengan ED first task agak menarik. Tu la buat
kerje last minit bagai sampai tido kol 4 pagi. Seb bek keesokkannya just submit
kerja je no class.. btw, kecian jugaklah roommate aku ni tidur dalam keterangan
cahaya lampu.. cimpati gua.
Secara jujurnya, bila buat design
kecik-kecik tunjuk kat studio master ok bila transfer je kat board A3. Lain jadinya.
So level confident aku dah mula kurang. Dan inilah masanya untuk aku gigih
lakukan yang terbaik untuk task yang mendatang.
ambik basic shape kat gambar masjid besi ini...
ambik basic shape kat gambar masjid besi ini...
Kali ini GC2 ada kerja baru dan
akan disubmit bukak je cuti ni ari RABU nanti. So sekarang ni tengah gigih
bagai nak rak buat kerja nak settlekan ni. Harap-harap hasilnya memuaskan. Insya
allah.
Sunday, 27 January 2013
Kembali ke KASAS..
Assalamualaikum.
Memandangkan minggu ni dah masuk
balik kampus, memandangkan cuti ‘berbulan madu’ selama 3 bulan lamanya. Kini melangkah
ke kampus dengan azam dan juga umur pon dah mencecah 20 tahun. So minggu ini,
kelas tuk kos aku memang belum start lagi. Apa lagi, aku ambik kesempatan la
untuk balik, memandangkan cuti lama la jugak panjang lak tuh + ada komitmen
lain kat umah sebab parents ada hal. And then baba pon kasi balik umah, so apa
lagi on je la. Mula-mula agak risau la jugak sebab nak balik kene beli tiket on
the spot, risau la tiket balik TELUK INTAN abis.
Tibe je kat umah, baba ajak esok
(JUMAAT 25 JAN) ke SMKASAS nak ambik adik aku yang dok asrama balik dan ambik
jugak bantuan awal persekolahan RM 100 kat sekolah. So, alang-alang dah ajak
aku pon apa lagi ikut la, boleh jugak jumpa cikgu-cikgu kat sana, lagipon dah
lama tak bertandang ke KASAS dah. Dan aku ambik kesempatan la jugak ke kedai
yang jual barang-barang kos aku ni. Dekat teluk intan ade je, tapi mahal nak
mampus. Ada suatu ketika tu aku pergi kedai buku, tanya la harga ‘technical pen
FABER CASTELL’ tu, terkejut aku bila tengok harga RM170. Mahal giler. Even kat
KL yang orang kata mahal tuh pon harga nye RM99. Oh, mati-matian kene tipu. Dan
aku mulalah membebel kat orang tuh, dia pon cakap la, bla blaaa bagai.. hmm..
so kesempatan aku ke kedai yang memang special jual barang-barang untuk student
yang ambik kos-kos design la. Manakan tidak, kedai tu dekat je dengan UiTM SERI
ISKANDAR yang ada kos design, so memang kene ada lah kedai tu untuk memudahkan
pelajarnya.
Bilaman tiba je kat KASAS, aku
terkesima melihat satu signboard besar yang diletakkan di pintu utama sekolah,
sedikit rasa bangga dan kagum, rasa nya tersangat bangga la jugak. Kedudukan sekolah
itu dah la laluan highway IPOH-LUMUT, so orang yang drive kat kawasan tu memang
boleh nampak la kan. Terpangpang besar dan gah ‘Cluster School Of Excellence’..
Masuk je dewan ada ucapan semua
bagai, hari ini aku masuk dewan sebagai tetamu. Memang terkenang jugaklah
kenangan time masa jadi student dok dalam dewan. Manakan tidak, bila orang
tengah bagi ucapan je sure tidur tak pon sembang. Ha3. Pastu abis je ucapan semua,
parents semua ambik duit dari kaunter kelas masing-masing. Dan ketika itu aku
menghilangkan diri dan berjalan merata-rata jap. Dapat jugaklah jumpa
cikgu-cikgu sana tanya khabar. Kali ini dapat jumpa ramai cikgu jugaklah, sebab
semua tertumpu kat dewan so memang ramai la. Sebelum ini pernah datang tapi
semua cikgu ada komitmen lain. Ajar pelajar la bagai. So memang tak dapat nak
jumpa la. Kali ini seriously best dapat jumpa ramai cikgu-cikgu. Alhamdulillah,
semuanya sihat-sihat belaka.
Pastu, ambik adik aku balik umah
terus. Dan aku cuti jugak, cuti sampai hari isnin. yyeyeeaaah..!!
Subscribe to:
Posts (Atom)





