Aku lebih rela ada musuh yang jujur membenciku daripada mempunyai kawan yg hanya nampak gembira dihadapanku tetapi membenciku di belakangku.

Saturday, 5 January 2013

Sims City

Best jugak main SimsCity sosial nih.... Di sebabkan ruang yang ada terlalu pada terpaksalah sendatkan sume bangunan.


One Direction :Kiss You:

Aku memang suka stalk YouTube bukak je terjumpa la lagu dari group diorang yang baru update. Tak sampai sebulan je dah jutaan yang telah tengok video dan dengar lagu ini dari youtube. Jom layan lagu terbaru dari One direction, Kiss You. Best jugak.





Thursday, 3 January 2013

Trivia 2012 :PART 2:



Assalamualaikum.

Ini 2012.2 maknanya part two. So sepanjang tahun 2012 banyak jugaklah cerita-cerita yang menarrik bagi aku mungkin seronok dan mungkin jua tidak. Dan aku sangat bersyukur sekali dengan apa yang telah dikurniakan kepadaku. Sememangnya segalanya dari-NYA yang menguji kesabaran, ketabahan dan jua keikhlasan aku dalam mengharungi apa jua keadaan mahupun rintangan. Ini semua dugaan dariNYA. Walaupun perkara itu indah sekali manapun, mungkin itulah dugaan yang harus kutempuhi.

#Ta’aruf Week Programme 2012/2013
Bermulanya aku dengan mengisi boring bagi menjadi salah seoarang ahli, roommate aku semua ambik yang mana ambik dua tahun pengajian. So aku pun tak lepaskan lah peluang untuk sama sekali ambik. Memandangkan cuti tak tahu nak buat apa, so ada jugaklah pengisiannya. Alhamdulillah, petang selepas abis je kelas. Aku meneria panggilan dari nombor yang tidak aku kenali, pada mulanya malas nak angkat sebab tak kenal. So bila angkat suara tuh mengatakan yang aku terpilih sebagai Head Publicity and Protocol untuk Ta’aruf Week Programme 2012/2013. Aku pada mulanya memang agak terkejut, mana taknya ini adalah salah satu program terbesar CFSIIUM. Takut, risau semua ada, yelah nak jadi ketua untuk biro dengan komitinya yang tak tentu lagi. Aku mendiamkan diri sahajalah. Maka telah bermulalah induction TAWE. So aku agak gugup dan gementar jugaklah untuk bertemu bersama head-head dan assistant-assistant yang lain serta komiti dalam biro ku jua. Risaulah, aku ini tak de la layak mana nak jawat jawatan yang bagi aku amat besar sekali tanggungjawabnya. Alhamdulillah, tidak seperti yang kuduga, kesemua komiti biro aku memang amat sporting abis. Lebih-lebih lagi biro PUBPRO, so memang sakan bergambar laa. Tak juga aku terima banyak jua komen dari biro lain mengenai komiti biroku. Biasalah, cubit peha kanan, peha kiri terasa jua. Sememangnya sangat penat. Tapi keceriaan dan kegembiraan ahli biro ku membuatkan aku gembira tatkala melihat mereka, ibarat sebuah keluarga besar. Aku sejujurnya agak blur dalam urusan ini. Tugas kami memang Nampak mudah tapi tak semudah yang disangkakan. Tugasan menyiapkan signage, lagu-lagu yang berkaitan dan jua poster-poster adalah tugas utama kami. Alhamdulillah, selesai jua program ini dan aku sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang telah memberi aku sokongan mahupun dorongan untuk terus menjayakan program ini. Panggilan ‘PAPA’ masih lagi terpahat dan teringing-ingang dalam ingatn lubuk sanubariku. Walaupun hanya 2 minggu kita kenal, namun keakraban yang terjalin tak tumpah sekian lama telah mengenali antara satu sama lain. Bukan takat biro sendiri sahaja malahan komiti TAWE yang lain jua telah kukenal. Secara tak langsungnya, aku dapat mengenali warga CFSIIUM dengan lebih ramai lagi. Ketika itu, ada jua sebilangan MRC menyertai program ini seolah-olah menjadikan satu platform gathering buat kita semua. 






