Aku lebih rela ada musuh yang jujur membenciku daripada mempunyai kawan yg hanya nampak gembira dihadapanku tetapi membenciku di belakangku.

Saturday, 13 October 2012

TAWE 3.0


Assalamualaikum.
Actually, tetibe je teringat nak update cerita pasal TA’ARUF WEEK APPRECIATION NIGHT. Walaupun sudah hamper 3 bulan yang lalu 
TAARUF WEEK PROGRAMME 2012/2013
dijalankan, Alhamdulillah pihak pentadbiran CFSIIUM mengadakan event sedemikian. Sebenarnya, event ini tak de penting sangat untuk kami committee semua dihargai.  Hanya ucapan syukur dan berterima kasih dilontarkan untuk pihak atasan. Malahan event ini jugak sebagai satu platform kepada kami semua untuk terus mengeratkan lagi silatur Rahim antara committee TAWE sendiri sama ada dalam biro dan ahli-ahli semua. Pertemuan antara kami semua dalam 3 jam di AL-MALIK FAISAL HALL pada tanggal 28 SEPETEMBER 2012 bermula jam 8 malam akhirnya menjadi medan yang sangat unik d CFSIUM ini tak kiralah kita ni kos  berbeda, umur dan latar belakang yang berbeda, namun pertemuan kali ini memang sangat bermakna buat kami semua.



Pertemuan di antara 3 ‘benua’ yang memisahkan kami, CFSIIM, IIUM GOMBAK dan IIUM KUANTAN dalam satu majlis yang amat gah akhirnya menjadi kenyataan, walaupun tidak semua yang dapat hadir, mungkin ada komitmen lain yang lagi penting. Walaubagaimanapun, pertemuan ini sangat nostalgik sekali dan mengimbau kembali zaman-zaman ketika sesi pendaftaran baru ambik 2012/2013. Memang kali ini, kami berhadapan dengan cabaran yang amat getir dengan bilangan pelajar baru yang berdaftar di sini mencecah sehingga ribuan. Alhamdulillah kami semua dapat mengawalnya.

Yang membuatkan diriku terharu apabila biro aku yang kuperasan antara yang teramai hadir di majlis tersebut. Dan tak lupa juga, head-head biro TAWE yang ada telah menyambungkan peljaran ke KUNATAN or GOMBAK sama-sama hadir, da nada juga yang amsih di CFSIIUM. Setiba sahaja mereka di dewan, kami head-head biro saling bertanya khabar. Ada yang sudah menjawat jawaan itu, ini la dan macam-macam lagi. Banyak perkembangan dan perubahan pada mereka. Alangkah indahnya, kembali seperti dahulu. Memang ada perbezaan umur, namun komitmen dalam tugasan memang menjadi tunjang kepada pergerakan program kali ini.

Bagi aku, malam itu cukup indah buat aku. Sehingga hari ini, aku masih tidak mampu untuk mempercayai apa sebenarnya yang aku telah lakukan dalam biro PUBLICITY &PROTOCOL ini, aku banyak berurusan dengan semua committee TAWE jadis ecara tak langsung dari situlah aku mengenali ramai sahabat CFSIIUM yang sebelum ini aku tidak pernah sama sekali mengenali mereka. Sehingga kini jua, kami saling bertegur sapa dan tak lupa juga kerap bertemu bertanya khabar jua. Kat cana, kami dapat mug dan juga sijil penghargaan. Lepas je, apa lagi kami PUBPRO sekali lagi menguasai gambar-gamabr untuk ditangkap sebagai kenangan. Manakan tidaknya, pemilik kamera banyak dari biro kami. Hi3..





Di biro PUBPRO pula, aku banyak-banyak minta maaf andai sepanjang aku mengepalai biro ini, aku tidak terlalu beri komitmen dan agak ke’blurr’an untuk menggalas biro ini. Tanpa sokongan dan pengorbanan anda semua dalam biro ini, nampak nya kita telah berjaya melaksanakannya. Memang aku akui, biro aku ni kene berurusan denagn semua biro bagi menjalankan tugasan. Bermulalah kerja SIGNAGE, POSTER, lagu-lagu CFSIIUM, NEGARAKU, VIDEO TAWE dan tak lupa juga menjadi ‘guru’ kepada semua pelajar baru untuk nyanyia lagu CFSIIUM dan juga baiah. Memang korang semua sangat-sangat ‘sporting’. Perkara yang buat lagi terasa nilai kekeluargaannya, apabila wujud gelaran ‘PAPA’ , ‘MAMA’ dan byk lagi gelaran anak-anak la. Bukan bermakna gelaran ini saje-saje tapi bilamana wujudnya panggilan sedemikian secara tak langsung nilai kekeluargaan dan ukhwah antara kami terjalin secara tak langsung. Banyak juga cabaran mahupun halangan sepanjang program tersebut. Ada kalanya, biro aku dilemparkan dengan kata-kata yang kurang enak didengar. Semuanya menjadi kenangan kepada kami.



Selesai sahaja majlis pada malam itu, kami mengambil kesempatan untuk berjumpa antara biro kami sendiri, bertanya khabar sekian lama tidak bertemu, waluapun hanya di CFSIIUM kerana terikat dengan jadual kelas mahupun komitmen yang lain. Terima kasih juga kepada ASSISTANT HEAD PUBPRO NUR AMNAH DUNIYA kerana banyak membantu ku. Dan tak lupa juga kepada semua ‘anak-anak’, tanpa kalian semua siapalah aku dalam biro ini.


Malahan, ikatan ukhwah antara head-head biro juga terus terjalin dan diteruskan dengan bertantya khabar. Perkhabaran yang sudah lama dinantikan setelah sekian lama tidak bertemu. Selalunya bilamana ketika program berlangsung TAWE seharian pasti bertemu usai program harian tamat untuk melaporkan report dan request antara biro. Kenangan ketika itu memang sukar dilupakan.

Walaubagaimanapun, ahli-ahli MRC jua tidak ketinggalan daripada menyertai event besar CFSIIUM. Boleh diibaratkan sebagai reunion bagi kami kali kedua yang pertamanya ketika di TAWE dahulu. Sokongan daripada mereka yang tidak berbelah bagi kepada ku juga mendorongku untuk terus berbuat sehabis baik dalam PUBPRO di TAWE ini. Alhamdulillah, ada jua dari kalangan kami yang sudah ke main campus, maka malam itu dijadikan pertemuan antara kami yang boleh dikatakan ‘ONE BIG FAMILY’. Dikesempatan dapatlah jugak bergambar kenangan bersama orang besar department MRC sendiri.




Secara peribadinya, banyak yang aku pelajari sepanjang berlangsungnya program TAWE 2012/2013 kali ini. Banyak juga yang memberi tunjuk ajar pada diriku ini. dan terima kasih kerana sudi menceriakan hari-hari aku sepanjang  TAWE.. Secara ikhlasnya, aku rasa rendah diri sangat dalam ramai-ramai aku rasa tak layak untuk menduduki ‘kerusi’ head. Segala-galanya dari-NYA. Alhamdulillah.






 kenangan ketika TAWE12/13


- Setiap insan mempunyai kebolehan mahupun kelemahan diri masing-masing, tapi apa yang membezakan kita adalah cara kita untuk terus berusaha ke arah yang lebih baik -

No comments:

Post a Comment