Assalamualaikum.
Alhamdulillah, secara rasminya kini telahpun bergelar
seorang insan yang berumur 20 tahun walaupun belum tiba hari lahir yang ke-20
lagi, tapi bersyukur kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk terus
berbakti beribadat kepadanya. Hari ini adalah hari yang ke-3 bagi tahun 2013
ini.. 2 0 1 3… 20 umurku, hari ini bulan 1, dan tarikh hari ini 3 haribulan.. alhamdulillah,
kebetulan je.
So, sepanjang di tahun 2012, pelbagai pahit getir mahupun
kebahagian kemanisan telahpun kutempuh, semuanya membuatkan diriku bertambah
pengalaman dan kematangan tu kian bertambah. Segala-galanya dapat jua kutempuhi
dengan keberkatan-NYA , insya allah. Tahun 2012, menyaksikan satu perubahan
yang boleh dikatakan sangat besar dalam kehidupan ku kini yang bergelar seorang
mahasiswa di salah sebuah universiti tempatan
di Malaysia kini. Aku melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina yang telah
lama aku idamkan. Segalanya kian mengahmpiri untuk terus kukecapi impian dan
hasratku. Permulaan tahun 2012, aku telah melangkah ke semester 3 bagi tahun
pertamaku di CFSIIUM ini. Rasa macam tak
sangka je yang rupanya aku jua telahpun meninggalkan alam persekolahan untuk
tahun yang ketiganya.
#MRC events.
Alhamdulillah, permulaan tahun 2012, sangat bermakna bagi
aku. Sepanjang aku berada di CFSIIUM, aku memegang jawatan dalam satu
organisasi yang dikenali MRC (Mahallah Representative Committee). Bagi semester
3 sesi 2011/2012, banyak pengalaman yang bermakna aku bersama mereka. Seronok sangat,
sebab masa tu boleh dikatakan aku masih lagi junior antara yang lain. Program yang
paling aku tak boleh lupa ialah LOCUS. Di mana, program ini merupakan program
yang dikendalikan sepenuhnya oleh MRC CFSIIUM, dan tuan empunya program ini
ialah mahallah aku sendiri. Alhamdulillah, aku telahpun ditugaskan untuk
menjawat biro special task dan preparation & technical bersama 2 orang
sister yang lain. Kali ini, aku agak gugup la jugak sebab pertama kali jadi
head biro dah la gabung 2 biro lak tuh, mula-mula agak susah la jugak, tapi aku
banyak dibantu oleh ahli biro aku mahupun komiti yang lain. Yang paling aku tak
lupa, bila tibe je tempat event barang-barang untuk module ‘hilang’. Aku tak
pasti lagi sama ada hilang ataupun tinggal dalam bas. Sampai sekarang misteri
ini masih lagi belum dirungkaikan. Time tu aku agak cuak jugak la. Ye la,
program kat sana banyak gunakan barang so agak bersalah jugaklah, sebab barang
tu tak de. Tapi Alhamdulillah barang semua dapat di cari, so gunakan back-up
plan la. Terima kasih semua..!! Secara totalnya, aku macam enjoy-enjoy sertai
program ini. Best jugak kalo jadi komiti. Aku tak de la selalu bersama student
untuk module program fasi, so aku melepap kat kantin je la, kantin kami jadikan
tempat untuk masak. So memang best jugak la, banyak kenangan yang aku dapat
time LOCUS ini, dan komiti sume sporting-sporting je, dapat jugaklah tolong
masak, potong-potong sambil tu sembang-sembang. Dan yang paling penting kerja
aku adalah ‘basuh periuk mangkuk’ so kene sental laaaaaa… btw, inilah event
yang paling best aku join.

#Traditional and cultural week
kali ini aku agak bertuah
sekali kerana terpilih untuk menjadi penolong setiausaha bagi program ini. Actually
program ini amatlah besar sebab seluruh MRC CFSIIUM sama-sama join, memang
banyak meeting dan komiti pon banyak. Ada banyak event, charity dinner,
telematch dan carnival jualan. Dan kali ini tak kurang juga hebatnya sebab
boleh kenal-kenal dengan semua komiti MRC CFSIIUM, beruntung sangat dan macam
satu family.
#LTW, dorani.
Kali ini, leadership and training workshop kat haji dorani
di sg besar. Kali ini tak macam LTC yang banyak ceramah, kali ini banyak dalam
group. So kali ini memang agak berbeza dari LTC. Event-eventnya best sangat. Sampai
ada juga perangai yang tak pernah kita lihat sebelum ini semuanya terkeluar. Ada
pertandingan memasak , candle war game la. Agak lawak jugak la, bila main game
ini dah la tengah malam. Pastu kene marah sebab main macam hampeh, pastu KING
LI boleh buat lawak la pulak. Best weiii… gelak-gelak sakan malam tuh.
#RMDD appreciation day
Setelah selesai satu sesi 2011/2012, akhirnya MRC CFSIIUM
telahpun sampai ke penghujungnya. Dan jawatan semua dibekukan untuk ambilan
yang baru. Kali ini agak sedih jugak la, setelah sekian lama bersama MRC
akhirnya berpisah jua di penghujungnya, banyak kenangan mahupun dugaan yang
kita sama-sama tempuhi.
Yang paling
best, ari tu aku kene baca puisi untuk MADAM ROSE deputy dean RMDD. Ini semua
idea kak ros la jugak, thanks kak rose. So kene lah aku baca. Sdewan gelap
gelita past uterus aku kuar baca puisi, main hantam je puisi tu bagai entah
pape tapi ada juga maknanya. Hi3. Pastu abis je event terus pulang. Sedih….!!!
PARLIMEN MRC CFSIIUM 2011/2012 dibubarkan
Semoga ikatan unkhwah antara kita semua berkekalan hingga
akhir hayat bersama kalian semua.
WE'RE BIG FAMILY.