#MRC Mahallah abu bakar
Ok, memandangkan MRC kali ini telahpun dibubarkan dan untuk sesi seterusnya tetap diteruskan pada awal semester 1 lagi bagi sesi 2012/2013. Alhamdulillah, sekali lagi aku telah diberikan tanggungjawab untuk terus menjadi sebahagian daripadanya untuk kali yang kedua. Memandangkan aku ini boleh dikatakan senior ataupun orang lama dalam organisasi ini, aku harus banyak belajar untuk memperbaiki setiap kelemahan pada diriku jua. Kali ini mungkin agak berbeza, tidak seperti dulu sahabat-sahabat MRC mahallah aku, ramai telah graduate dan hanya aku seorang sahaja, memang terasa satu kehilangan dan kesunyian. Kemesraan antara kita semua terjalin memang tak mungkin aku lupakan. Kali ini, dapat jua aku menambah kenalan seMRC di seluruh CFSIIUM ini, Alhamdulillah. Dengan sokongan dan dorongan dari mereka aku mampu ‘berdiri’ untuk terus lakukan yang terbaik. Insya ALLAH. Misi yang paling penting dalam organisasi kali ini. Aku menjadi salah seorang mainboard untuk program “International Communty Services” . semoga kita semua mendapat keberkatan dari-NYA. 


aku terima nikahnya.

Aku Terima Nikahnya, bunyi macam senang je nak lafaz. Memang pun, tapi apakan daya, kengkadang ketika majlis akad diadakan pengantin lelaki kene tenang, jangan gugup, nanti berkali-kali pulak lafaznya. hi3. 

Tadi, Dane tengah tengok-tengoj kat FACEBOOK, tenampak satu gambar ini sangat mendalam maksud rupanya, aku ingatkan gitu-gitu je, yelah orang belum berkahwin la katakan, so setelah aku amati ayat tuh, rasa macam betul dan sememangnya itulah yang namanya sebenar lafaz AKU TERIMA NIKAHNYA. Bagi aku, tak tahu la macam mana sekalipun yang pasti memang benar segala-galanya pasti akan ditanggung kelak.


LOCUS : Barang module HILANG :



Assalamualaikum.

Alhamdulillah, secara rasminya kini telahpun bergelar seorang insan yang berumur 20 tahun walaupun belum tiba hari lahir yang ke-20 lagi, tapi bersyukur kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk terus berbakti beribadat kepadanya. Hari ini adalah hari yang ke-3 bagi tahun 2013 ini.. 2 0 1 3… 20 umurku, hari ini bulan 1, dan tarikh hari ini 3 haribulan.. alhamdulillah, kebetulan je. 

So, sepanjang di tahun 2012, pelbagai pahit getir mahupun kebahagian kemanisan telahpun kutempuh, semuanya membuatkan diriku bertambah pengalaman dan kematangan tu kian bertambah. Segala-galanya dapat jua kutempuhi dengan keberkatan-NYA , insya allah. Tahun 2012, menyaksikan satu perubahan yang boleh dikatakan sangat besar dalam kehidupan ku kini yang bergelar seorang mahasiswa di salah sebuah universiti  tempatan di Malaysia kini. Aku melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina yang telah lama aku idamkan. Segalanya kian mengahmpiri untuk terus kukecapi impian dan hasratku. Permulaan tahun 2012, aku telah melangkah ke semester 3 bagi tahun pertamaku di CFSIIUM ini.  Rasa macam tak sangka je yang rupanya aku jua telahpun meninggalkan alam persekolahan untuk tahun yang ketiganya. 

#MRC events.
Alhamdulillah, permulaan tahun 2012, sangat bermakna bagi aku. Sepanjang aku berada di CFSIIUM, aku memegang jawatan dalam satu organisasi yang dikenali MRC (Mahallah Representative Committee). Bagi semester 3 sesi 2011/2012, banyak pengalaman yang bermakna aku bersama mereka. Seronok sangat, sebab masa tu boleh dikatakan aku masih lagi junior antara yang lain. Program yang paling aku tak boleh lupa ialah LOCUS. Di mana, program ini merupakan program yang dikendalikan sepenuhnya oleh MRC CFSIIUM, dan tuan empunya program ini ialah mahallah aku sendiri. Alhamdulillah, aku telahpun ditugaskan untuk menjawat biro special task dan preparation & technical bersama 2 orang sister yang lain. Kali ini, aku agak gugup la jugak sebab pertama kali jadi head biro dah la gabung 2 biro lak tuh, mula-mula agak susah la jugak, tapi aku banyak dibantu oleh ahli biro aku mahupun komiti yang lain. Yang paling aku tak lupa, bila tibe je tempat event barang-barang untuk module ‘hilang’. Aku tak pasti lagi sama ada hilang ataupun tinggal dalam bas. Sampai sekarang misteri ini masih lagi belum dirungkaikan. Time tu aku agak cuak jugak la. Ye la, program kat sana banyak gunakan barang so agak bersalah jugaklah, sebab barang tu tak de. Tapi Alhamdulillah barang semua dapat di cari, so gunakan back-up plan la. Terima kasih semua..!! Secara totalnya, aku macam enjoy-enjoy sertai program ini. Best jugak kalo jadi komiti. Aku tak de la selalu bersama student untuk module program fasi, so aku melepap kat kantin je la, kantin kami jadikan tempat untuk masak. So memang best jugak la, banyak kenangan yang aku dapat time LOCUS ini, dan komiti sume sporting-sporting je, dapat jugaklah tolong masak, potong-potong sambil tu sembang-sembang. Dan yang paling penting kerja aku adalah ‘basuh periuk mangkuk’ so kene sental laaaaaa… btw, inilah event yang paling best aku join.




