Aku lebih rela ada musuh yang jujur membenciku daripada mempunyai kawan yg hanya nampak gembira dihadapanku tetapi membenciku di belakangku.

Friday, 18 May 2012

One BIG FaMiLY.. MRC....!!!!! 2.0

assalamualaikum...

ha3, ni pulak post entry volume 2.0 lak.. alhamdulillah 15 MEI yang lalu, pihak RMDD (Residential Management and Discipline Department) telah mengadakah RMDD-MRC APPRECIATION CEREMONY di Melawati Ballroom, TAHA D'KELANA JAYA, KOMPLEKS TABUNG HAJI, KELANA JAYA... alhamdulillah kami semua MRC sangat berterima kasih kepada pihak RMDD atas majlis yang diadakan ini.. (cewah,,, dah macam ayat karangan nak hantar kat cikgu pulak) ha3..





ok2, memandangkan event nye kat luar CFSIIUM, so kitorang kene nek bas la dari CFSIIUM ni... satu bas je pakai.. yang terkilan nye.. ada juga la antara kami tak dapat nak hadir atas urusan lain.. so, tak pe la, selagi mana family MRC ni ada, selagi itulah kita bersama-sama pergi ke ceremony tuh.. seawal jam 10 pagi, kami bertolak dr CFSIIUM ni ke sana.. wawwww, tak kusangka jalan mase tu sesak la jugak padahal time tuh kan office hour.. biasalah BANDAR la katakn... sebab tu la sesak je memanjang..hi3..

dalam perjalanan ke sana, aku ni dok jenuh la jugak nak cantikkan lagi puisi tuk event nanti... actually,puisi tu dah la pagi-pagi buta buat. dapat kertas jam 12 tengah malan plus sembang n bagai semua siap kol 4 pagi.. aduhai, tu la ni yang aku tak suka bila dapat nyembang, mulalah kuar segala cerita-cerita nyeee.. aduhai~~~ memang terbaiklah kan dok kat dalam bas sambil menulis... hanya MRC MAB sahaja yang tahu apakah yang akan terjadi time puisi nanti..... hi3.. mau buat GIMIK n SURPRISE.....!!!! actually dah lama sanagt tak belajar bahasa melayu n baca karya-karya puistis.. so, segala apa yang dalam minda kau.. ayat puitis laaa mula la aku luahkan... dari lubuk sanubariku.......

hmmm.. so lambat la kitorang sampai kat cana, Dean n semua VVIP yang lain dah dok menunggu kitorang mai...sampai je kat ballroom terus ambik tempat duduk.... yeyee.. sejuknyaaa..!! seb bek sejuk dah la pakai jaket tebal ni, kalo tak berpeluh-peluh laaa aku kat dalam ballroom nih...sepanjang event tu, memang terlukis dan terlakar di wajah MRC yang agak kelaparan mau makan.. hi3. n then ada jugak la berbaur perasaan macam-macam...

time tu jugak lah kitorang dapat sijil..... yeyeyeeee..!! and then dapat hadiah dr RMDD.. wawww.. bertuah sanagt dapat hadiah yang sangat praktikal... time tuh jugak la award disampaikan untuk bg kat penerima nyaaa.. dah macam ABPBH weeii.. haaa3.. propa jeee aku nih..!!!

selesai jeeee, terus makan.. time ni la yang kami semua nantikan... tengah kelaparan pulak kan... memang segala-galanya ambik jeee.. orang dah bagi makanan FREE pulak tuh... so sapu je arr... alhamdulillah rezeki dikurniakan..!! time ni lak dok jenuh mikir macam mana la pulak nanti nak baca puisi niii... aduhai~~~

and then, DEAN nak balik awal, so time tuh semua agak kelam kabut la jugak.. nak bergambar la n bagai.. DAN KETIKA inilah.... kitorang MRC MAB ni nak buat surprise.....!!!!
time tuh lampu semua tutup, tapi tak de la gelap gelita, ade jugaklah cahaya cikit-cikit.... dan keluarkan suara dari merata-merata tempat.. 4 orang ditugaskan untuk mendeklamasikan sajak.... overall sajak tuh.. bertemakan HARI IBU, HARI GURU dan SALAM PERPISAHAN......!!! aku lak teringin la jugak nak deklamasi, yelah dah berzaman tak buat... so nilah peluang aku...!!!!
bila tibe part rangkap last...!!! aku yang baca, n then keluarlah 2 kek yang sangat sedap mengiringiku dan terus ke meja VVIP... time tu, madam agak terkejut jugaklah dengan kejutan ini, kitorang bukan 'point' kat madam sorang jeee tapi kat semua principals, fellows and staffs jugak laaaa.... tapi memandangkan dialah IBU kepada MRC semua, jadi kita utamakanlah madam....



antara baris sajak yang dialunkan...

Engkau tetap dengan dirimu,
Sejauh manapun dikau merantau,
Sezaman manapun dikau pergi,
Sejarak manapun dikau jelajah,
Kau tetap dengan dirimu,
Dan aku hanyalah aku,
Tanpamu,
Tiadalah kami,
Tanpamu daiflah kami,
Tanpamu tidak bermaknalah kami,
Tiada siapa yang mampu,
Merampas takhtamu,
Hingga ke akhir hayat......



pastu, semua principals n madam sama-sama potong kek.... dan dapatlah mrc semua merasai kek itu bersama-sama, dan terus kepada persembahan daripada MRC UMAFZ iaitu pentomin.. memang terbaik laaa~~~ n part yang last tu agak touching jugak laaaa, diorang nyanyi lagu KENANGAN TERINDAH, so kitornag brothers yang dok kat bawah terus berlari nek atas stage sama-sama berganding bahu nyanyi sama-sama... time ni lah, aku dah mula sebak cikit...

alunan... KAN KU JADIKAN KAU KENANGAN YANG TERINDAH DALAM HIDUPKU..


time nak balik pulak, kat bas... aduhai...!! dah macam MELODI la pulak, nak korek rahsia SIAPAKAH GERANGAN MUJAHIDAH SEMPOI... boleh pulak berbalas-balas sajak dengan sisters.... dan AKHIRNYA.................. dapatlah kitorang tahu siapakah sebenarnya di sebalik nama tersebut... lawak3.... sampai je kat CFSIIUM.... mulalah segala ucapan personal keluar... time ni memang sedih sangat...

segala-gala kenangan bersama MRC CFSIIUM 2011/2012 sangat terpatri dalam ingat dan kami memang dah jadi ONE BIG FAMILY....... seyes, ikatan ukhwah ynag terjalin antara kami memang baik sekali... aku agak sedih jugak la, sebab senior (brothers n sister) memang terbaik bagi aku... susah nak cari orang macam diorang... banyak kenangan aku bersama MRC... dan banyak yang aku belajar dr diorang semuaaa..!!!
sukar untuk aku lafazkan.... hanya diri ini sahaja yang mampu menggambarkannyaaa...!!

DIMANA KAN KU CARI GANTI....
SERUPA DENGAN MU....!!!



























~ terima kasih daun keladi, andai ada rezeki dapatlah kita berjumpa lagi.....~

No comments:

Post a Comment