Aku lebih rela ada musuh yang jujur membenciku daripada mempunyai kawan yg hanya nampak gembira dihadapanku tetapi membenciku di belakangku.

Saturday, 23 March 2013

95 Sasis Generation...!! TAHNIAH...!!!



Assalamualaikum.

Alhamdulillah 21 MARCH 2013 adalah detik yang paling dinantikan oleh semua calon-calon SPM 2012. Manakan tidak, hari yang penuh keramat inilah yang bakal menentukan masa depan mereka masing-masing. Kalau time batch aku dulu 23 MARCH, kali ni 21 MARCH. Ha3, sure diorang cuak + nervous bagai. Ala, aku pon pernah rasainya juga 2 tahun yang lalu.

Bilamana sahaja result SPM diumumkan memang kemain lagi cuak. Alhamdulillah. Sekolah lamaku, SMKA SULTAN AZLAN SHAH sekali lagi melakar sejarahnya tersendiri di DEWAN ASY-SYAFIE, dewan yang dianggap keramat. Manakan tidak, segala permulaan nya di sana dan berakhirnya pon di situ juga dan di situ jualah kita ber’perang’ bersama-sama bergelumang dengan kertas yang tebal-tebal dengan perkasas yang lain. Wawww…!! Rindunya zaman-zaman muda kala dahulu.

Alhamdulillah seramai 8 orang memperoleh 11A, 10A - 10 orang, 9A – 3 orang dan 8A – 8 orang nampak jugaklah peningkatan dari segi kuantiti. Bangga daku menjadi alumni kasas. 95 KASAS GENERATION..!! TAHNIAH anda semua. Aku sendiri tumpang gembira dengan kejayaan adik-adik kasas di sana. Tambah-tambah pulak ketika aku form 5 mereka semua form 3 dan sama-sama ambik exam dan hubungan antara batch aku dengan batch diorang bolehlah dikatakan akrab sekali. 

Sesungguhnya, kejayaan individu sesesorang itu bukanlah bergantung pada mata kasar sahaja sebagaimana yang kita peroleh bilangan A, tapi seimbang dengan A yang lain juga. Akhlak , Amalan dan juga Aqidah juga. Insya allah semua yang berjaya itu pasti memilikinya kesemuanya . Dan tidak bermakna yang kurang itu tidak berjaya, ini semua ujian dan rezeki kita masing-masing. Allah akan permudahkan urusan kita jua suatu hari nanti, ini semua ujian hendak menguji sejauh mana ketabahan dan kelangsungan hidup kita dalam menanganinya dengan apa jua cara . Mungkin kali ni kita kurang berjaya, manalah tahu suatu hari nanti dalam peringkat yang lebih tinggi lagi, kita mampu untuk buktikan pada diri kita yang kita boleh juga . Janganlah kita marah pada diri kita sebab kurang berjaya, ada je yang kurang berjaya ketika SPM, tapi bilamana masuknya ke alam IPTA dan peringkat yang lebih tinggi berjaya mengatasi yang telah kita kecapi suatu masa dahulu , dan tak semestinya gagal itu selamanya milik kita dan yang berjaya selamanya. Hidup ini biasalah ada pasang dan surutnya. Jadi sama-samalah kita seimbangkan dan kekalkan momentum kita agar terus konsisten dan terus maju ke hadapan untuk terus peroleh kejayaan yang hakiki suatu hari nanti. 



Sudah semestinya juga, tanpa guru-guru mahupun ibu bapa, pasti kejayaan itu tidak bermakna bagi kita semua. Ini semua hasil dahn juga pengorbanan mereka yang mulia bersusah payah mendidik kita sejak dari kecil lagi. Jadi, janganlah kita anggap kejayaan ini milik kita sahaja, berterima kasihlah kepada mereka, sesungguhnya tanpa mereka tiadalah kita untuk terus kecapi apa yang kita idamkan. 

TAHNIAH SEMUA..!!!

TAHNIAH CIKGU-CIKGU….!!!

TAHNIAH 95 SASIS GENERATION…!!!



Korang semua memang layak untuk menerimanya.. semoga kalian terus cemerlang, jangan lupa diri, kerana banyak lagi perjalanan yang harus ditempuhi untuk terus gemilang pada persada yang terbilang.

No comments:

Post a Comment