#Traditional and cultural week
kali ini aku agak bertuah sekali kerana terpilih untuk menjadi penolong setiausaha bagi program ini. Actually program ini amatlah besar sebab seluruh MRC CFSIIUM sama-sama join, memang banyak meeting dan komiti pon banyak. Ada banyak event, charity dinner, telematch dan carnival jualan. Dan kali ini tak kurang juga hebatnya sebab boleh kenal-kenal dengan semua komiti MRC CFSIIUM, beruntung sangat dan macam satu family.

#LTW, dorani.
Kali ini, leadership and training workshop kat haji dorani di sg besar. Kali ini tak macam LTC yang banyak ceramah, kali ini banyak dalam group. So kali ini memang agak berbeza dari LTC. Event-eventnya best sangat. Sampai ada juga perangai yang tak pernah kita lihat sebelum ini semuanya terkeluar. Ada pertandingan memasak , candle war game la. Agak lawak jugak la, bila main game ini dah la tengah malam. Pastu kene marah sebab main macam hampeh, pastu KING LI boleh buat lawak la pulak. Best weiii… gelak-gelak sakan malam tuh.

#RMDD appreciation day
Setelah selesai satu sesi 2011/2012, akhirnya MRC CFSIIUM telahpun sampai ke penghujungnya. Dan jawatan semua dibekukan untuk ambilan yang baru. Kali ini agak sedih jugak la, setelah sekian lama bersama MRC akhirnya berpisah jua di penghujungnya, banyak kenangan mahupun dugaan yang kita sama-sama tempuhi.  Yang paling best, ari tu aku kene baca puisi untuk MADAM ROSE deputy dean RMDD. Ini semua idea kak ros la jugak, thanks kak rose. So kene lah aku baca. Sdewan gelap gelita past uterus aku kuar baca puisi, main hantam je puisi tu bagai entah pape tapi ada juga maknanya. Hi3. Pastu abis je event terus pulang. Sedih….!!!

PARLIMEN MRC CFSIIUM 2011/2012 dibubarkan

Semoga ikatan unkhwah antara kita semua berkekalan hingga akhir hayat bersama kalian semua.



WE'RE BIG FAMILY.

Salam





"Perkara yang paling sedih apabila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah" - Ibn Mas'ud.

Selagi kita bergantung pada Allah, Kita tak akan pernah jumpa perkataan kecewa dalam kamus hidup kita, yang penting yakin kepada Allah.

Setia Hujung Nyawa

wawww.. sekarang ni ke main lagi trending novel diadaptasi ke drama atau filem. Walau apa-apapun, good job la, sebab telah mengiktiraf nukilan penulis novel untuk dijadikan drama mahupun filem. Yang terbaru kini drama yang menghiasi slot akasia di TV3 "Setia Hujung Nyawa". Ceritanya memang la, nampak sweet sangat, tambah-tambah dengan pelakon yang gah dan baru dalam industri. all the best. Dan dane agak tertarik jugaklah dengan jalan cerita drama ini, kengkadang tengok kat tonton je, dan lagu yang menghiasi drama ini daripada lagu dari kumpulan Last Minute - Maafkan Aku. Actually, aku tak tahu lagu apa dan sape yang nyanyi, youtube la apa lagi.. godek-godek jumap la lagu nih. tengok komen dari viewrs ramai yang katakan drama ini telah mem'famous'kan lagu ini. Btw, nice song habaq hangg... 



MAAFKAN AKU


Dan apa
Yang kau mau kan dari ku
Telah lamaku kata
Yg ku cinta sepenuh hatiku

Sampai bila
Harus aku menunggu cinta mu
Dan pabila ku sedari
Kaulah yg pertama..kucintai
 
Maafkan lah diri ini
Jika takdir menjemputku dahulu
Hanya saat ini yg dapat menemanimu
 
Dengarkanlah sekali lagi
Jika kau tak percaya pada diriku
Bilaku berkata,
I said I love youu..