Alahmdulillah,
di kesempatan malam yang penuh dengan
barakah. Telahpun di perkuat kudrat untuk terus gigih menjalankan sesi-sesi
harian yang kebiasaannya. Selasa , semalam adalah hari yang bagiku sangat ‘sempoi’.
Kelas pun dah tak banyak dah, tapi ada la jugak kelas. Seawal jam 11 pagi aku
terus bergegas ke kelas INTRODUCTION TO BUILT ENVIRONMENT. Rasanya inilah kali
pertama aku buat nota full dari awal lecture sampai abis, selalunya aku ngantuk
la.. conteng-conteng la.. dan macam2 lagi la. yelah, nelajar kat studi yang air-condnya sangat sejuk sekali + gelap pulak tuh. sebab nak tengok slide, nanti tak nampak pulak klao lampu pasang, pakai cahaya natural je.. Kali ni aku berazam untuk lakukan
yang terbaik. Petangnya pula, kelas GRAPHIC COMMUNICATION 1, waww.. time ni
kitorang satu studio agak cuak untuk menerima task-task sebelumnya yang
kitorang buat. Pakai tracing paper tuh, kene buat chalet. Memang seram la kan. Alhamdulillah
bilamana dapatnya result. Aku besyukur, itulah hasil kerja keras aku selama ni.
Pastu terjadilah "accident" yang lawak time kat kelas tuh. Macam2 la pulak
terjadi. Keep secret ok..
Abis je kelas GC aku balik bilik la,studio pun kat bawah bilik aku je.. dalam mahallah yang sama.. macam biasa online
bukak FB, TWEETDECK.. hi3… n then tertido la pulak, di bawa bayu hujan ynag
amat sejuk sekali. Syok wei.. cadangnya nk pergi pasar malam, tapi apakan daya
hujan telahpun memisahkan diri ni untuk ke sana. Btw, tak pe la. Pergi sana pun
juz nk beli makanan je… CHAR KUEY TIAW… wawww… marvelous..!!!
Alahmdulillah kat CFSIIUM, pelbagai program telahpun diatur,
dan tiba malamnya. FSCC adakan majlis SOLAT HAJAT DAN BACAAN YAASIIN di MASJID
KOLEJ ISLAM MALAYA.
So, aku dan member aku ambik lah peluang ini datang ke masjid untuk sama-sama menyertainya daripada aku tak tahu buat apa-apa. At least
aku dapat jugak la bersosial, jumpa kawan-kawan kat sana. So, far majlis
berjalan dengan lancer dan bayu malam yang sebentar tadi hujan gerimis sangat
sejuk mengiringi majlis ini. SYABAS dan TAHNIAH FSCC atas penganjuran event ni.
Abis je solat isyak, DEAN CFSIIUM bagi tazkirah ringkas dan
dia open Q&A session selepas itu. Baik sungguh dekan kita MESRA RAKYAT..
alhamdulillah.
Banyak input yang aku dapat sepanjang hari tu.. pasal
SERKULARISM
dalam kalangan pelajar yang menuntut ilmu la..
SERKULARISM
dalam kalangan pelajar yang menuntut ilmu la..
Memang benar apa yang dikatakan, pelajar sekarang lebih memetingkan serkularism di mana konsep bahawa kerajaan atau entiti lain harus wujud secara terasing dari agama dan kepercayaan. Perkara ini memang tak dinafikan, pelajar sekarang lebih terdorong untuk belajar untuk mendapatkan pekerjaan demi masa depan yang terjamin.
Hari ini dapatlah aku belajar pasal sekularism. Aku
tahu benda nih tapi biasa la, buat-buat tak tahu je...
-SEMOGA KITA SEMUA MENTUT ILMU DEMI MENDAPAT KEBERKATAN DAN MENGAMALAKN SYARIAT BERLANDASKAN ISLAM-

No comments:
Post a Comment