Friday, 5 July 2013
Pokemon...?
Isu kartun Pokemon bukanlah satu perkara baru,
kumpulan-kumpulan Kristian dan juga kebanyakan sekolah di Amerika
Syarikat melarang permainan Pokemon. Bahkan Arab Saudi merupakan negara
pertama yang mengharamkan semua produk Pokemon pada tahun 2001. Tindakan
kerajaan Arab Saudi mendapat sokongan daripada ulama-ulama dan
kebanyakan universiti di sana.
Alasannya kerana wujud unsur perjudian dan dengan ada Bintang David dalam kartun tersebut menguatkan lagi bukti bahawa kartun tersebut adalah propaganda Yahudi dan juga Freemason. Situasi ini bertambah parah dengan adanya versi pek syaitan, yang banyak mengandungi babak-babak yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
Malahan ensiklopedia awam wikipedia telah membuang banyak animasi Pokemon, atas alasan yang lebih kurang sama dengan kerajaan Arab Saudi
Merujuk kepada email yang ada di blog Darul Numan, Perkataan-perkataan itu adalah dalam bahasa Siryani (lughah siryaniiyah) contohnya:
• POKEMON – saya yahudi
• CHARMANDER – ALLAH itu lemah…(Subhanallah!)
• PIKACHU – jadilah seorang yahudi..
Tetapi mereka menafikan nama-nama itu adalah bersandar bahasa Sirvani tetapi ia adalah dalam bahasa Inggeris, katanya; Pocket bermaksud saku disingkatkan menjadi Poke dan Mon adalah singkatan daripada Monster, lalu menjadi Pokemon.
Lantaran itu Pokemon bermaksud raksasa-raksasa kecil dapat dimasukkan ke dalam poket atau saku.
Untuk nama Pikachu yang merupakan tokoh termasyhur dalam kartun ini, juga terbentuk dari dua patah perkataan : (Pika) dalam bahasa Jepun memberi makna bersinar.
Sedangkan kata (Chu) merupakan ungkapan tentang suara-suara yang keluar dari mulut tikus. mengapa dinamakan Pikachu ? Sebabnya ia kelihatan seperti tikus yang bersenjatakan panahan petir.
Manakala kata (Charmander) menunjukkan makna : api yang menyala/membakar. Diambil dari kata bahasa Inggeris (Char). Sedangkan kata (Amander) adalah sebuah kata yang memberikan isyarat pada seekor binatang seperti cicak yang mempunyai api menyala.
Keterangan ini diterangkan oleh Atase Kebudayaan Jepun di Yordania : Kuji Taharo, sebagaimana yang ditulis oleh surat khabar Yordania ar-Ra’yu pada tarikh 4/4/2001.
Alasannya kerana wujud unsur perjudian dan dengan ada Bintang David dalam kartun tersebut menguatkan lagi bukti bahawa kartun tersebut adalah propaganda Yahudi dan juga Freemason. Situasi ini bertambah parah dengan adanya versi pek syaitan, yang banyak mengandungi babak-babak yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
Malahan ensiklopedia awam wikipedia telah membuang banyak animasi Pokemon, atas alasan yang lebih kurang sama dengan kerajaan Arab Saudi
Merujuk kepada email yang ada di blog Darul Numan, Perkataan-perkataan itu adalah dalam bahasa Siryani (lughah siryaniiyah) contohnya:
• POKEMON – saya yahudi
• CHARMANDER – ALLAH itu lemah…(Subhanallah!)
• PIKACHU – jadilah seorang yahudi..
Tetapi mereka menafikan nama-nama itu adalah bersandar bahasa Sirvani tetapi ia adalah dalam bahasa Inggeris, katanya; Pocket bermaksud saku disingkatkan menjadi Poke dan Mon adalah singkatan daripada Monster, lalu menjadi Pokemon.
Lantaran itu Pokemon bermaksud raksasa-raksasa kecil dapat dimasukkan ke dalam poket atau saku.
Untuk nama Pikachu yang merupakan tokoh termasyhur dalam kartun ini, juga terbentuk dari dua patah perkataan : (Pika) dalam bahasa Jepun memberi makna bersinar.
Sedangkan kata (Chu) merupakan ungkapan tentang suara-suara yang keluar dari mulut tikus. mengapa dinamakan Pikachu ? Sebabnya ia kelihatan seperti tikus yang bersenjatakan panahan petir.
