Sunday, 27 January 2013
Friday, 25 January 2013
CFSIIUM ICOS
Mission
To assist Cambodians in constructing an Islamic missionary school (Madrasah).
Description
International
Community Service Programme (ICOS) 2013 will be held on 6-11 June 2013
at Kampong Steung Trong KM 7, Kampong Cham, Cambodia. The programme will
be organized by Inter Mahallah Representative Committee (MRC), Centre
for Foundation Studies (CFS), International Islamic University Malaysia
(IIUM), in collaboration with Office of the Deputy Dean (Residential
Management and Discipline), CFS IIUM and Centre for University Social
Responsibilities (CENSERVE), IIUM.
untuk keterangan lanjut bolehlah klik pada link di bawah ini.
Wednesday, 16 January 2013
SBP....!!!
Assalamualaikum.
Tahun 2013, tahun baru, azam baru sekolah pon nak baru la
jugak. Hari ini, keputusan ke Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh Kementerian
Pelajaran Malaysia (SBP KPM) telahpun keluar melalui internet je. Nak cek ini
link nye.. SEMAKAN KE SBP TINGKATAN 4 sudah menjadi satu kelaziman
terutamanya di sekolah menengah ku yang dahulunya memang saban tahun akan ada
pelajar yang daang mahupun pergi meninggalkan bumi KASAS, seorang demi seorang
terima tawaran , tak kurang juga yang menolak atas sebab-sebab tertentu da
nada juga yang ingin berubah angin ke sana kerana semasa tingkatan 1 tidak
kesempatan lagi ke sana. Memang bumi KASAS banyak melahirkan pelajar yang
cemerlang, namun semuanya pergi meninggalkan bumi itu demi mengejar cita-cita
dan impian masing-masing. Semuanya bergantung pada rezeki dan nikmat yang
dikurniakan. Yang mana teringin sangat nak ke sana dan tidak berjaya, anda boleh kemukakan rayuan secara online, manalah tahu rezeki dapat untuk intake yang seterusnya.
Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya. Semoga dengan
tawaran dan kemasukan kalian ke SBP akan terus membakar semangat kalian semua
untuk terus cemerlang dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Semoga terus
cemerlang di dunia dan di akhirat.
Monday, 14 January 2013
Asrama bukan Asmara...!!!
Assalamualaikum.
So, sekarang ni rata-rata pelajar di MALAYSIA ni memang
berlumba-lumba nak masuk ASRAMA, ada juga segelintir daripada mereka telah
mengenali dunia asrama sejak sekolah rendah lagi. Ye lah kan, ada juga sekolah
rendah yang menyediakan kemudahan asrama untuk pelajar di sekolahnya. Secara amnya,
kebanyakan pelajar yang duduk asrama adalah pelajar yang cemerlang dari
pelbagai aspek. Insya allah. Tapi point di sini bukanlah nak merendahkan
martabat pelajar yang tidak duduk di asrama. Ada juga pelajar yang bukan
tinggal di asrama mampu meraih kejayaan yang luar biasa dari pelajar yang
tinggal di asrama. Itu memang tidak dinafikan. Terpulanglah kepada individu itu
sendiri untuk membentuk sahsiah diri mereka masing-masing, bak kata pepatah,
meluntur buluh biarlah daripada rebungnya.
Bilamana sahaja keputusan peperiksaan terutamanya UPSR
diumumkan, rata-rata pelajar berjaya peroleh 5A mahupun 4A1B menanti surat
tawaran sama ada ke SBP, SBPI, MRSM, SMKA mahupun SMK juga. Ada juga SMK yang
menyediakan kemudahan asrama jugak. Ini semua bergantung pada rezeki bukannya
yang tak dapat itu tak cemerlang Cuma kouta ataupun bilangan terlalu ramai dan
ini juga mungkin dipilih secara random dan juga mengikut perkembangan pelajar
sejak dari dulu lagi. Manalah satu, hamba bukan nya kerja masukkan data untuk
pelajar ke sana.
Dulu, selalunya dilemma pelajar yang akan ke asrama sangat
takut, kerana risau akan dibuli oleh senior di sana, tak tahu nak uruskan diri
la, tak tahu nak uruskan masa la. Tapi itu semua dilemma yang dahulunya memang
sangat sinonim dengan meraka, namun kini semuanya pudar. Perkara sedemikian
tidak menjadi masalah kepada mereka semua lagi. Hendak ke asrama dengan satu
matlamat dan keazaman untuk terus berjaya di dunia dan di akhirat. Sekaligus mampu
menjadi insan yang terbaik untuk bangsa, negara dan agama. Banyak kelebihan nya duduk di asrama ini,
tambah-tambah semua pelajar di sekolah itu tak terkecuali tinggal di asrama,
semuanya duduk di asrama.
So kepada pelajar terutamanya tingkatan 1 yang baru sahaja
melangkah ke alam yang lebih besar dan penuh cabaran ini, selamat maju jaya.
Friday, 11 January 2013
Godek-godek Photoshop
assalamualaikum,
Plan nak tulis novel la, belajar pasal photoshop la, belajar itu ini laaaa... hmm, semuanya tak jadi pon. Tapi belajar la jugak sikit-sikit pasal photoshop ni kat Youtube ye, Ya la. Zaman sekarang ni google je, youtube je. semuanya ada maklumat cari je la, ni lah cara zaman sekarang. Tak tahu klik je. hahahaaa...
Btw, sebelum bukak sem, dulu ada plan nak buat carta organisasi untuk organisasi aku ini. sekarang ni baru je sekerat jalan buat. Tapi sebenarnya aku ada keje lain. Masih belum bersedia pegang fon dan jawab semua panggilan. So off kan phone aje..
Inilah kerja yang baru sekerat je siap, nanti dah siap akan dipublishkan.
Thursday, 10 January 2013
Akan Bermula...!!!
Assalamualaikum....
Tinggal beberapa lagi ke 20 JANUARI sahaja lagi DANE akan
terus menyambung pengajian di CFSIIUM dalam jurusan asasi seni bina, maka
dengan ini secara rasminya ialah semester 3 bagi sesi 2012/2013 dan ini juga
semester terakhir DANE sebelum melangkah ke peringkat ijazah. Insya allah.
Namun begitu, ada beberapa lagi tugas yang perlu aku galas
sepanjang semester 3 kelak. Insya allah, aku akan terus lakukan yang terbaik. Dan
semester ini DANE akan mengikuti 2 subjek sahaja, memang la Nampak macam senang
je kan. 2 je..?? Tapi hanya diri ini
sahaja yang mampu untuk lakukan yang terbaik total semua kelas 14 jam dalam
masa seminggu. Alhamdulillah dah tengok jadual. Macam biasa la, orang memang
tak nak jadual kelas hari jumaat, apakan daya. Hari jumaat petang ada kelas
sampai pukul 5pm. Terima je la, tapi manalah tahu ada perubahan. Hi3. Maka semester
3 ini akan bermulalah perjalanan aku untuk terus mencapai cita-cita dalam
ijazah nanti. Insya allah, aku ingin terus melanjut dalam bidang architecture. Semoga
impian dan cita-cita aku sejak dari kecil lagi menjadi kenyataan. Amin…..
Subscribe to:
Posts (Atom)






