Aku lebih rela ada musuh yang jujur membenciku daripada mempunyai kawan yg hanya nampak gembira dihadapanku tetapi membenciku di belakangku.

Sunday, 4 March 2012

photography...

mau cer apa arr kali nih..
ha....!!! idea dah mai...pasal photography...!!!
zaman sekarang bila sebut pasal photography memang part paling best la kan...
ye la.. zaman sekarang ni kan zaman ICT, zaman kecanggihan gajet2..terutamanya kamera DSLR..
bila sebut je DSLR, memang gambar or output yang dihasilkan memang terbaik la katekan..

that's me...!!!


pengalaman aku,
masa kat sekolah menengah dulu, aku ni kiranya editor majalah sekolah la katakan..
ke hulu,ke hilir ngan kamera, ambik gambar atau bahasa yang aku suka pakai jadi paparazi laaa..
memang best la jugak wat keje ni..tapi itu, mase mula2..
dah lame wat keje tangkap2 gambar ni rase malas la..
lagipun kamera yang kitorang pakai time tu hanyalah kamera digital...
kamera DSLR waktu tu xbape fames lagi kot..
tak pe la.. paling xtahan, bile time nak study je..kene panggil tuk ambik gambar.
waktu tu mmg wat keje tak ikhlas la... tapi lame2 ikhlas lak.. boley lak camtu..lantak la~~
so, banyak la side2 yang menarik aku kene ambik dan pose2 maut dr deme sume..
dr situ minat aku ngan photography kian bercambah..
aku dah mula mahir tuk ambik gambar dr side2 yang menarik tuk bg gambar kelihatan sgt menarik..
dok atas pentas ambik gambar org terima award la...rase cam capap muke kat atas pentas,tu yang buat aku tak SUKE tuh....hishhh!!!!!
btw,mmg best la kenangan tu sume..



so, sekarang ni dah byk sgt gajet2 tuk ambik gambar DSLR la, LOMO la...
mmg best kot..
tapi apakan daya,ekonomi aku masih lagi tak kukuh...
so simpan la angan2 je arr nk pakai sume bnda2 tuh...
tapi itu mmg aku NAK sgt....!!!
takpe la...lagipon foundation aku ni pon xabis lagi..
ade lagi setahun kat PJ nih...hu3...


walau macam mane pon, zaman sekarang kan mudah..
dengan adanya aplikasi cam PICNIK.. PIXLR yang boley edit gambar memang terbaik la..
aku suke sangat...
plus gambar2 kat TUMBLR yang memang terlalu OWESOME bagiku...
aku suke sangat tak terkata!!!
i wish to fulfill my dream...yeah...!!!


DIMANA ADA KEMAHUAN, DISITU ADA JALAN...

SEMOGA ALLAH MEMPERMUDAH URUSAN KITA....

Saturday, 3 March 2012

ONe DiRecTioN...

wawww.. banyak beno cer la yang DANE nak cer ari ni...tu la pasal...sape suruh wat 'come back' blog..ha3...
by the way, memang entry kali niaku nak cerita pasal satu kumpulan yang kat BRITAIN yang tengah meletoppppsss gitu...  ONE DIRECTION..

actually, first time aku tau lagu deme ni mase ak nk balik beraya Cina ari tuh... balik je arr dari CFSIIUM, abg aku ambik n then nek arr kete mewah wei..ha3... n then abg aku ni suka sangat bukak HITZ.fm..kalo aku selalunya bukak ERA je.. tapi xpe la, aku layan je arr lagu2 omputih ni.. n then ak dengar la satu lagu nih..
WHAT MAKE YOU BEAUTIFUL... waw mmg owesome giler la lagu tuh...



so aku pon search2 la kumpulan one direction ni..mmg terbaik la same lu, sume lagu2 diorg memang mantap abisss..
byk lagi lagu diorg..ak pon dah la dengar sume..

nak dipendekkan cerita, aku mule minat giler ngan genre music yang diorg bawak.
dan tersebutlah al-kisah,di mana kelas bahasa inggeris aku, madam suruh buat motivational song.
yang kumpulan aku lak, still lagi belum complete task nye, n then ak tetibe je datang idea nak olah lagu ONE THING ni.. so tanpa berlengah aku pon terus download minus one nye. n then petang tu jugak ak g ambik lyric(poem sebenarnya).. juz edit2 je arr.. aku pon apa lagi bedal je arr..lyricnye pon xbyak ubah..
so, aku pon rakamlah lagu ONE DREAM ni pagi-pagi bute kat bilik ngn members aku laaa...


esoknya, ade kelas BI, madam suruh kitorg sume persembahkan hasilnya.
ak pon mai la ke depan cucuk pendrive dalam lappy kawan aku n tayang dengar kat sume.
memang best la jugak, aku usha madam,
dia macam tertarik je ngan melody n lyrics kumpulan kitorg..
abis je lagu tuh, sume tanya korg dapat minus one lagu ape...??
SIMPLE PLAN ke..??
ha3... so aku pon perkenalkanlah kat diorg lagu dari KUMPULAN ONE DIRECTION...
ape...?? xpernah dengar pon..so aku pon mula la promotekan nye....

thanks la kat kawan aku yang sudi nyanyikan~~
memang terbaik la~~

mau dengar lagu diorg tekan la link nih...memang best wei..lagu diorg...
ONE DIRECTION's SONGS



~ini hanyalah hiburan semata-mata,janganlah kita terlalu taksub dan leka dengan muzik sehingga lalai untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ISLAM~

APa ITu QaRin....???

ok... tuk entry kali ni aku nak lain dari yang lain..cerita islamik wei....
apa itu QARIN....??

korang sume tahu tak..?? TAHU...?? TAK TAHU...?? PERNAH DENGAR..??? PERNAH TENGOK...???
apa papun mai cini aku nak bagitau kat sume apa itu sebenarnya QARIN....


Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ?




Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya.

Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam."
(Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan."
(Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

#Cuba Bayangkan sejenak tentang Kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan Dosa dan Kejahatan.
Sudah Pasti dia Gembira jika kita Tewas dengan Kejahatan dan Sedih jika kita berjaya Menangkis.

*Ingatlah ini dan berfikir tentang Apa yang akan kita lakukan.

JANGAN SEKALI KALI TEWAS DENGAN NYA DAN KEMBALI SETERUSNYA MENUJU DI DALAM JALAN ISLAM YANG SEBENAR !


والله اعلم
 

Nice Pictures...

arghh..!!!! ni yang aku tak suka bila adanya blog ni mcm2 la ak nk updatenya...hish3....
 by the way, memang syok la jugak kan...kan..kan.....!!!!

ni arr saje je nak share kat u all.. kalo malas sangat nak cari gambar kat tumblr, mai la jenguk-jenguk
lamen web yang ni..


gambar merupakan seni yang amat bermakna,
dalam gambar kita boleh mencari ilham,
mendapatkan ketenangan,
mengekspresikan ilham dan pengalaman kita,
banyak lagi la~~~
sebab tu bak kata YUNA,
SETIAP GAMBAR ADA LAGU... 




walau macam mana pun kita semua hendaklah berbalik pada AL-Quran Al-Karim.
yang gambar2 ni hanyalah sementara..
namun, ALQURAN adalah segala-galanya untuk umat Islam sekalian...
bak kata orang SYUMULIAH...
memenuhi seluruh aspek..


~penuhilah amal ibadat yang baik~

MaCam-MaCam..??

ok.. fine....!!! ni arr dah macam dan banyak sangat daaa social networking kat malaysia ni...




FACEBOOK , TWITTER, TUMBLR, BLOG, TUMBLR dan macam2 lagi la... tak larat nak mention la...
kadang2 banyak sangat ni pon wat semak n berlumut jeee.. ha!!!!!
padahal tuan empunya BLOG ni pon ade banyak jugak, sampai  tak terjaga... saje jeee wat banyak nk rase..betul tak..??



kan senang.!!! tengok surat pon ade tempat simpan..



apapun dah jumpa jalan tuk unite kan sume benda2 yang aku ade ni... flavor...
kan senang ade benda nih...senang nak tengok n jenguk...


saje je nk sharee..!!!

Jadilah YanG Terbaik

hmm.. sebenarnya ini mungkin post yg pertama kat blog ini sebab baru buat la katekan padahal ade je yg lama biarkan berhabuk,berlumut xmau update..
sebenarnya nak mai habaq ni tadi ade tgk satu vid dr UTube la katekan... ye lah sekarang ni kan byk sgt video yg upload kat cana dan then aku tertarik la kat satu vid ni.. OREO 3+1.. mmg terbaik la cerita nyeee... mmg terasa pun ade..hi3..



~ OREO 3 PLUS 1 ~

memang jalan ceritanye memang menyentuh kalbuku.. 
n pengalaman aku lebih kurang jugak la kan ngn cer ini.. n then tu la kita ni byk sangat pentingkan orang lain dr kebajikan diri kita bukan apa..??  sbb kita nk org lain gembira dan  senang dengan kita..tapi bukan lah kita nk menunjuk-nunjuk yg kebaikan kita ..tapi bila kita buat sesuatu kebaikan memang rasa seronok. tapi sayangnya orang lain memang xtahu nak hargai...

walau macam mana pun sekali berlaku.. ALLAH tetap sentiasa di sisi kita pada bila masa sahaja, jadi kita tidaklah kesunyian..




bak kata orang bila kita dah tak ada baru nk terkial-kial nak cari

by the way cerita ini memang sangat bermanfaat untuk kita semua...

Sunday, 1 January 2012

Semakin Dekat..!!!!

hmm... tahun 2011 kini telahpun melabuhkan tirainya..



apa azam anda...??
ewah...!!! tanya orang pulak..tanya diri sendiri dulu..!!!
walau apa pun aku pon ada azam jugak.. tapi aku simpan je arr dalam sanubariku...

ayat biasa....!!!
AZAM TAHUN INI ADALAH UNTUK MENJADI YANG TERBAIK DAN MENCAPAI SEGALA CITA-CITA... 



tambah2 sekarang ni masuk zaman UNIVERSITI....no more childish...


JAGA IMAN , JAGA DIRI , JAGA HATI