Manakala kata (Charmander) menunjukkan makna : api yang menyala/membakar. Diambil dari kata bahasa Inggeris (Char). Sedangkan kata (Amander) adalah sebuah kata yang memberikan isyarat pada seekor binatang seperti cicak yang mempunyai api menyala.
Keterangan ini diterangkan oleh Atase Kebudayaan Jepun di Yordania : Kuji Taharo, sebagaimana yang ditulis oleh surat khabar Yordania ar-Ra’yu pada tarikh 4/4/2001.
Majalah New York Times pada tarikh 26 Mac 2001
menjelaskan ungkapan wakil produser kartun ini di Tokyo yang identitinya
disembunyikan, ia menafikan penggunaan syiar-syiar keagamaan dalam
produk-produknya.
Dari penafiannya ini, saya ada beberapa persoalan yang menerjah di benak fikiran iaitu,
1. Kenapa tidak namakan sahaja pocketmon, perkataan Pokemon hanya menggugurkan 2 huruf sahaja C dan T.
2. Mon adalah singkatan bagi monster yang
bermaksud raksasa, pendapat peribadi saya, raksasa adalah haiwan ganas
dan jahat yang besar ataupun sekurang-kurangnya sama besar manusia dan
haiwan kecil tidak layak dipanggil raksasa. Dalam cerita kartun tersebut
haiwan tersebut lebih kurang sebesar kucing aje yang dapat di kendung.
Jinak pulak tu. Ada ke raksasa jinak dan baik?
3. Jika perkataan chu adalah bunyi bagi tikus,
saya tidak pernah mendengar tikus berbunyi ‘chu’ tetapi bunyinya
‘chit-chit ‘ kerana itulah dalam bahasa Melayu, anjing menyalak dan
tikus berdecit
4. Cuba perhatikan perkataan Poke dan Pika,
bukankan ia kelihatan sama, memang ada beberapa bahasa jika ia
bersambung dengan lain- lain perkataan ia akan berubah sikit terutama
bahasa Arab. Dan tidak mustahil dalam bahasa Siryani ia memberi maksud
Yahudi, Pokemon – Saya Yahudi , Pikachu – Jadilah Seorang Yahudi..
5. Jika digabungkan Char dan armander bukankah
ia menjadi Chararmander, bukannya Charmander. Bila saya taip armander
dewan eja pro tak ada pulak maksud arahan atau isyarat, tiada maksud
apa-apa.
Arahan dalam bahasa Inggeris command ataupun order manakala isyarat signal ataupun gesture.
6. Isu ini isu hangat ataupun isu besar dunia yang boleh membuat
kerugian jika banyak negara Islam melarang kartun ini, kenapa identiti
produser perlu dirahsiakan sepatutnya ia yang menjelaskan perkara ini
bukannya wakilnya ataupun orang lain. Berani kerana benar.
7. Jika benar ia tiada kena mengena mana-mana agama kenapa wujud stars
of david ataupun ada versi syaitan. Bukankah syaitan ini tidak dapat di
lihat tetapi dipercayai wujud oleh agama-agama samawi.
Persoalan ini memberikan gambar wujud dalang di balik tabir
walahualam
Wednesday, 22 May 2013
Saturday, 13 April 2013
Saturday, 23 March 2013
95 Sasis Generation...!! TAHNIAH...!!!
Assalamualaikum.
Alhamdulillah 21 MARCH 2013
adalah detik yang paling dinantikan oleh semua calon-calon SPM 2012. Manakan tidak,
hari yang penuh keramat inilah yang bakal menentukan masa depan mereka
masing-masing. Kalau time batch aku dulu 23 MARCH, kali ni 21 MARCH. Ha3, sure
diorang cuak + nervous bagai. Ala, aku pon pernah rasainya juga 2 tahun yang
lalu.
Bilamana sahaja result SPM
diumumkan memang kemain lagi cuak. Alhamdulillah. Sekolah lamaku, SMKA SULTAN
AZLAN SHAH sekali lagi melakar sejarahnya tersendiri di DEWAN ASY-SYAFIE, dewan
yang dianggap keramat. Manakan tidak, segala permulaan nya di sana dan
berakhirnya pon di situ juga dan di situ jualah kita ber’perang’ bersama-sama
bergelumang dengan kertas yang tebal-tebal dengan perkasas yang lain. Wawww…!! Rindunya
zaman-zaman muda kala dahulu.
