Aku lebih rela ada musuh yang jujur membenciku daripada mempunyai kawan yg hanya nampak gembira dihadapanku tetapi membenciku di belakangku.

Monday, 5 November 2012

Maratib AMAL

ini adalah maratib amal yang terdapat dalam shortfilm TOMATO 2.0
lawakan..??
bukan setakat lawa je, tetapi bermanfaat dan sebagai pengetahuan kepada kita semua..
selamat beramal.


iman

Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan simen. Dua hati disatukan dengan apa?

Jawabnya, dengan IMAN.

Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu. Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila Iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.

Jika ditanyakan kepada dua hati yang bercinta, siapakah yang lebih cinta pasangannya?

Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih cintakan pasangannya.

Justeru, janganlah hendaknya hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara berdua, tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai kepada yang Esa. Jika sama-sama cintakan yang Maha Kekal, pasti cinta tersebut akan berkekalan.


dua hati menjadi satu

tomota datang lagi..

alhamdulillah, 
inilah video ataupun shortfilm yang aku nantikan setelah menonton TOMATO 1.0 dulu.. tahniah aku ucapkan kat semua produksi dan pihak yang telah menghasilkan video seumpama ini, bagi aku,inilah 'warna' video yang sangat  sarat dgn nilai-nilai murni yang baik.semua orang kene tengok video ini, aku nk proote kat cini.. tp ingat, ini bukanlah video yang aku hasilkan.. hi3. tumpang glamour jap..


satu lagi yang membuatkan aku kagum ialah, ini adalah hasil daripada pelajar yang masih menuntut di BEIJING, CHINA.. alhamdulillah masa lapang yang digunakan untuk membuat video ini, mereka ada alasan tersendiri untuk menghasilakn video ini, dan bagi aku, usaha mereka untuk menghasilkannya harus mendapat pujian kerana video ini sangat OWESOME bagiku. kalo korang sume tak percaya korang tengok laa.. btw, sape2 yang nak tgk boleh tengok online terus dari youtube.

TOMATO 2.0

 


kalo ada mana-mana yang terlepas nak tengok yang first,
inilah dia

TOMATO 1.0


 harap korang sume enjoy tonton short film ini
dan untuk pengetahuan korang sume banyak lagi video yang mereka hasilakn langsung dari BEIJING CHINA..
korang boleh terus ke link ini 



dan yang paling ketara yang aku dapat dari shortfilm ni adalah nilai PERSAHABATAN

SPM's victims..

...5 NOV 2012...
detik paling bersejarah buat semua pelajar tingkatan lima di seluruh negara MALAYSIA


insya allah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan..
ada cara yang terbaik untuk kalian semua..
semoga terus cemerlang bukan sahaja dalam pelajaran malah 
di dunia dan di akhirah..

terutamanya buat pelajar tingkatan 5 yang berada di SMKA SULTAN AZLAN SHAH 



man jadda wa jada waman zara'a hasada
siapa yang berusaha dialah yang akan berjaya

wallahualam

Saturday, 3 November 2012

community services



bismillah... dan salam alaik..

semalam bile bukak je FB ada member yang share gambar ni dari FB.. alhamdulillah, selesai sudah INTERNATIONAL COMMUNITY SERVICES



Thursday, 1 November 2012

love one another




Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; "Tidak sempurna iman seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri." (Hadis riwayat Muslim).

aku yang berdosa

salam....

actually, DANE dah lama tak dengar lagu-lagu MELAYU..asyik lagu ENGLISH jee... n then sejak start cuti sem kali ini, DANE selalu la bukak YOUTUBE nak cari lagu2 tak kisah la genre apa, harap yg baik2 je laaa.. 

and then rasa macam teruja je bila dapat dengar lagu dendangan SHAHIR AF8 nih... terus je aku bukak cari lirik kat google. dapat je terus aku baca, masha ALLAH, indahnya bahasa yang digunakan.. alhamdulillah, penceritaan liriknya memang menggambarkan apa realiti sebenarnya kita...


AKU YANG BERDOSA

Sejauh mana langkah ku di sana,
Aku melupakan MU,
Seluas mana kau beri padaku,
Masih ku angkuh padamu.

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah apa yang bisa,
Ku tebus kepada MU,
Atas dosaku.

Ya Allah ku hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurga MU.


selalunya bila kita sudah senang lenang kita selalu abaikan tanggungjawab utama kita
sama-samalah bermuhasabah diri.