Monday, 11 February 2013
Sunday, 10 February 2013
Dah MULA BERjombie...
Salam semua.
Maka dengan ni telahpun bermula
jejak langkah aku kea lam semester 3. Insya allah ini adalah semester
terakhirku di CFSIIUM. Minggu pertama awal sem ni, kelas aku tiada langsung
bermula. Silap-silap, sekarang ni aku tidak lagi ada kelas tapi aku ada studio.
Ha3.. manakan tidak. Sepanjang semester kali ini, tempat pengajianku adalah di
dalam studio. Makan bermulalah kerja-kerja extreme ku di se mini. Minggu pertama
, kelas belum bermula. Dan apa lagi ambik kesempatan la jugak balik rumah,
tambah-tambah ada cuti MAULUD NABI. So memang lama jugak la cuti kali ini. Nak disimpulkan seminggu penuh dengan meeting, seb bek tak de kerja lagi. kalau tak nahas aku..
Bilamana balik sahaja dari cuti,
task satu persatu datang menjelma. Kali ini aku ambik 2 subjek. Dua-dua
studio-based. Memang terbaik dari ladang la habaq hang. Memang best. Hari-hari
pergi studio tatap muka yang sama. By the way, kelas nya berselang seli dengan
dua subjek ini. Dan yang paling unik nya. Jadual kelas aku ini tampak menarik.
ISNIN dan JUMAAT kelas petang . SELASA hingga KHAMIS kelas start pukul 10 pagi.
Wawwww…!!! So hari-hari sebelum kol 10 kene gerak ke studio. Dan kali ini aku
ke luar kawasan mahallah. Berbanding semester lalu, studioku dalam mahallah je.
Kalau lewat lari je turun tangga dah sampai. Kali ini agak jugak la jauh.
Subjek yang aku ambik GRAPHIC
COMMUNICATION 2 (GC2) dan juga ENVIRONMENTAL
DESIGN (ED). Alhamdulillah, kali ni dah
satu task settle dah. Berkaitan dengan ED first task agak menarik. Tu la buat
kerje last minit bagai sampai tido kol 4 pagi. Seb bek keesokkannya just submit
kerja je no class.. btw, kecian jugaklah roommate aku ni tidur dalam keterangan
cahaya lampu.. cimpati gua.
Secara jujurnya, bila buat design
kecik-kecik tunjuk kat studio master ok bila transfer je kat board A3. Lain jadinya.
So level confident aku dah mula kurang. Dan inilah masanya untuk aku gigih
lakukan yang terbaik untuk task yang mendatang.
ambik basic shape kat gambar masjid besi ini...
ambik basic shape kat gambar masjid besi ini...
Kali ini GC2 ada kerja baru dan
akan disubmit bukak je cuti ni ari RABU nanti. So sekarang ni tengah gigih
bagai nak rak buat kerja nak settlekan ni. Harap-harap hasilnya memuaskan. Insya
allah.
Sunday, 27 January 2013
Kembali ke KASAS..
Assalamualaikum.
Memandangkan minggu ni dah masuk
balik kampus, memandangkan cuti ‘berbulan madu’ selama 3 bulan lamanya. Kini melangkah
ke kampus dengan azam dan juga umur pon dah mencecah 20 tahun. So minggu ini,
kelas tuk kos aku memang belum start lagi. Apa lagi, aku ambik kesempatan la
untuk balik, memandangkan cuti lama la jugak panjang lak tuh + ada komitmen
lain kat umah sebab parents ada hal. And then baba pon kasi balik umah, so apa
lagi on je la. Mula-mula agak risau la jugak sebab nak balik kene beli tiket on
the spot, risau la tiket balik TELUK INTAN abis.
Tibe je kat umah, baba ajak esok
(JUMAAT 25 JAN) ke SMKASAS nak ambik adik aku yang dok asrama balik dan ambik
jugak bantuan awal persekolahan RM 100 kat sekolah. So, alang-alang dah ajak
aku pon apa lagi ikut la, boleh jugak jumpa cikgu-cikgu kat sana, lagipon dah
lama tak bertandang ke KASAS dah. Dan aku ambik kesempatan la jugak ke kedai
yang jual barang-barang kos aku ni. Dekat teluk intan ade je, tapi mahal nak
mampus. Ada suatu ketika tu aku pergi kedai buku, tanya la harga ‘technical pen
FABER CASTELL’ tu, terkejut aku bila tengok harga RM170. Mahal giler. Even kat
KL yang orang kata mahal tuh pon harga nye RM99. Oh, mati-matian kene tipu. Dan
aku mulalah membebel kat orang tuh, dia pon cakap la, bla blaaa bagai.. hmm..
so kesempatan aku ke kedai yang memang special jual barang-barang untuk student
yang ambik kos-kos design la. Manakan tidak, kedai tu dekat je dengan UiTM SERI
ISKANDAR yang ada kos design, so memang kene ada lah kedai tu untuk memudahkan
pelajarnya.
Bilaman tiba je kat KASAS, aku
terkesima melihat satu signboard besar yang diletakkan di pintu utama sekolah,
sedikit rasa bangga dan kagum, rasa nya tersangat bangga la jugak. Kedudukan sekolah
itu dah la laluan highway IPOH-LUMUT, so orang yang drive kat kawasan tu memang
boleh nampak la kan. Terpangpang besar dan gah ‘Cluster School Of Excellence’..