Alhamdulillah seramai 8 orang
memperoleh 11A, 10A - 10 orang, 9A – 3 orang dan 8A – 8 orang nampak jugaklah
peningkatan dari segi kuantiti. Bangga daku menjadi alumni kasas. 95 KASAS GENERATION..!!
TAHNIAH anda semua. Aku sendiri tumpang gembira dengan kejayaan adik-adik kasas
di sana. Tambah-tambah pulak ketika aku form 5 mereka semua form 3 dan
sama-sama ambik exam dan hubungan antara batch aku dengan batch diorang
bolehlah dikatakan akrab sekali.
Sesungguhnya, kejayaan individu
sesesorang itu bukanlah bergantung pada mata kasar sahaja sebagaimana yang kita
peroleh bilangan A, tapi seimbang dengan A yang lain juga. Akhlak , Amalan dan juga
Aqidah juga. Insya allah semua yang berjaya itu pasti memilikinya kesemuanya . Dan tidak
bermakna yang kurang itu tidak berjaya, ini semua ujian dan rezeki kita
masing-masing. Allah akan permudahkan urusan kita jua suatu hari nanti, ini
semua ujian hendak menguji sejauh mana ketabahan dan kelangsungan hidup kita
dalam menanganinya dengan apa jua cara . Mungkin kali ni kita kurang berjaya,
manalah tahu suatu hari nanti dalam peringkat yang lebih tinggi lagi, kita
mampu untuk buktikan pada diri kita yang kita boleh juga . Janganlah kita marah pada diri
kita sebab kurang berjaya, ada je yang kurang berjaya ketika SPM, tapi bilamana
masuknya ke alam IPTA dan peringkat yang lebih tinggi berjaya mengatasi yang telah
kita kecapi suatu masa dahulu , dan tak semestinya gagal itu selamanya milik kita dan yang berjaya
selamanya. Hidup ini biasalah ada pasang dan surutnya. Jadi sama-samalah kita
seimbangkan dan kekalkan momentum kita agar terus konsisten dan terus maju ke hadapan
untuk terus peroleh kejayaan yang hakiki suatu hari nanti.
Sudah semestinya juga, tanpa
guru-guru mahupun ibu bapa, pasti kejayaan itu tidak bermakna bagi kita semua. Ini
semua hasil dahn juga pengorbanan mereka yang mulia bersusah payah mendidik
kita sejak dari kecil lagi. Jadi, janganlah kita anggap kejayaan ini milik kita
sahaja, berterima kasihlah kepada mereka, sesungguhnya tanpa mereka tiadalah
kita untuk terus kecapi apa yang kita idamkan.
TAHNIAH SEMUA..!!!
TAHNIAH CIKGU-CIKGU….!!!
TAHNIAH 95 SASIS GENERATION…!!!
Korang semua memang layak untuk
menerimanya.. semoga kalian terus cemerlang, jangan lupa diri, kerana banyak
lagi perjalanan yang harus ditempuhi untuk terus gemilang pada persada yang
terbilang.
Wednesday, 13 March 2013
Tuesday, 12 March 2013
Charity Dinner ICOS 2013
Assalamualaikum.
Rasanya cerita ni mungkin dah nak
basi, tapi tak de lagi bau kemasaman mahupun apa-apa jua. Alhamdulillah, dapat
jugak update blog ni setelah sekian lama tak menjengah. Almaklumlah, aku ni
orang penting… hahahaa… copy ayat kwn aku. Macam ni sejak kebelakangan ni aku
agak busy dengan projek GC, ED mahupun kerja-kerja MRC aku jua. Alhamdulillah semuanya
selesai. Tapi bilamana selesai je satu bab datang balik satu persatu kerja. Ini
pon sebab ada kat umah, sekarang ni tengah cuti smid-sem break selama seminggu.
# Charity Dinner ICOS 2013
Alhamdulillah, selesai jua CD
ICOS kami yang telah pun berlangsung di AMF pada 28 FEBRUARY yang lalu. Aku kali
ni pegang biro catering, secara personalnya, memang aku rasakan advisor aku
yang banyak bantu dalam bab-bab ini, aku last minute baru la terkinja-kinja nak
update. CD kali ni adalah julung kali diadakan sempena dengan INTERNATIONAL
COMMUNITY SERVICES- CAMBODIA dengan objektifnya untuk mengutip dana bagi
pembinaan sebuah madrasah di KG CHAM. Alhamdulillah dapat juga la pendapatan
dan dana hasil CD kali ni. Dan akan dibawa ke CAMBODIA untuk pembinaannya
sedikit demi sedikit.
