Aku lebih rela ada musuh yang jujur membenciku daripada mempunyai kawan yg hanya nampak gembira dihadapanku tetapi membenciku di belakangku.

Friday, 18 May 2012

SiNARi HARI GURU d KASAS...

assalamualaikum....

alhamdulillah, akhirnya tanggal keramat 16 MEI 2012 telah pun menjelma.. tanggal tersebut merupakan tarikh yang amat bermakna sekali buat seluruh GURU di MALAYSIA mahupun seluruh negara lain...



dikesempatan itu jugak la, DANE bersama-sama dengan teman-teman batch 0610 KASAS ingin sekali berkunjung ke sekolah bagi meraikan hari yang penuh bermakna bersama dengan GURU-GURU di KASAS.. ye lah, setelah sekian lama tidak berkunjung dan bertemu dengan guru-guru yang banyak memberi tunjuk ajar, didikan, sokongan, dorongan dan macam-macam lagi la... sepanjang mana kami berada di alam persekolahan satu ketika dahulu.. hi3.. sekejap je masa berlalu, sudah 2 tahun kami semua meninggalkan bumi KASAS yang penuh dengan memori.. segala-galanya masih terpahat dalam lubuk sanubari kami semuaa...



ok, actually kitorang dah lama jugaklah cadang nak mai sekolah, ye lah tahun lepas masa HARI GURU 2011, kami tak berkesempatan nak mai, yelah time tuh masing-masing sibuk nak uruskan untuk menyambungkan pengajian setelah tamat alam persekolahan... alhamdulillah, ada juga kesempatan kali ini berkunjung, tambah-tambah pualk dapat jugaklah kitorang sume bertemu dengan sahabat-sabahat yang telah lama tidak bertemu.. indah sangat persahabatan dan ukhwah ini, macam-macam lah celoteh yang kuar.. indahnyaaa...!!!

aku lak, sejujurnya agak sukar la nak mai KASAS time tuh, ye lah 15 MEI aku masih berada di CFSIIUM kerana ada urusan... jadi setleah berbincang dengan member aku, kitorang pun decided la mau g KASAS jugak HARI GURU kali ni.. so, kitorang terus rushing bersiap pulang setelah event kat CFSIIUM ni abis.. terus g KL SENTRAL nek ETS ke BATU GAJAH... dan pada mulanya, kitorang ni memang buntu giler mau bermalam kat mana.. so hantarlah mesej kat warden n bagitau kitorang mau tidur kat asrama.. warden dah bagi green light daa.... setibanya di BATU GAJAH.. pak sedara aku ambik, and then dok la kat umah dia jap... so, jam pun dah agak lewat malam.. so tak jadilah nak bermalam kat KASAS...

setibanya 16 MEI 2012..
alhamdulillah setelah sekian lama tak menjejakkan bumi KASAS.. tiba je kat gate, pak guard tanya macam2, so aku pun apa lagi, pandai-pandai la buat ayat.... so dapatlah masuk.. time tuh ada la member aku dah mai n then lepak kat LIBRARY sat... wawwwww, rindunya lepak kat library.. dulu selalu je mai dok melepap at cini.. kitorang pun dok tunggu la jugak, manalah tahu ada yang akan mai lagi.. ramai-ramai...



kat dewan lak, time tuh, telah berlangsungnya majlis SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH... aku agak sebak la jugak, teringat time aku form 3 sampailah form 5 menguruskan sambuatn hari GURU.. hanya kenangan sahaja yang mampu diungkapkan... banyak la jugak aktiviti yang diorang dak-dak KASAS ni buat khas teristimewa untuk GURU-GURU...

ramai jugak la geng-geng batch kami mai.. tak lupa jugak yang baru le lepas SPM tahun lepas jugak ada yang datang.. memang meriah la kan...~~~ dan ade jugak la SURPRISE dari perantauan.. sahabat-sahabatku dari perantauan tak kiralah di mana sahaja, mereka rupanya dah berpakat hasilakn video ucapan khas dari seberang.. wawww.. bertuahnya dapat sambung belajar kat luar negara... video tuh ditayangkan kat dewan bagi tuntutan umum khas untuk GURU-GURU KASAS dan junior-junior kasas jugak boleh jadikan semangat dan dorongan untuk gigih menuntut ilmu dan menghargai jasa GURU....



setelah berakhirnya majlis di dewan, semua guru keluarlah dari situ, dapatlah kami semua bertemu dan bersua bersama guru-guru.. alhamdulillah masih sihat-sihat dan ceria lagi GURU-GURU KAMI ini... keceriaan yang jelas terpancar di wajah mereka.. dapatlah kami berborak sebentar dengan cikgu.. indahnya, lama tak bertemu, segala-gala perkembangan terkini mengenai kami semua ingin mereka tahu...dapatlah jugak bergambar kenangan bersama guru-guru yang tersayang.... wawww..!!!! tengok junior-junior pun dah besar-besar belaka.. hanya form 3 je arr yang ingat kitorang sebab time diorang f2 kami f5.. SEMOGA BERJAYA la korang yerk.. tengah exam pertengahan tahun la katakn..

memang hubungan pelajar dengan semua guru-guru memang akrab sangat walaupun sudah tidak berada di KASAS lagi.. namun jasa guru kepada kami sangat besar dan tak mampu kami balas.. memang sebak sangat bila tengok cikgu-cikgu, kehadiran kami ke sekolah memang sangat dialukan dan disambut dengan senyuman dam salam mesra daripada GURU-GURU.. aduhai~~ panjang sudah masa berlalu, dahulu, seawal menjejakkan kami di bumi KASAS terasa diri KERDIL dan kini mampu untuk berdikari dan berjaya di luar.. alhmadulillah, ini semua dengan izin ALLAH, GURULAH yang telah banyak mengajar kami erti kehidupan sebenar.. tambah-tambah pulak, kitorang ni semua duduk asrama, memang tersangat akrab la dengan guru ibarat IBU BAPA KAMI JUAAA......!!!






kitorang semua amat berterima kasih dengan segala ilmu dan segala-galanya untukmu 
GURU..tanpamu, takkan mampu kami melanjutkan pelajaran sepertimana sekarang.....!!!  






dikesempatan ini juga, DANE ingin  mengucapkan SELAMAT HARI GURU...!! 
TERIMA KASIH CIKGU....!! 


BACAAN YAASIIN DI DATARAN 








PERTANDINGAN UNTUK GURU-GURU






MAJLIS DI DEWAN






KAD UCAPAN KHAS DARI SETIAP KELAS







KERJA BELAKANG TABIR




HINGGA KITA BERSUA LAGI, TERIMA KASIH CIKGU,
JASAMU TAK MUNGKIN DAPAT KULUPAKAN






2 comments:

  1. jelezzzzzznye alahaii =.=''
    nk pg jgk !

    ReplyDelete
  2. ha3.. alhamdulillah dapat jugak pergi.. insya allah tahun depan mai laaa~~~

    ReplyDelete