Masuk je dewan ada ucapan semua
bagai, hari ini aku masuk dewan sebagai tetamu. Memang terkenang jugaklah
kenangan time masa jadi student dok dalam dewan. Manakan tidak, bila orang
tengah bagi ucapan je sure tidur tak pon sembang. Ha3. Pastu abis je ucapan semua,
parents semua ambik duit dari kaunter kelas masing-masing. Dan ketika itu aku
menghilangkan diri dan berjalan merata-rata jap. Dapat jugaklah jumpa
cikgu-cikgu sana tanya khabar. Kali ini dapat jumpa ramai cikgu jugaklah, sebab
semua tertumpu kat dewan so memang ramai la. Sebelum ini pernah datang tapi
semua cikgu ada komitmen lain. Ajar pelajar la bagai. So memang tak dapat nak
jumpa la. Kali ini seriously best dapat jumpa ramai cikgu-cikgu. Alhamdulillah,
semuanya sihat-sihat belaka.
Pastu, ambik adik aku balik umah
terus. Dan aku cuti jugak, cuti sampai hari isnin. yyeyeeaaah..!!
Friday, 25 January 2013
CFSIIUM ICOS
Mission
To assist Cambodians in constructing an Islamic missionary school (Madrasah).
Description
International
Community Service Programme (ICOS) 2013 will be held on 6-11 June 2013
at Kampong Steung Trong KM 7, Kampong Cham, Cambodia. The programme will
be organized by Inter Mahallah Representative Committee (MRC), Centre
for Foundation Studies (CFS), International Islamic University Malaysia
(IIUM), in collaboration with Office of the Deputy Dean (Residential
Management and Discipline), CFS IIUM and Centre for University Social
Responsibilities (CENSERVE), IIUM.
untuk keterangan lanjut bolehlah klik pada link di bawah ini.
Wednesday, 16 January 2013
SBP....!!!
Assalamualaikum.
Tahun 2013, tahun baru, azam baru sekolah pon nak baru la
jugak. Hari ini, keputusan ke Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh Kementerian
Pelajaran Malaysia (SBP KPM) telahpun keluar melalui internet je. Nak cek ini
link nye.. SEMAKAN KE SBP TINGKATAN 4 sudah menjadi satu kelaziman
terutamanya di sekolah menengah ku yang dahulunya memang saban tahun akan ada
pelajar yang daang mahupun pergi meninggalkan bumi KASAS, seorang demi seorang
terima tawaran , tak kurang juga yang menolak atas sebab-sebab tertentu da
nada juga yang ingin berubah angin ke sana kerana semasa tingkatan 1 tidak
kesempatan lagi ke sana. Memang bumi KASAS banyak melahirkan pelajar yang
cemerlang, namun semuanya pergi meninggalkan bumi itu demi mengejar cita-cita
dan impian masing-masing. Semuanya bergantung pada rezeki dan nikmat yang
dikurniakan. Yang mana teringin sangat nak ke sana dan tidak berjaya, anda boleh kemukakan rayuan secara online, manalah tahu rezeki dapat untuk intake yang seterusnya.
Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya. Semoga dengan
tawaran dan kemasukan kalian ke SBP akan terus membakar semangat kalian semua
untuk terus cemerlang dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Semoga terus
cemerlang di dunia dan di akhirat.
Monday, 14 January 2013
Asrama bukan Asmara...!!!
Assalamualaikum.
So, sekarang ni rata-rata pelajar di MALAYSIA ni memang
berlumba-lumba nak masuk ASRAMA, ada juga segelintir daripada mereka telah
mengenali dunia asrama sejak sekolah rendah lagi. Ye lah kan, ada juga sekolah
rendah yang menyediakan kemudahan asrama untuk pelajar di sekolahnya. Secara amnya,
kebanyakan pelajar yang duduk asrama adalah pelajar yang cemerlang dari
pelbagai aspek. Insya allah. Tapi point di sini bukanlah nak merendahkan
martabat pelajar yang tidak duduk di asrama. Ada juga pelajar yang bukan
tinggal di asrama mampu meraih kejayaan yang luar biasa dari pelajar yang
tinggal di asrama. Itu memang tidak dinafikan. Terpulanglah kepada individu itu
sendiri untuk membentuk sahsiah diri mereka masing-masing, bak kata pepatah,
meluntur buluh biarlah daripada rebungnya.
Bilamana sahaja keputusan peperiksaan terutamanya UPSR
diumumkan, rata-rata pelajar berjaya peroleh 5A mahupun 4A1B menanti surat
tawaran sama ada ke SBP, SBPI, MRSM, SMKA mahupun SMK juga. Ada juga SMK yang
menyediakan kemudahan asrama jugak. Ini semua bergantung pada rezeki bukannya
yang tak dapat itu tak cemerlang Cuma kouta ataupun bilangan terlalu ramai dan
ini juga mungkin dipilih secara random dan juga mengikut perkembangan pelajar
sejak dari dulu lagi. Manalah satu, hamba bukan nya kerja masukkan data untuk
pelajar ke sana.
Dulu, selalunya dilemma pelajar yang akan ke asrama sangat
takut, kerana risau akan dibuli oleh senior di sana, tak tahu nak uruskan diri
la, tak tahu nak uruskan masa la. Tapi itu semua dilemma yang dahulunya memang
sangat sinonim dengan meraka, namun kini semuanya pudar. Perkara sedemikian
tidak menjadi masalah kepada mereka semua lagi. Hendak ke asrama dengan satu
matlamat dan keazaman untuk terus berjaya di dunia dan di akhirat. Sekaligus mampu
menjadi insan yang terbaik untuk bangsa, negara dan agama. Banyak kelebihan nya duduk di asrama ini,
tambah-tambah semua pelajar di sekolah itu tak terkecuali tinggal di asrama,
semuanya duduk di asrama.
So kepada pelajar terutamanya tingkatan 1 yang baru sahaja
melangkah ke alam yang lebih besar dan penuh cabaran ini, selamat maju jaya.
Subscribe to:
Posts (Atom)