Kali ni, buat julung kalinya MRC
mahallah aku pakai baju yang seragam. Almaklumlah baru je siap tempah. Dah
macam orang nak kungfu je. Time CD abis, ramai yang cakap ni semua baju korang
beli kat Kemboja ke. Lawak pon ada. Seriously, kali ni memang best jugak la,
banyak cabaran mahupun kejayaan yang kami peroleh. Semuanya berjalan dengan lancer.
Tambah pulak makanan pada malam itu cukup sedap.. tengoklah sape catering nya. Hi3..
btw, thanks banyak-banyak la kat MADAM yang susah payah cari caterer yang nak
provide makanan time CD ari tuh. Bagi aku, permulaannya kami agak sukar kerana
ingin menjual tiket CD kepada orang awam mahupun staff dan jua student CFSIIUM
sendiri. Alhamdulillah semoga kebajikan yang mereka lakukan mendapat berkat. Kali
ni, komiti memang tak ramai. Tapi bagi aku, program yang besar sedemikian
berjalan dengan lancar. Jadi, bolehlah aku simpulkan tak semestinya program
yang besar memerlukan kakitangan yang ramai dan tak semestinya program yang
kecil memerlukan kakitangan yang sedikit. Semuanya bergantung pada diri kita
sendiri sama ada mahu memberikan komitment sepenuhnya mahupun tidak. Syukur sangat,
akhirnya majlis ini berakhir dengan jayanya, mungkin ada kekurangan insya allah
boleh diperbaiki untuk event akan datang.
CD ni bermula pada jam 8 malam,
dan pada minggu berkenaan aku memang tak cukup tidur sebab kene settlekan
projek aku yang kene submit pagi hari KHAMIS berkenaan. Melihatkan mereka pada
malam di bilik meeting mrcmab sebelum hari kejadian, sangat bertungkus lumus,
dan aku hanya berada di bilik untuk siapkan kerja aku. Memang terasa agak
bersalah, tapi apakan daya aku ada kerja lain yang harus dilakukan.
Ketika hari kejadian, banyak moment
yang best dan juga kelakar bagi aku terjadi. Persiapan boleh dianggap last
minit jugak lah. Simpati jua melihat sahabat yang sekaki jua tidak tidur malam
menyiapkan video, barang pameran, kira-kira hasil jualan tiket dan sebagainya. Malam
itu penuh dengan debaran jua bagi kami, julung kali diadakan tidak tahu ‘rentak’
majlis sangat. Petang itu ada rehearsel dan banyak perubahan last minit. Alhamdulillah
dapat diatasi. Malam itu boleh dikatakan full house, ramai yang bertandang sama
ada orang awam, staff mahupun student CFSIIUM sendiri. Majlis bermula dengan
penuh rasminya dan jua persembahan daripada kumpulan GAMELAN dari IIUM GOMBAK,
MAJOR 9 dari CFSIIUM dan penampilan istimewa SHAM KAMIKAZE. Dan majlis terus
berjalan dengan baik sekali dan sampingan video korporat dan jua video dari
pandangan KEMBOJA.
| Committe CHARITY DINNER ICOS bersama MADAM ROSE dan juga advisor dan principal. |
walaupun nampak ceria, tapi aku tahu mereka semua pendam 1001 rasa. mungkin letih ataupun sebaliknya.
Seusai sahaja majlis, bergambar
bersama dengan MADAM ROSE dan juga advisor dan principal mahallah jua. Dan abis
je, masa untuk komiti pulak makan. Memang sedap laaa. Pastu kemas-kemas dewan
cikit. Bukak hiasan. Pastu aku nak cakap cikit je pasal CD ni, lain pulak
jadinya, dah macam post mortem, time tu aku sedar yang aku ni dah melencong
sikit.. sian diorang kene balik mahallah lewat. So, abislah event CD ICOS kali
ni. Dan keesokan harinya, JUMAAT. Tak sampai 24 jam majlis berlalu kene g
LEADERSHIP & TTEAMBUILDING WORKSHOP kat JUNGLE LODGE GOMBAK. Waaaaa…..!!
memang rasa tak larat sangat nak pergi.. kemas baju pon sejam sebelum pergi. Nak
tahu..? Tunggu..?
Subscribe to:
Posts (Atom)





